Kosmo Online |
- Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu
- Suri rumah didakwa bunuh anak tiri berusia lima tahun
- Dua kementerian bincang tangani kenaikan harga ayam
Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu Posted: Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu07/04/2013 7:25pm LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan. Katanya, satu fail putih mengandungi dua surat Kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu. "Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini. Menurutnya, statistik terkini tangkapan di bawah SOSMA adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang. - Bernama |
Suri rumah didakwa bunuh anak tiri berusia lima tahun Posted: Suri rumah didakwa bunuh anak tiri berusia lima tahun07/04/2013 7:01pm KOTA BHARU Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tiri perempuannya yang berusia lima tahun pada bulan lepas. Azlinda Othman, 28, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Umi Amilia Azman di Hujung Perumahan Kos Rendah, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat antara 3 petang 23 Mac dan 8.30 pagi 24 Mac lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dicatat selepas pertuduhan terhadap Azlinda dibacakan di depan Majistret Isa Muhamed. Isa kemudian menetapkan 8 Mei untuk menyebut semula kes itu bagi membolehkan pendakwaan mendapatkan laporan perubatan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam K.H Tay. - Bernama |
Dua kementerian bincang tangani kenaikan harga ayam Posted: Dua kementerian bincang tangani kenaikan harga ayam07/04/2013 5:19pm SHAH ALAM - Dua kementerian akan berbincang bagi menangani masalah kenaikan harga ayam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata beliau akan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) tidak lama lagi. Beliau mendapati harga ayam sudah naik dari lazimnya RM6 sekilogram kemudian kepada RM7.50 sekilogram semasa musim cuti sekolah serta musim perkahwinan dan terkini ialah RM8 sekilogram. "Kita akan bincang dengan kementerian itu dan tengok kenapa harga ayam naik. Adakah disebabkan penyakit atau kerana bekalan berkurangan dan jika bekalan berkurangan mungkin kementerian perlu mengimport dari luar," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Mega berhampiran Stadium Shah Alam, di sini. Noh berkata kementeriannya mengawal dari segi bekalan ayam manakala KPDNKK mengawal harganya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan