Khamis, 18 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


10 bakal berdepan hukuman mati

Posted:

10 bakal berdepan hukuman mati

10 bakal berdepan hukuman mati

SEBAHAGIAN daripada 10 tertuduh kes pukul penghuni pusat pemulihan dadah diiring keluar dari Mahkamah Majistret Tumpat semalam.


TUMPAT - Seramai 10 lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah hingga mengakibatkan kematian mangsa 6 April lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Nashri Ismail, 23, Mohd. Khairil Azwahar Izani, 17, Wan Mohamad Faizul Wan Marizam, 22, Nik Shahrul Ashadi Zulkifli, 32, dan Abdullah Fahmi, 26.

Selain itu, Rosmadi Mat Daud, 39, Wan Fauzi Wan Abdullah, Mohd Rafiq Md Arifin, 20, Muhammad Syazwan Aiman Jabanun Aladdin, 20 dan Muhammad Hizami Abd Rahim, 28, turut didakwa atas kesalahan sama.

Mereka didakwa memukul Mohd. Alias Ibrahim, 27, di bilik B1, Pondok Darul Naim, Pusat Pemulihan Dadah Tradisional, Kampung Lambor di sini pada pukul 7.30 petang, 6 April lalu mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

CCTV rakam Nayati dilarikan

Posted:

CCTV rakam Nayati dilarikan

CCTV rakam Nayati dilarikan

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Almaspuri Condo, Mont Kiara di sini berjaya merakam kejadian Nayati Shamelin Moodliar, 12, dimasukkan ke dalam sebuah kereta pada pukul 7.41 pagi 27 April 2012.

Terdahulu, saksi ke-13 pendakwaan, Asisten Superintendan A. Sidambaram, 40, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berkata, rakaman CCTV itu turut memaparkan sebuah kereta Proton Gen2 berada di tempat kejadian sejak pukul 7 pagi.

"Terdapat juga pergerakan dua lelaki yang tidak dapat dikenal pasti bangsa mereka keluar dari kereta tersebut," katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran semasa pemeriksaan utama perbicaraan kes penculikan Nayati di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Chong Tat Siong, 25, Foong Khar Fai, 20, Lee Phak Seng, 25, didakwa melakukan jenayah itu di hadapan Mont Kiara International School, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada pukul 7.30 pagi 27 April 2012.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jumpa mayat ketika cari pucuk paku

Posted:

Jumpa mayat ketika cari pucuk paku

Jumpa mayat ketika cari pucuk paku

SHAH ALAM - Seorang lelaki terkejut apabila menemui satu mayat dalam keadaan terikat yang mempunyai kesan tetak di badan dan kepala ketika hendak mencari pucuk paku di Jalan Padang Jawa 2, Padang Jawa dekat sini semalam.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap.

"Saya biasa mencari pucuk paku di kawasan ini dan selepas meletakkan motosikal di kawasan berhampiran, saya pergi ke kawasan paya untuk melihat ikan namun tidak sangka ternampak mayat," ceritanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob memberitahu, pemeriksaan menemui beberapa kesan tetakan di belakang badan dan kepala.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa mati dalam tempoh kurang 24 jam.

"Kita percaya mangsa merupakan warga asing dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya. Kita syak mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di sini," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved