Selasa, 9 April 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Retweet dan topik trending

Posted:

Retweet dan topik trending

Retweet dan topik trending

Oleh ADLAN JAAFAR

TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat.


JADUAL kerja Siti Azlyana Azmi bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kadangkala, atas tuntutan kerja, dia pulang lewat sehingga mencecah pukul 9 malam.

Begitupun, tugasnya agak unik iaitu eksekutif media sosial yang memerlukan dia sentiasa memegang gajet sama ada tablet atau telefon pintar bagi mengemas kini maklumat.

Wanita berusia 24 tahun itu bertugas dengan syarikat Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3.

Kerjanya seakan-akan penulis iklan di agensi pengiklanan iaitu mencipta ayat-ayat yang sangat menarik dalam Twitter dan Facebook.

"Saya diberikan panduan mengenai produk, program atau kempen yang disiarkan dan perlu tweet ketika rancangan bersiaran," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Raikan Cinta TV3 pada bulan lalu.

Setiap kali acara berlangsung, dia kerap mengemas kini status bagi memastikan terdapat keterlibatan penonton TV3 yang bersifat mobil.

Bukan setakat potongan ayat, Siti Azlyana juga perlu memastikan setiap personaliti yang terlibat dalam sesebuah produksi itu turut membuat tweet menarik.

Malah, perkataan yang direka pada hashtag dalam Twitter dan Instagram juga perlu menarik, mudah dibaca dan ringkas.

"Paling penting setiap tweet yang ditaip digunakan semula berulang kali, retweet sekali gus menjadi trending, manakala kemas kini pada Facebook pula perlu mendapat klik Like.

"Saya juga merangka tempoh masa tweet perlu dibuat. Tweet juga perlu dikemas kini ketika sesebuah drama ke udara," terangnya lagi.

Kerjaya dalam media sosial

Pekerjaan Siti Azlyana boleh dikategori sebagai kerjaya baharu selepas ledakan media sosial dan pertambahan bilangan pengguna mobil. Lantaran itu, dia perlu memenuhi kumpulan sasaran berkenaan.


NAJIB turut hadir ke Majlis tweetfamous yang diadakan baru-baru ini.


Bagaimanapun, wanita muda yang menetap di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor itu juga perlu membuat kajian terhadap kelompok penonton dan bahan rancangan.

Kongsinya, penonton saluran TV3 mempunyai kelompok peminat tegar dan setia biarpun pengisian rancangan televisyennya bersifat kekeluargaan.

Walaupun bebas berkarya di Twitter, dia perlu memastikan konsep syarikat disampaikan kepada khalayak.

Siti Azlyana bertanggungjawab menjaga lima akaun media sosial termasuklah Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan TV3MalaysiaOfficial.

Pemilik akaun Facebook yang menekan butang Like pada laman TV3MALAYSIA hampir sejuta orang, manakala Twitter seramai 300,000 orang.

Kepentingan hashtag

Pengguna laman sosial menggunakan simbol hashtag (#) berserta kata kunci bagi mengkategorikan sesuatu topik untuk setiap tweet yang dilayangkan.

Semua tweet lain yang bertanda # dengan perkataan kata kunci sama akan tersenarai dalam Twitter dengan mudah.

Ia digunakan dengan tidak menjarakkan hashtag dengan perkataan dan boleh diletakkan di mana-mana sama ada pada awalan, pertengahan atau akhiran satu-satu tweet itu.

Perkataan hashtag yang kerap digunakan dan popular sering menjadi topik-topik trending.

Kaedah tersebut juga digunakan dalam laman sosial dan perkongsian foto, Instagram. Setiap gambar yang dimuat naik disertakan hashtag dengan tujuan yang sama untuk pencarian.

Menurut Pengarah Kreatif, TwitterjayaTV, Mohd. Zulhelmie Zullifan, 24, sesuatu hashtag itu menjadi topik trending apabila mencapai kira-kira 800 tweet.

Dalam satu-satu tweet yang dibuat tidak semestinya kesemua pengikut dalam senarai membacanya. Kitar bilangan pembaca sesuatu tweet itu sebenarnya semakin mengecil.

Mohd. Zulhelmie memberi contoh, jika satu akaun itu mempunyai pengikut lebih kurang 10,000 orang, hanya 2,000 orang yang akan baca secara purata bersamaan 20 peratus daripada jumlah tersebut.

Kemudian, kira-kira 100 orang yang membacanya akan retweet atau membalas dengan hashtag sama iaitu sekitar 10 peratus.

Perkara tersebut berlaku kerana bukan ramai orang mengemas kini laman Twitter atau Instagram setiap masa kecuali pada waktu kelapangan. Masa puncak ialah pada malam Jumaat hingga Ahad.

"Rangkaian pembaca boleh bertambah jika individu yang membuat retweet mempunyai ramai pengikut.

"Jadi, untuk menjadikan sesuatu hashtag sebagai topik trending memerlukan jaringan yang luas dan pembaca tweet yang ramai," terang Mohd. Zulhelmie ketika ditemui di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

Ujarnya, simbol hashtag lebih memberi kesan kerana ia melangkaui kelompok pengikut sesuatu akaun itu sama ada melalui cara retweet atau tweet baharu dengan disertakan simbol #.

Simbol @ pula mewakili individu, ia dikatakan kurang memberi kesan melainkan pemilik akaun itu terdiri daripada selebriti atau orang berpengaruh.

Sebenarnya, banyak laman web yang menawarkan retweet dan topik trending.

Antaranya, laman web www.hashtracking.com yang membolehkan data yang lengkap diberikan sama ada bilangan retweet atau topik trending.

Ia mampu menganalisis kempen atau acara yang dijalankan pada masa nyata majlis berlangsung dengan mengeluarkan data konkrit.

Pecahan jenis data juga boleh dipilih dalam bentuk carta pai dan angka bagi memudahkan analisis dibuat.

Bagaimanapun, perkhidmatan laman web ini perlu dibayar antara AS$29 hingga AS$399 (RM89.95 hingga RM1,237) sebulan bergantung kepada bilangan hashtag, jenis analisis dan banyak lagi.

PENGARUH hashtag juga boleh dilihat dalam laman perkongsian gambar, Instagram.


Kuasa Twitter

Twitter dan Instagram merupakan medium terbaik dalam menyebarkan berita atau mempromosi sesuatu acara kerana sifatnya yang dikemas kini pada masa nyata.

"Bentuk ayat ringkas atau gambar paling berkesan pada majlis membolehkan pembaca mencari bahan berkaitan lebih mendalam jika berminat," terangnya.

Konsep tersebut menurut Mohd. Zulhelmie, tidak terdapat pada laman sosial, Facebook kerana sifat khalayaknya yang berteraskan keluarga dan dalam bentuk profail pemilik akaun.

Satu lagi perbezaan yang paling ketara ialah laman-laman sosial seperti itu tidak mempunyai fungsi hashtag, cukup sekadar fungsi butang Like dan komen.

"Kebanyakan pemilik akaun juga lebih suka melihat dan mengemas kini laman sendiri dan menunggu notifikasi berbanding melayari laman akaun milik senarai rakan," tambahnya dalam memberi penekanan dalam membezakan Twitter dan Facebook.

Namun, Facebook dan laman perkongsian video seperti YouTube amat sesuai dalam menambah bilangan peminat atau pengikut laman mikroblogging.

Mohd. Zulhelmie pada mulanya membuka akaun Twitter tiga tahun lalu dengan mengikut tweet yang menarik.

Kemudian, pengikutnya bertambah selepas memuat naik video parodi, Lembu nak jaga dan Cinta muka bulu yang telah mencapai bilangan penonton sebanyak 1.7 juta sejak ia mula ditontonkan pada tahun 2011.

Pertemuan pengikut

Dia yang pernah menjadi pembantu jurukamera filem Lagenda Budak Setan 2, mempunyai kumpulan sendiri yang dianggotai kira-kira 15 orang. Setiap ahli kumpulan diberi agihan masa untuk tweet.

Mereka juga mempunyai pengikut lebih 2,000 akaun. Istilah yang digunakan bagi kelompok itu ialah tweetfamous dan perjumpaan sesama mereka dikenali sebagai twtup.

Perjumpaan seperti itu kerap dilakukan sesama mereka pada hujung minggu dan paling besar setakat ini pada 25 Jun 2012 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.

Pada twtup itu, ia telah mengumpulkan kira-kira 10,000 pemilik akaun berpengaruh, malah turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd. Zulhelmie turut berkongsi tip untuk membuat tweet, setiap tweet yang dihantar perlu ada identiti sendiri.

"Setiap tweet yang dihantar juga jangan lupa sertakan sekali dengan hashtag. Jika tidak ia sekadar tweet kosong," ujarnya.

Nilai Estetika Pokok Buluh

Posted:

Nilai Estetika Pokok Buluh

Nilai Estetika Pokok Buluh


PERMINTAAN buluh akan meningkat secara mendadak terutama menjelang Syawal.


BULUH merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara ini. Selain rebungnya enak dijadikan bahan makanan, pokok buluh juga mempunyai pelbagai kegunaan.

Di kawasan-kawasan pedalaman, ia digunakan untuk membuat rakit atau titi. Selain itu, buluh dijadikan sebagai meriam buluh, perabot, kraftangan, senjata dan rumah.

Malahan, boleh dikatakan semua bahagian buluh mempunyai manfaatnya kepada manusia termasuk merawat penyakit.

Ekoran itu, pokok buluh berpotensi dalam pembangunan pelbagai produk yang boleh mendatangkan hasil pendapatan lumayan.

Jenis buluh

Di Malaysia, terdapat kira-kira 100 jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh aloh bukit, buluh anap, buluh aur, buluh beti, buluh beting, buluh betong, buluh bisa, buluh buta, buluh dinding, buluh duri, buluh galah, buluh hantu, buluh kapur, buluh kasap, buluh lemang, buluh lumpit, buluh lumpit kecil, buluh minyak, buluh nipis dan buluh padi.

Selain itu, terdapat juga buluh pagar, buluh pahit, buluh pelang, buluh perindu, buluh raga, buluh rayah, buluh semantan, buluh semeliang, buluh semeyeh, buluh sumbiling, buluh sumpitan, buluh telor, buluh tikus dan banyak lagi.

Kebanyakan pokok buluh tumbuh di kawasan tebing sungai, tanah rata dan lereng-lereng bukit. Ia boleh hidup sehingga 100 tahun.


KRAFTANGAN berasaskan buluh sentiasa menjadi tarikan masyarakat tempatan mahupun pelancong untuk membelinya.


Sumber eksport

Negara-negara seperti Taiwan, Jepun, China, Amerika Syarikat dan Thailand telah lama membangunkan projek penanaman pokok buluh.

Pembangunan produk berasaskan buluh yang stabil dan kukuh membolehkan negara-negara berkenaan mengeksport produk tersebut sekali gus menambah pendapatan negara.

Dalam pada itu, industri buluh di Malaysia dijangka mampu menyumbang pendapatan sehingga RM53 bilion menjelang tahun 2020.

Menyedari hakikat itu, kebanyakan pihak industri pembuatan didapati mula menghasilkan pelbagai produk berkualiti tinggi berasaskan buluh.

Produk tekstil

Bagi jenama pakaian dalam terkenal, Triumph turut menghasilkan pakaian dalam dengan menggunakan fabrik kapas daripada gentian buluh.

Tidak terkecuali, bagi pasangan adik-beradik, Shazila Ghazi, 33, dan Shahiza, 27, yang merupakan Pengarah Urusan Bamboo Malaysia Sdn. Bhd. (Bamboo Malaysia).

Bamboo Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2009. Idea untuk menghasilkan pakaian daripada buluh diilhamkan oleh bapa mereka, Datuk Ghazi Ramli.

Sekitar tahun 2010, bapa mereka telah menubuhkan Yayasan Inovasi Alam Sekitar Global (GIEF).

Organisasi berkenaan menumpukan penggunaan buluh untuk produk makanan, perlindungan, pakaian, hiburan dan pengangkutan.

Justeru, mereka mengambil inisiatif untuk memperkenalkan produk tekstil kerana pembuatan pakaian berasaskan buluh jarang diusahakan di negara ini.


BAMBOO Malaysia menghasilkan pakaian menerusi gentian buluh.


Gentian buluh

Begitupun, cerita Shazila, pakaian yang diperbuat daripada gentian buluh tidak menyebabkan rasa gatal kerana pakaian-pakaian tersebut akan menjalani beberapa proses terlebih dahulu.

"Ia sebenarnya tidak gatal kerana telah menjalani proses untuk menghilangkan miang buluh. Apa yang pasti, fabrik buluh memberikan kelembutan bak sutera.

"Malah, baju yang dihasilkan menerusi buluh sebenarnya sejuk, lembut dan ringan selain mudah menyerap peluh," katanya sambil memberitahu pihaknya turut menjual seluar dalam lelaki dan perempuan.

Kos lebih mahal

Menyentuh mengenai kos, beliau mengakui, produk buluh 20 peratus lebih mahal kerana hanya buluh moso sahaja yang sesuai untuk menghasilkan pakaian.

"Buluh itu hanya terdapat di China, Korea dan Jepun," katanya yang memberitahu masih ramai yang tidak tahu kewujudan pakaian itu di pasaran tempatan.

Sehubungan itu, beliau telah menyertai banyak pameran bagi mempromosi produk-produk berasaskan buluh.

Kamera kompak sepantas Bolt

Posted:

Kamera kompak sepantas Bolt

Kamera kompak sepantas Bolt


KAMERA kompak (CSC) Samsung menggabungkan kelajuan rakaman, prestasi tinggi, kesinambungan rakaman yang sempurna dalam apa jua keadaan.


SYARIKAT pengeluar barangan elektronik, Samsung Electronics Co., Ltd. (Samsung) melancarkan sistem kamera kompak (CSC) terbaharu, NX300 dan telah bekerjasama dengan selebriti sukan, Usain Bolt bagi kamera itu.

Sama seperti kepantasan Bolt, NX300 amat pantas sehingga mampu merakam saat-saat yang terjadi untuk dikongsi bersama.

Ia mampu merakam subjek dengan pantas dan mudah walaupun pada lokasi yang bersesak dengan menggunakan sistem Hybrid Auto Focus (AF).

Sistem tersebut membolehkan pengguna mencapai hasil foto yang paling tepat dan berkualiti tinggi dengan sentuhan butang sahaja.

Ia mampu merakam sehingga 8.6 bingkai berterusan untuk setiap saat dengan kelajuan 1/6000 saat bagi shutter speed sekali gus membolehkan setiap perincian pergerakan dirakam.

Sambungan WiFi pula membolehkan NX300 berkongsi gambar serta-merta di laman sosial semudah menekan fungsi AutoShare.

Reka bentuknya pula menggabungkan gaya ketulenan dan tradisional kamera, manakala tekstur pada permukaan badan NX300 membolehkan ia MUDAH dipegang dan stabil ketika digunakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved