Sabtu, 27 April 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nilai Sam masih sama

Posted:

Nilai Sam masih sama

Nilai Sam masih sama

SEAWAL tahun 1995 ketika mula melakar nama, Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad pernah dibayar RM300 untuk berlakon drama dan RM500 jika sebuah filem.

Sejajar pertambahan usia kematangan dalam industri hiburan, angka bayarannya turut meningkat mendadak sejak dua tahun lalu dan ujar Sam dia selesa dengan bayaran yang diterima.

'Diserang' persoalan tentang nilai sebenar yang diterima setiap kali dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak seni, Sam mengelak untuk menjawab. Lelaki berusia 31 tahun ini bimbang dianggap riak dengan jumlah pendapatannya kini.

Namun, daripada cakap-cakap orang industri, Sam merupakan antara pelakon lelaki Malaysia yang menerima bayaran paling mahal. Ia mencecah ratusan ribu untuk sekali tugasan!

Enggan riak dan terlalu mendabik dada atas pencapaian dan jumlah angka gajinya hari ini, Sam bagaimanapun menyifatkan bayaran diterima berbaloi dengan usahanya sejak dulu.

Sesekali, suaranya terdengar tersekat-sekat. Barangkali, Sam cuba memberi jawapan yang paling diplomatik terhadap persoalan tentang harga perkhidmatannya kini. Malah, sesekali, setiap persoalan, dijawab hanya dengan sepatah perkataan.

Namun, akhirnya, selepas selesa dan bagai mendapat 'idea' jawapan yang paling diplomatik untuk diberikan, Sam kembali bersuara.

Sam menegaskan dia masih mahu dilihat sebagai individu yang sama biar telah beberapa kali menggenggam trofi anugerah berbeza-beza.

"Harga lakonan saya tetap sama tiada perubahan, tidak naik tidak turun. Antara popular atau tidak, kerja saya masih sama dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri serta pihak produksi yang saya terbabit.


SHAHEIZY SAM kini menjadi antara aktor lelaki Malaysia paling mahal dengan bayaran mencecah ratusan ribu ringgit untuk sekali perkhidmatan sebagai pelakon.


"Selagi saya berlakon, tidak akan sesekali saya susahkan pihak lain terutama produksi. Sebab itu kebanyakan produksi yang tahu cara saya bekerja masih memanggil saya untuk berlakon sampai sekarang," ujarnya yang ditemui ketika majlis perasmian restoran pertamanya, Best Time Family Cafe & Grill di Cheras, Selangor baru-baru ini.

Berkongsi mengenai projek terbaharunya, Sam menetapkan dia akan mengehadkan paling banyak empat buah filem yang akan dibintangi tahun ini.

Salah satu daripada filem tersebut yang sudah tertulis hitam putih kata Sam adalah filem Manisnya Cinta bergandingan dengan Fazura dan Lisa Surihani yang bakal menjalani penggambaran di Turki bermula 20 Mei ini.

Rahsia

Pasti ramai yang menjadikan Sam sebagai idola untuk berjaya dalam bidang lakonan dan ketika ditemui baru-baru ini, Sam tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya.

Kata Sam, komited terhadap kerja dan tidak putus berdoa menjadi resipinya sepanjang bergelar artis.

"Untuk menjadi sesiapa saja kita perlu komited melakukan sesuatu perkara dan apabila kita memilih untuk menjadi artis, kita perlu kenal apakah itu lakonan.

"Jika ilmu tidak lengkap perlu belajar asas lakonan. Insya-Allah setiap kerja kalau dilakukan dengan ikhlas hati akan jadi terbaik.

"Selain itu, jaga hubungan dengan orang sekeliling dan ibu bapa. Percaya pada diri, berusaha dan berdoa itu penting!" kongsi Sam.

Popular barangkali tiket untuk mencuri perhatian ramai gadis namun tidak mustahil populariti yang diraih menyebabkan individu sekeliling menjauhkan diri dek bimbang dengan taraf yang telah diraih seseorang artis.

Mengakui adakalanya sikap skeptikal itu wujud dalam kalangan teman rapatnya, Sam tidak menafikan bahawa populariti mungkin membuatkan dia sukar mencari jodoh.

"Populariti tidak menyukarkan saya mencari pasangan tapi disebabkan saya seorang yang teliti (perfectionist), maka saya akan cerewet dalam banyak segi walaupun perkara itu kecil.

"Tidak payah bergelar popular kerana terpulang kepada cara kita bekerja. Kalau kita mengambil serius terhadap sesuatu perkara, ia akan jadi susah sebenarnya," katanya.


RESTORAN kami. Sam bersama ibunya, Khatijah (kiri) dan ibu saudaranya.


Wanita idaman

Sam bagaimanapun mengakui pengalaman pahit putus cinta tiga kali sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu fokusnya untuk serius dalam perhubungan.

"Dulu kalau cakap tak mahu serius, tapi akhirnya jadi serius juga. Sekarang saya masih solo dan memfokuskan pada kerja.

"Saya tiada masalah kalau jodoh itu datang pada tahun ini. Saya tiada perancangan. Sekarang bukan masa saya sibuk mencari pasangan, tapi sibuk mencari kerja. Entah-entah saya akan bertemu jodoh ketika sedang bekerja.

"Insya-Allah banyak pilihan depan mata, tapi bukan semua suka kita dan mungkin ada yang suka saya tapi saya tidak tahu," tuturnya.

Dalam pada itu, Sam menegaskan ciri-ciri wanita idamannya. Perkara pokok kata Sam, dia memerlukan seseorang yang menenangkannya ketika dia cemas.

"Saya mencari seorang wanita yang sederhana dan paling penting boleh menyejukkan hati. Saya seorang yang cepat kelam-kabut, lekas tertekan dan cemas, maka saya perlukan individu yang tidak gopoh-gapah dan tidak mendesak.

"Comel dan fizikal yang boleh menyejukkan hati apabila memandang hari-hari, selain itu pandai mengambil hati keluarga saya dan boleh menjaga makan minum saya," kata Sam yang tidak ambil pusing sekiranya jodoh bersama orang kebanyakan.

Zizan, Emma hanya kawan

Posted:

Zizan, Emma hanya kawan

Zizan, Emma hanya kawan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

EMMA mengaku dia dan Zizan ada berhubung menerusi telefon.


SELEPAS hubungan pelakon Emma Maembong dengan kekasihnya putus beberapa bulan lalu, kini dia mula dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang lelaki.

Sebelum ini, Emma pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Johan Asa'ri gara-gara kemesraan yang ditampilkan mereka berdua semasa siri jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Setelah reda dengan gosip tersebut, kini pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland itu didakwa pula mempunyai hubungan istimewa dengan Zizan Razak.

Kisah tersebut timbul apabila Zizan memberitahu dia sudah mempunyai kekasih tanpa mendedahkan identiti kekasihnya itu.

Nama Emma tiba-tiba dikaitkan dengan Zizan selepas pelakon baharu itu hadir pada majlis sambutan ulang tahunnya baru-baru ini.

Memperkuatkan dakwaan tersebut apabila ibu Zizan, Anai Ibrahim mendedahkan bahawa Emma pernah datang ke rumahnya di Terengganu sewaktu menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri dua tahun lalu.

Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada kedua-dua pelakon berkenaan.

Kosmo!: Adakah benar Emma pernah datang ke rumah Zizan dua tahun lalu semasa Aidilfitri?

EMMA: Ya, saya mengaku perkara tersebut memang benar dan saya datang bersama ahli keluarga yang lain. Ketika itu kami sekeluarga pulang bercuti ke Terengganu dan mengambil kesempatan datang ke rumahnya.

Bagaimanakah anda boleh mengenali Zizan, sedangkan pada masa itu anda belum lagi terbabit dalam bidang lakonan?

Sebenarnya, saya kenal Zizan menerusi kakak saya yang memang mengenali ramai pelakon dan dia juga individu yang bertanggungjawab membawa saya berkecimpung sebagai seorang pelakon. Secara kebetulan kakak saya memang mengenali Zizan dan sebab itu dia mengajak kami sekeluarga untuk datang ke rumahnya sempena rumah terbuka Aidilfitri.


ZIZAN mengaku Emma mempunyai ciri-ciri gadis idaman banyak lelaki.


Sejauh manakah hubungan yang terjalin antara anda dan Zizan selepas itu?

Apa yang boleh saya katakan memang selama ini kami berkawan dan mengenalinya sejak saya belum bergelar pelakon lagi, tetapi tidaklah terlalu rapat memandangkan dia selalu sibuk dengan kerja, manakala saya pula sibuk mengikut ayah ke pameran lukisan. Sesekali, kami ada berhubung menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar. Kami amat jarang berjumpa sehinggalah saya terbabit dalam dunia lakonan.

Adakah anda tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan sepanjang mengenalinya?

Tentang perasaan cinta itu memang langsung tidak ada kerana sebelum ini saya sudah mempunyai kekasih dan hubungan kami pun baru berakhir kira-kira dua bulan lalu. Lagipun sekarang ini saya sudah bernaung di bawah syarikat pengurusan miliknya iaitu Wire Fame Entertainment. Jadi, saya perlu menghormati Zizan sebagai seorang bos.

Apakah projek terbaharu anda sekarang?

Ketika ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem sulung lakonan saya yang diarahkan oleh Mamat Khalid iaitu Werewolf Dari Bangladesh bersama beberapa pelakon lain seperti Usop Wilcha dan Zizan.

Hafiz jumpa keluarga kekasih

Posted:

Hafiz jumpa keluarga kekasih

Hafiz jumpa keluarga kekasih

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

HAFIZ kini begitu berhati-hati menyimpan kisah peribadinya daripada dijaja kepada umum.


TIDAK mahu menanggung malu jika hubungannya dengan kekasih tidak menjadi, penyanyi popular, Hafiz Suip, mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kekasih baharunya.

Ujarnya, pengalaman silam juga (putus cinta dengan Adira) menyebabkan mengapa dia bertindak untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadinya kepada umum.

Begitupun, Hafiz mengakui hubungannya bersama kekasih yang dirahsiakan identitinya kini melalui fasa yang lebih serius apabila kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.

Selain kisah cintanya, penyanyi yang berusia 23 tahun itu juga bercerita mengenai konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 3 Jun ini.

Ikuti cerita Hafiz selanjutnya.

Kosmo!: Kenapakah sehingga kini Hafiz enggan mendedahkan siapakah kekasih anda?

HAFIZ: Ada benda yang saya boleh kongsikan kepada umum dan ada juga yang perlu saya simpan seperti hal kekasih ini.

Kenapa anda bertindak begitu?

Jika hubungan saya dengan dia (kekasih) tidak jadi, saya juga yang malu nanti.

Adakah anda takut pengalaman putus cinta seperti sebelum ini terjadi lagi kepada anda?

Ya. Saya tidak mahu menanggung malu sekali lagi.

Boleh tahu, adakah anda benar-benar serius dengan kekasih baharu anda ini?

Ya, malah kami juga sudah mengenali keluarga masing-masing.

Bilakah anda dan kekasih bakal berkahwin?

Belum ada sasaran bila kami akan berkahwin. Saya baru berusia 23 tahun. Saya mahu stabilkan ekonomi diri dan keluarga terlebih dahulu. Kalau kemampuan diri pun belum cukup, bagaimana saya mahu membahagiakan orang lain.

Beralih pada soalan lain. Apakah perkembangan terbaharu anda?

Awal Mei ini, saya akan melancarkan album ketiga berjudul Luahan Hati Seorang Anak Seni. Album tersebut memuatkan sembilan buah lagu termasuk single pertama saya iaitu Bahagiamu Deritaku. Selepas itu saya akan berehat selama sebulan.

Kenapakah anda ingin berehat?

Saya berehat selama sebulan untuk membuat persiapan pada konsert solo saya yang akan berlangsung 3 Jun ini di Dewan Filharmonik Petronas.

Boleh cerita sikit mengenai konsert tersebut?

Saya akan menyanyikan sembilan buah lagu pada konsert yang bakal berlangsung selama sejam suku itu. Saya akan menyanyi enam buah lagu saya dan selebihnya adalah lagu-lagu popular penyanyi lain. Kemungkinan juga akan ada artis undangan popular.

Adakah konsert yang berlangsung selama sejam suku itu dapat memberi kepuasan kepada peminat anda?

Itu sebenarnya masa yang telah diberikan oleh pihak DFP. Lagipun ia adalah konsert pertama saya dan rasanya masa tersebut adalah mencukupi. Insya-Allah, kalau berjaya, untuk konsert kedua nanti saya akan buat dengan durasi yang lebih panjang, malah di tempat yang lebih besar.

Bagaimanakah dari segi penjualan tiket anda sekarang?

Alhamdulillah, tiket sudah pun habis dijual.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved