Kosmo Online |
- Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya
- Gurauan akhir Sarjan Abd. Aziz dengan isteri
- ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan
Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya Posted: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya04/03/2013 8:30pm KOTA BHARU — Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan kesemua 26 mangsa terakhir yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Tumpat, pulang ke rumah masing-masing petang ini. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada lapan keluarga dari kampung Simpangan. Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur 2 sudah ditutup. — BERNAMA |
Gurauan akhir Sarjan Abd. Aziz dengan isteri Posted: Gurauan akhir Sarjan Abd. Aziz dengan isteri04/03/2013 8:07pm SEMPORNA — Gurauan Sarjan Abd. Azis Sarikon yang memanggil isterinya, Siti Banddorah Mahali sebagai "bos" adalah gurauan terakhir antara pasangan itu sebelum anggota polis itu terkorban dalam kejadian serangan hendap di Kampung Simunul, di sini. "Arwah kata, selepas ini saya kena menguruskan keluarga sendiri, sebab itu dia panggil saya bos," kata Siti Banddorah di sini hari ini. Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya, di sini selepas solat Zohor. Jenazah tiba di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna kira-kira pukul 9.30 pagi. Abd Azis, 48, yang telah berkhidmat dalam pasukan polis sejak tahun 1990 meninggalkan isteri Siti Banddorah, 39, dan empat cahaya mata Mohd. Faridzulhelmy, 18, Nurul Liyana, 15, Nurul Syazwani, 12, dan Mohammad Aiman Hakimi, 7. Abd. Azis dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak malam Sabtu lepas di Kampung Simunul. Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam anggota kumpulan bersenjata itu terbunuh. — BERNAMA |
ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan Posted: ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan04/03/2013 7:19pm KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, pada ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu. "Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri...PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu. "Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Bila suruh ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu. Abdul Latif berkata, rakyat berhak mengetahui perkembangan dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu. Sementara itu, di LAHAD DATU, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan, penambahan kekuatan logistik taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu polis menjaga keamanan di pantai timur negeri ini. "Kami akan berkerjasama dengan polis bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan