Kosmo Online |
- Mohd Adiq Husainie pertama tiba di Cameron
- Tiga maut pacuan empat roda langgar pokok
- Seorang lagi bayi diselamatkan
Mohd Adiq Husainie pertama tiba di Cameron Posted: Mohd Adiq Husainie pertama tiba di Cameron23/02/2013 8:02pm CAMERON HIGHLANDS - Status sebagai pelumba domestik tidak menghalang Mohammed Adiq Husainie Othman menjadi pelumba pertama Malaysia tiba di Cameron Highlands pada perlumbaan peringkat ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTDdL) 2013, di sini hari ini. Pelumba berusia 22 tahun yang mewakili pasukan Champion System Pro Cycling itu menamatkan saingan pendakian dari Sungai Siput, Perak ke Cameron Highlands sejauh 140.7km itu dengan menduduki tempat ke-33. "Pada 15km terakhir saya cuba sedaya upaya untuk mencari kedudukan terbaik sebab jurulatih memang mensasarkan untuk pasukan kami mendapat kedudukan yang baik dalam peringkat ini. "Syukur kerana tiga pelumba pasukan kami berada dalam kelompok hadapan. Saya menjadi pelumba ketiga pasukan yang tiba," katanya. - BERNAMA |
Tiga maut pacuan empat roda langgar pokok Posted: Tiga maut pacuan empat roda langgar pokok23/02/2013 7:45pm JOHOR BAHARU - Tiga termasuk seorang wanita maut apabila kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki mereka melanggar pokok di pembahagi jalan di Km24, Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, kesemua mangsa Veronica Fernendez, 22, K.Thanasegaran, 34, dan K. Dinesh Kumar, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. "Pemandu kenderaan itu dipercayai gagal mengawal kenderaan hingga terbabas dan melanggar pokok. "Kejadian itu menyebabkan pemandu dan penumpang di tempat duduk depan tercampak keluar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Roslan, akibat pelanggaran itu Veronica yang berada di tempat duduk belakang tersepit di tempatnya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum dituntut anggota keluarga masing-masing. Orang ramai menyaksikan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA |
Seorang lagi bayi diselamatkan Posted: Seorang lagi bayi diselamatkan23/02/2013 6:51pm BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah rumah di USJ, Subang Jaya, Selangor semalam dan menyelamatkan seorang lagi bayi lelaki berusia dua bulan yang menjadi mangsa sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam Ops Pintas Sayang II itu, pihaknya turut menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang dipercayai merupakan pembeli bayi berkenaan. "Hasil maklumat awam dan risikan yang kita jalankan, sepasukan pegawai dan anggota kita telah memeriksa rumah berkenaan pada pukul 1 petang semalam dan berjaya menyelamatkan seorang lagi bayi serta menahan seorang wanita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, susulan penahanan wanita itu, polis menahan seorang lagi wanita di Cheras, Selangor pada hari yang sama, bagi membantu siasatan berhubung sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak. "Sehingga semalam, kita berjaya menyelamatkan 22 orang bayi dan kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket terbabit dan menahan 45 orang dalam Ops Pintas Sayang II," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan