Kosmo Online |
- Seorang lelaki didakwa sebabkan kematian rakan
- Latihan SAREX LIMA 2013 selama dua hari
- Ops Selamat berjaya capai objektif - Ismail
Seorang lelaki didakwa sebabkan kematian rakan Posted: Seorang lelaki didakwa sebabkan kematian rakan20/02/2013 6:16pm KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang rakannya di sebuah pangsapuri di Salak Selatan, tahun lepas. Kuen Poh Wah, 39, dari Desa Petaling, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Gan Chee Hoe, 28, di Desa Seri Puteri, Salak Selatan, Cheras antara 5 petang hingga 7 malam pada 11 Disember 2012 mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mac untuk sebutan kes. - BERNAMA |
Latihan SAREX LIMA 2013 selama dua hari Posted: Latihan SAREX Lima 2013 selama dua hari20/02/2013 6:14pm LANGKAWI - Satu latihan mencari dan menyelamat (SAR) diadakan selama dua hari di sini bermula hari ini bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan semua agensi menghadapi sebarang kemungkinan semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima 2013). Selain itu latihan berkenaan, SAREX Lima 2013 bertujuan mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara pelbagai agensi di bawah organisai SAR Nasional bagi meningkatkan kecekapan serta kelancaran pelaksanaan operasi mencari dan menyelamat. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, objektif latihan itu adalah untuk menguji keberkesanan koordinasi SAR semasa dan prosedur komunikasi antara agensi yang terlibat. Lebih 100 pegawai dan anggota yang terlibat dalam SAR mengambil bahagian pada latihan SAREX Lima 2013 yang membabitkan latihan di laut. - BERNAMA |
Ops Selamat berjaya capai objektif - Ismail Posted: Ops Selamat berjaya capai objektif - Ismail20/02/2013 7:28pm KUALA LUMPUR - Pendekatan advokasi serta penguatkuasaan yang berterusan ternyata memberi impak positif kepada penurunan kadar kemalangan dan jenayah pada musim perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Beliau berkata, kaedah penguatkuasaan serta kesedaran yang diterapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pendekatan kepada pengguna jalan raya ternyata membuahkan hasil serta mencapai objektif asal iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kejadian jenayah pada musim perayaan. "Untuk laporan kes pecah rumah, ia mencatat penurunan sebanyak 124 kes atau 11 peratus iaitu sebanyak 986 kes direkod sepanjang dua minggu Ops Selamat 2 berbanding 1,110 kes pecah rumah yang dilapor pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun lepas. "Jumlah kemalangan secara keseluruhan mencatat 16,287 kes dan ia menunjukkan penurunan sebanyak 767 kes berbanding Ops Sikap ke-25 sebanyak 17,054 kes," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen serta daerah terbaik sempena Ops Selamat 2, di sini, hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan