Kosmo Online |
- Muzium sasar lebih 800,000 pengunjung
- Agensi tipu pendatang tentang program 6P
- Kastam diberi insentif setengah bulan gaji
Muzium sasar lebih 800,000 pengunjung Posted: Muzium sasar lebih 800,000 pengunjung26/01/2013 5:07pm KUALA LUMPUR - Lebih 800,000 pelawat dijangka mengunjungi Muzium Negara bagi menyaksikan beberapa pameran khas yang dirancang sepanjang tahun ini disamping pameran tetap yang sedia ada, kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail. Beliau berkata, Muzium Negara akan menampilkan tiga pameran khas juga dikenali pameran "blockbuster" yang akan menjadi tarikan utama pengunjung tempatan dan pelancong sepanjang tahun ini. Katanya, tiga pameran tersebut termasuk pameran Topeng Sedunia yang bermula 20 Dis lepas dan akan berakhir 20 Mac depan, pameran Eksotik Sabah dan Sarawak pada pertengahan tahun ini serta pameran Sengatan Beracun yang akan diadakan pada Okt hingga Dis depan. "Pameran Topeng Sedunia yang sedang berlangsung sekarang mempamerkan lebih 1,000 variasi topeng dari beberapa negara di dunia. Sambutan orang ramai mengalakkan bagaimanapun agak perlahan ekoran pembinaan projek MRT (Mass Rapid Transit). "Orang ramai mungkin beranggapan Muzium ditutup kerana terlindung daripada kerja pembinaan. Muzium dibuka seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada pertandingan mewarna topeng sempena Pameran Topeng Sedunia di Muzium Negara di sini hari ini. - BERNAMA |
Agensi tipu pendatang tentang program 6P Posted: Agensi tipu pendatang tentang program 6P26/01/2013 5:02pm TEMERLOH - Imigresen Pahang mengesan sebuah syarikat yang menipu pendatang tanpa izin dengan mendakwa menjalankan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) yang sebenarnya telah berakhir. Perkara itu didedahkan Ketua Unit Penguatkuasaan Imigresen Temerloh, Kamarudin Embong ketika operasi memberkas 11 pendatang tanpa izin yang terpedaya dengan iklan syarikat terbabit, di sini hari ini. Kami mendapat maklumat beberapa hari lepas berkenaan program 6P ini yang diuar-uar menerusi risalah, akan diadakan di sebuah hotel di sini hari ini, dan dirasmikan seorang exco kerajaan negeri. Susulan itu, kami menempatkan pasukan penguat kuasa dan berjaya menahan 11 pendatang tanpa izin ini yang datang dengan harapan dapat mendaftar untuk Program 6P, katanya kepada pemberita. Katanya siasatan awal mendapati beberapa pendatang tanpa izin berkenaan mendakwa mereka telah membayar deposit RM900 seorang kepada syarikat tersebut. - BERNAMA |
Kastam diberi insentif setengah bulan gaji Posted: Kastam diberi insentif setengah bulan gaji26/01/2013 4:59pm PUTRAJAYA - Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan. Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata insentif khas itu akan diberi minggu ini. Tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011 iaitu meningkat 26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding 2010. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan