Selasa, 1 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Nelayan, rakan maut kereta rempuh tiang lampu

Posted:

Nelayan, rakan maut kereta rempuh tiang lampu

Nelayan, rakan maut kereta rempuh tiang lampu

01/01/2013 7:44pm

KUANTAN — Seorang nelayan dan rakannya maut apabila kereta mereka terbabas dan merempuh tiang lampu di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini awal pagi tadi.

Nelayan tersebut, Shahrizal Abu Bakar, 33, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya, Wan Adnan Wan Mustafa, 23, meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira pukul 3.45 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta mereka yang datang dari arah pusat bandar menghala ke Tanjung Lumpur, tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang lampu.

Seorang lagi rakan mereka yang memandu kereta Proton Wira itu yang berumur sekitar 20-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. — BERNAMA

Enam termasuk remaja ditahan timbulkan kekecohan

Posted:

Enam termasuk remaja ditahan timbulkan kekecohan

Enam termasuk remaja ditahan timbulkan kekecohan

01/01/2013 6:10pm

SHAH ALAM — Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Mazlan Othman berkata, kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.

"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti "band punk" itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.

"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala remaja tempatan itu pula tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah. — BERNAMA

Kelab eksklusif anjur parti liar diserbu

Posted:

Kelab eksklusif anjur parti liar diserbu

Kelab eksklusif anjur parti liar diserbu

01/01/2013 6:07pm

KUALA TERENGGANU — Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi.

Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, empat remaja perempuan Melayu berumur dalam lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.

"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved