Sabtu, 3 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


23 murid cedera bas dinaiki dirempuh lori

Posted:

23 murid cedera bas dinaiki dirempuh lori

03/11/2012 6:23pm

NILAI – Dua puluh tiga murid, dua daripadanya parah apabila bas yang mereka naiki bersama tiga guru dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Benar, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan Petasih, Jelebu yang ketika itu dalam perjalanan mengikut rombongan sekolah ke Perak.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Mantin menuju ke Nilai dengan membawa 29 murid berusia sembilan hingga 12 tahun, tiga guru pengiring dan seorang pemandu.

"Sebuah lori membawa muatan batu yang keluar dari sebuah kuari tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian kiri bas itu.

"Perlanggaran itu menyebabkan bas terbabit terbabas ke bahu jalan manakala lori yang dipandu lelaki berusia 25-an itu terbalik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, enam lagi murid, tiga guru pengiring dan pemandu bas tidak cedera, manakala pemandu lori terbabit cedera ringan dan kini ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja"afar, Seremban. – BERNAMA

Operasi imigresen: 13 warga Kemboja ditahan

Posted:

Operasi imigresen: 13 warga Kemboja ditahan

03/11/2012 6:18pm

KLANG – Jabatan Imigresen Selangor menahan 13 rakyat Kemboja, empat daripadanya wanita, yang menetap di sebuah rumah kayu sempit mempunyai dilengkapi hanya dua bilik tidur di Sungai Udang di sini, dalam "Ops 6P" awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, kesemua warga asing berumur antara 19 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pada pukul 1.00 pagi sehingga 2.45 pagi.

Beliau berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya selama sebulan.

"Sembilan ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa, manakala empat orang lagi ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Semua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Othman berkata, pihaknya akan menjadikan kawasan Sungai Udang sebagai sasaran utama operasi mereka berikutan banyak aduan diterima daripada orang awam mengatakan ramai pendatang asing yang majoritinya warga Indonesia dan Kemboja menetap di situ. – BERNAMA

AES mampu kurangkan kemalangan maut - JPJ

Posted:

AES mampu kurangkan kemalangan maut - JPJ

03/11/2012 6:12pm

HULU TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mampu mengurangkan jumlah kemalangan maut dan kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kemalangan di jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, sepanjang tempoh tahun lalu, 6,877 orang maut dalam 500,000 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM9 bilion.

"Pihak berkuasa telah melakukan kajian dan analisis terperinci di sekitar 831 kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi maut sejak lima tahun lalu sebelum AES dilaksanakan.

"Justeru, rakyat usah khuatir dan jangan menganggap sistem ini menyusahkan mereka, sebaliknya inilah antara usaha menyelamatkan mereka dari terus menjadi korban nahas jalan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Kuala Telemong di sini hari ini.

Ismail berkata, JPJ akan memasang AES di 831 lokasi maut di seluruh negara, secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved