Kosmo Online |
- Tersepit satu jam setelah kereta rempuh pokok
- Seramai 265 keluarga terjejas akibat banjir kilat
- Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui
Tersepit satu jam setelah kereta rempuh pokok Posted: Tersepit satu jam setelah kereta rempuh pokok24/11/2012 8:02pm DUNGUN – Seorang petugas Pejabat Daerah Dungun nyaris maut setelah kereta yang dipandunya terbabas merempuh sebatang pokok kelapa di Kilometer 6.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Pantai Batu Pelanduk di sini awal pagi ini, menyebabkannya tersepit hampir satu jam. Hishamuddin Hussin, 27, yang memandu kenderaan dari Dungun selepas berjumpa rakan menuju rumahnya di Kampung Kuala Batil, tersepit di bahagian tempat pemandu, patah kedua-dua belah kaki dan cedera di kepala. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi di satu selekoh apabila Hishamuddin dipercayai hilang kawalan kenderaannya sebelum merempuh pokok kelapa di tepi jalan. Ketua Balai Bomba Daerah Dungun, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dihantar ke Hospital Daerah Dungun untuk rawatan. – BERNAMA |
Seramai 265 keluarga terjejas akibat banjir kilat Posted: Seramai 265 keluarga terjejas akibat banjir kilat24/11/2012 8:01pm PORT DICKSON, 24 Nov (Bernama) — Seramai 265 keluarga sekitar Lukut dan Siliau dekat sini terjejas akibat banjir kilat yang melanda kawasan itu pagi tadi. Pegawai Daerah Port Dickson, Ab Khalid Mat berkata, hujan lebat bermula pukul 5 pagi itu menyebabkan air naik dengan pantas di kawasan jalan raya dan rumah penduduk. "Antara lokasi yang terjejas adalah Siliau, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan, Bandar Springhill, Kampung Batu 7 dan Kampung Batu 10. "Kejadian banjir ini menyebabkan seramai 265 kediaman terjejas namun tiada penduduk dipindahkan apabila air mula surut sepenuhnya pada 11 pagi tadi," katanya. Beliau berkata, pihaknya membuat bancian penduduk yang terlibat agar bantuan sewajarnya dapat disalur kepada mereka. – BERNAMA |
Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui Posted: Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui24/11/2012 7:58pm KLANG – Polis menemui mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, dengan kesan tikaman di punggung dan kecederaan di kepala berhampiran sebuah taman permainan di Jalan Hulubalang 26, Taman Sentosa di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan. ACP Mohamad Mat Yusof berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai T. Sivanegan, 36, ditemui beberapa penduduk yang melalui lokasi kejadian pada kira-kira 10 pagi. Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kenderaan dan samun. "Berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki terbabit, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, terlibat dalam pergaduhan dengan beberapa individu ketika kejadian itu," katanya kepada pemberita. Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan seorang daripada rakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat cedera parah di kepala. Beliau berkata, polis sedang menyiasat punca sebenar mangsa dibunuh dan kejadian gaduh membabitkan mangsa, selain menjalankan gerakan untuk mengesan suspek lain dalam kes itu. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan