Sabtu, 24 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


'Ini cara kami cegah gejala maksiat'

Posted:

'Ini cara kami cegah gejala maksiat'

'Ini cara kami cegah gejala maksiat'

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

MOHD. Fahmi bersama Nur Fazira mengenakan pakaian pengantin serba putih pada kenduri perkahwinan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai semalam.


PADANG SERAI - Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.

Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.

Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.

Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.

Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.

"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penjara mandatori rogol gadis bawah umur

Posted:

Penjara mandatori rogol gadis bawah umur

Penjara mandatori rogol gadis bawah umur

PADANG RENGAS - Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori, tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Katanya, pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Dewab Rakyat akan datang.

"Saya telah minta Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya, kita hendak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun," katanya selepas merasmikan program "Kepimpinan Berkesan" anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini semalam.

Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh menggunapakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sediakan pelapis generasi muda

Posted:

Sediakan pelapis generasi muda

Sediakan pelapis generasi muda


NAJIB (tengah) memegang jari robotik sebagai gimik perasmian MAHA 2012 di Serdang semalam. Turut serta, Noh (dua dari kanan), Tee Yong (kanan), Johari (dua dari kiri) dan Hashim.


SERDANG - Negara perlu menyediakan pelapis dalam kalangan generasi muda untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang pertanian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan proses pembangunan semula pertanian dapat diperhebatkan memandangkan ia berpotensi besar untuk dimajukan.

Justeru katanya, selain mampu menarik minat generasi muda, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 perlu menjadi pencetus minda yang inovatif kepada semua yang terlibat dalam sektor itu.

"Bagaimana kita boleh menggunakan dan mengaplikasikan teknologi dan cara yang inovatif supaya daya pengeluaran pertanian dapat dilonjakkan ke tahap lebih tinggi.

"Kalau kita datang dan hadir ke sini dan tidak membawa balik bersama pemikiran baharu dalam minda, maka pameran besar seumpama ini belum mencapai objektifnya," katanya ketika merasmikan MAHA 2012 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved