Rabu, 5 September 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Myanmar dijumpai mati, kesan luka di mulut

Posted:

Warga Myanmar dijumpai mati, kesan luka di mulut

05/09/2012 7:32pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dengan kesan luka di mulut di luar rumah yang didiaminya di Jalan Permai A, Tasik Ampang di sini hari ini.

Mangsa ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari dalam keadaan terbaring di tepi longkang bahagian sudut rumah lot setingkat itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berlaku di rumah tersebut sebelum mayat mangsa dijumpai oleh orang awam di luar rumah.

Polis masih menyiasat identiti lelaki tersebut.— BERNAMA

Mangsa dera suami penjelas rakaman CCTV

Posted:

Mangsa dera suami penjelas rakaman CCTV

05/09/2012 7:19pm

IPOH — Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil untuk memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.

Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, dan peguam yang mewakilinya Datuk G. Amajit Singh Gill pada kira-kira pukul 2 petang menceritakan kejadian itu yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Beliau yang masih dalam keadaan trauma berkata, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lepas.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan itu, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak dua tahun lepas dan gagal membayarnya.

"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat dan dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya kepada pemberita.— BERNAMA

Sumbang mahram: Hukuman terhadap bapa dikurangkan

Posted:

Sumbang mahram: Hukuman terhadap bapa dikurangkan

05/09/2012 7:17pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan tempoh hukuman penjara dan sebat terhadap seorang pemungut buah sawit, kepada penjara 15 tahun selain memerintahkan supaya dia dikenakan 12 sebatan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang masih di bawah umur lima tahun lepas.

Panel tiga anggota diketuai Datuk Hishamudin Mohd. Yunus menolak rayuan untuk mengetepikan sabitan terhadap lelaki berumur 47 tahun itu tetapi membenarkan rayuannya untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara.

Hakim Hishamudin, yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Lim Yee Lan menegaskan bahawa hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap lelaki itu yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Melaka adalah jelas berlebihan.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen itu pada 6 November 2009 atas dua kesalahan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berumur 12 tahun empat bulan di sebuah rumah di Kesang Tua, Jasin, Melaka pada 10 malam, 21 Ogos, 2007 dan 9.30 malam 26 Ogos, 2007.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved