Khamis, 20 September 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Serangan seksual: JKTN serbu klinik swasta

Posted:

Serangan seksual: JKTN serbu klinik swasta

20/09/2012 7:58pm

DUNGUN — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menyerbu sebuah klinik swasta di bandar ini, susulan laporan serangan seksual membabitkan pembantu perubatan di klinik itu.

Serbuan pukul 11 pagi itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar dan beberapa pegawai penguat kuasa dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertujuan menyiasat sama ada klinik tersebut mengambil pekerja tidak berkelayakan sehingga berlaku serangan seksual.

Pengarah JKNT, Dr. Anwa Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan serbuan dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM300,000.

Katanya, ketika serbuan itu, JKNT juga merakamkan kenyataan petugas di klinik tersebut. Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa diserang secara seksual oleh pembantu perubatan lelaki ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.—BERNAMA

Pekerja maut tersepit di projek landasan LRT

Posted:

Pekerja maut tersepit di projek landasan LRT

20/09/2012 7:21pm

KUALA LUMPUR — Seorang pekerja binaan maut selepas tersepit antara tiang dan palang pelancar 'galang segmen kekotak' di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) yang sedang dibina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Muhibbah, Puchong dekat sini hari ini.

Mohammad Hanafi Abdullah, 23, yang berasal dari Kedah, disahkan meninggal dunia di Klinik 1Malaysia Kampung Muhibbah pada pukul 1.28 petang.

Pengurus Pembinaan Bina Puri-Tim Sekata JV, Kenny Tiew berkata, kejadian pada pukul 11.20 pagi itu berlaku ketika Mohammad Hanafi yang merupakan pekerja sub kontraktor dan beberapa pekerja lain sedang bekerja di landasan itu.

"Selepas mangsa tersepit, pekerja lain segera menghubungi pihak bomba dan dia dapat dibawa turun dari landasan LRT.

"Pegawai perubatan terus memberi bantuan pernafasan hingga mangsa sedar...selepas itu dia muntah tetapi pengsan semula," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.— BERNAMA

Bekas tentera didakwa membunuh jalani ujian mental

Posted:

Bekas tentera didakwa membunuh jalani ujian mental

20/09/2012 6:59pm

SUNGAI PETANI — Mahkamah Sesyen di sini hari membenarkan seorang bekas anggota tentera yang dituduh membunuh tanpa niat Penolong Pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) awal bulan ini, menjalani pemerhatian mental di Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan.

Hakim Mohammad Khalid Ab Karim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam bela, M. Vijaya supaya anak guamnya itu dihantar menjalani pemerhatian sakit mental sementara menunggu tarikh sebutan semula kes itu pada 24 Oktober depan.

Terdahulu, Mohamad Afzal Elyas Mohamad Nafis, 25, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan menyebabkan kematian Mohamad Majdi Abdul Hami, 33, di sebuah gerai makan di hadapan Pejabat Pos Bedong, dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari, 2 Sept lalu.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved