Ahad, 1 Januari 2012

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Kreativiti dari bumi Yangon

Posted:

Kreativiti dari bumi Yangon

Kreativiti dari bumi Yangon

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

GELOMBANG pemerintahan junta Myanmar yang berkuasa sejak tahun 1962 membuatkan hidup rakyatnya sekian lama melarat. Pelarian dari negara itu terdapat melata di setiap pelosok dunia. Pembangunan ekonomi negara bergolak itu juga terlalu perlahan.

Rakan penulis yang pernah membuat liputan di sana pernah memberitahu, Myanmar adalah ibarat Malaysia pada 50 tahun yang lalu.

Tambah menyedihkan apabila bumi Myanmar turut berdepan dengan tuduhan genosid iaitu jenayah kemanusiaan oleh pemimpin tentera yang menguasai negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara itu.

Bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah dinaungi oleh pemerintahan yang penuh kezaliman, Taufan Nargis yang disifatkan badai yang paling buruk pernah berlaku di Asia Tenggara hingga memberi kesan kepada kira-kira 24 juta mangsa menjadikan luka negara tersebut lebih parah.

Sesungguhnya, suratan takdir sebuah negara bernama Myanmar memberi kesimpulan bahawa ia mempunyai masa hadapan yang agak gelap. Himpunan cerita pilu yang sering disogok kepada umum hampir menyebabkan dunia tidak mengenali warisan, kebudayaan waima keindahan semula jadinya yang sebenarnya penuh pesona.

Namun, penulis sudah menelan persepsi itu apabila bertemu dengan Myint Soe, seorang pelopor seni lukisan yang unggul Myanmar di Ekspo Seni Malaysia 2011 tempoh hari. Lelaki separuh umur itu, lembut ketika berbicara. Betapa bersungguhnya dia mahu menjelaskan tentang betapa suburnya seni di negaranya, membuatkan penulis tidak menoleh para pempamer dari negara Asia yang lain.

Semarak seni

Myint mengakui, haru-biru di tanah tumpah darahnya telah mewujudkan ketidakyakinan dunia terhadap ketrampilan seni mereka.


PAMERAN Ekspo Seni yang melibatkan penyertaan beberapa negara luar menarik perhatian pencinta seni tanah air.


"Ya, masa telah mengubah segalanya. Kini, ramai pelukis generasi baharu yang lahir. Masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Perkembangan itu sangat melegakan dan menggembirakan saya selaku penggiat seni," katanya.

Ledakan seni di negara yang diberi jolokan Negara Seribu Pagoda semakin menjadi-jadi apabila kerajaan Myanmar bersetuju menubuhkan Universiti Seni dan Sains Rangoon dan beberapa institusi pendidikan lain.

Iktikad dan kegigihan itu disemarakkan lagi dengan penubuhan Summit Arts Collection (SAC). SAC ujar Myint, merupakan antara galeri terbaik di Yangon. Sebenarnya, dialah pelopor kepada galeri yang ditubuhkan pada tahun 1995 itu.

"SAC telah mencapai kejayaan dengan mendapat pengiktirafan daripada pengumpul-pengumpul seni antarabangsa. Bertitik-tolak daripada situ, kami terus berazam untuk mempromosi seni dan para artis kami dengan harapan inisiatif itu mendapat pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa," kata lelaki itu sambil ditemani oleh beberapa artis yang dibawa secara eksklusif dari sana.

Kehadiran SAC ke Ekspo Seni Malaysia yang berlangsung baru-baru ini juga merupakan salah satu jelajah mereka ke seantero dunia.

Ini bukan kali pertama SAC singgah ke ibu kota. Pada tahun 2009, mereka pernah bertandang untuk acara yang sama.


LUKISAN atas kanvas bertajuk Horse Racing oleh salah seorang pelukis tersohor Myanmar, Myint Soe.


Tahun ini beritahu Myint, SAC membawa karya yang diilhamkan oleh 13 residen artis ternama Myanmar seperti Kyee Myintt Saw, Winn Minn, Min Lwin, Hla Phone Aung, Aung Thiha, Myo Kaw, Win Thinda termasuk koleksi terbaik daripadanya.

Lukisan alam

Perbualan kami menjadi serius tatkala membicarakan karya yang dicetuskan oleh Myint. Lelaki itu yang mula bermain dengan berus dan rona warna sejak tahun 1973 seorang yang cenderung menggalas karya jenis impresionisme dengan sentuhan impasto (teknik penggunaan cat yang tebal pada lukisan).

Impresionisme dalam definisi seni adalah bermaksud kisah atau peristiwa berdasarkan anggapan. Lihat sahaja lukisan bersiri yang bertajuk Sun Set, Rock & Wave. Itu menampakkan sisi bayangan yang logik difikirkan pelukis itu.

Myint yang dikatakan antara individu yang mahir dalam merakam suasana malam dan bijak mengatur cahaya dan bayang di atas kanvas.

Pelukis yang baharu meningkat naik di Myanmar, Win Thida, 36, hadir sama pada ekspo berkenaan. Thida yang merupakan graduan dari Universiti Seni dan Sains Rangoon memberitahu, kecintaannya terhadap bunga-bungaan menyebabkan dia memilih elemen itu dalam karyanya.


MANGOESTEEN Eater hasil sentuhan pelukis wanita berbakat Myanmar, Win Thanda.


"Sudah menjadi resam wanita suka kepada bunga, jadi saya cuba menjadikan setiap objek bunga itu menjadi istimewa. Bunga itu sebenarnya bukan hanya untuk disentuh atau dibau tetapi, ia akan menjadi lebih dramatik apabila diabadikan di atas sebuah kanvas," kata Thida yang bertubuh kecil dengan penuh falsafah.

Thida menurut Myinnt Saw merupakan satu-satunya artis residen wanita SAC yang bukan sahaja berbakat tetapi, telah memecah tembok penguasaan kaum lelaki dalam dunia seni di negara mereka.

"Malah, peminat-peminat seni tempatan termasuk dari luar negara semakin meminati sentuhannya yang dikatakan cukup ikhlas dan membawa pelbagai pengertian yang positif," tambahnya.

Antara karya yang menyebabkan nama Thida mekar dan meniti di bibir ialah siri bertajuk Flora yang menampilkan bunga mawar.

Adakalanya, Thida turut cenderung menggunakan subjek buah-buahan untuk dipindahkan ke atas kanvas. Jika di Malaysia, ia nampak begitu klise dan tidak membawa sebarang takrifan namun, apabila mengenangkan kembali suasana negara mereka yang kacau-bilau dan tidak keruan, stigma itu terus dibuang jauh-jauh.

Tambahan, kira-kira 50 peratus negara mereka yang dikelilingi dengan hutan menghijau yang masih terpelihara menyebabkan Thida menghargai alam di sekelilingnya. Dan ekspresif itu ditonjolkan melalui karya-karyanya.

Membuktikan kesungguhannya, dia membawa sama lukisannya yang bertajuk Mangoesteen Eater yang menggunakan medium teknik akrilik.

Harapan

Boleh disimpulkan, Myint mahupun Thida merupakan pelukis yang gemar melahirkan lukisan bertemakan alam. Begitu juga dengan artis-artis residen SAC yang lain.

Besar harapan pengkarya-pengkarya di negara bergolak itu agar kerja seni mereka yang selama ini sangat jarang dapat ditatap diterima oleh masyarakat.

Sebenarnya, mereka tidak pernah menyembunyikan kekreatifan mereka tetapi, senario politik negara yang bercelaru menghalang langkah mereka.

"Kami akan sentiasa berusaha untuk membawa produk kami ke merata dunia, itu wawasan kami sebagai pengkarya. Kami juga memasang impian untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap negara kami," kata Myint penuh keazaman.

Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan lukisan dari galeri SAC, anda turut dijemput ke cawangannya di Malaysia iaitu Setapak, Kuala Lumpur.

Full content generated by Get Full RSS.

Permata seni cilik Asia

Posted:

Permata seni cilik Asia

Permata seni cilik Asia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


NAJIB dan Rosmah sewaktu menyampaikan cenderamata kepada para peserta yang mengambil bahagian pada malam itu.


APABILA kanak-kanak bertemu sesama mereka, apa yang akan berlaku? Pastinya, suasana akan menjadi gamat dan riuh-rendah. Ya, ia memang lumrah yang mengasyikkan sebenarnya.

Itulah yang berlaku semasa Festival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa anjuran Program Permata Seni Negara (Permata) yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 8, 9 dan 10 Disember lalu.

Kanak-kanak dari sembilan buah negara iaitu China, Filipina, India, Jepun, Korea, Qatar, Singapura, Sri Lanka termasuk Malaysia bersatu di atas satu pentas menghiburkan bukan sahaja rakan sebaya mereka bahkan, penonton daripada pelbagai lapisan umur.

Masing-masing mempersembahkan pelbagai elemen seni seperti tarian, nyanyian dan persembahan muzik. Kemuncaknya ialah pada majlis perasmian festival yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bertemakan Kanak-Kanak Cemerlang setiap negara berlumba-lumba mempamer dan menonjolkan bakat masing-masing.

Persembahan kanak-kanak dari India yang tampil dengan tarian tradisional yang bertajuk Musical begitu memukau hadirin.

Lemah gemalai tarian dan gerak lincah oleh penari lelaki dan perempuannya yang seiring dengan alunan muzik membuatkan penonton kagum sehingga tidak berganjak dari tempat duduk.


PALING MENGHIBURKAN. Paduan suara dan gerakan tarian yang hampir sekata kumpulan seni dari China membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk.


Pakaian yang disarung oleh kanak-kanak dari The National Bal Bhavan itu juga berjaya menyampaikan mesej tentang betapa mereka masih memartabatkan keunggulan warisan nenek moyang zaman berzaman walau dibuai dengan kemodenan dunia.

Variasi seni

Kemunculan peserta dari negara Jepun ke pentas Panggung Sari memberikan mood mengasyikkan kepada pengunjung. Tarian balet yang berlatar belakangkan muzik sentimental membuatkan orang ramai hanyut seketika.

Mereka yang menarikan tarian yang dinamakan Beautiful Awakening adalah kanak-kanak cerdik dari Sawako Murase Ballet School.

Jiran tetangga Malaysia iaitu Singapura tidak kurang hebatnya. Mereka yang didatangkan khas dari Yishun Nusantara Orchestra adalah kanak-kanak yang mahir bermain peralatan muzik seperti biola dan piano.

Tenaga yang dizahirkan semasa persembahan sememangnya menaikkan semangat penonton.

Semestinya persembahan dari Malaysia yang paling dinanti-nanti. Malaysia tampil dengan tiga kesenian berbeza iaitu koir, muzik dan tarian.

Tarian Zapin Persada dari kanak-kanak Permata Seni Tari menghangatkan atmosfera Istana Budaya pada malam itu. Begitu juga dengan koir yang bertema Fuha dan lontaran muzik yang diberi judul Abba.

Rosmah yang juga Penaung Permata, berkata penglibatan kanak-kanak dalam bidang seni bukan sekadar satu persembahan malah, sebagai platform bagi memartabatkan keamanan sejagat.


Program Permata Seni merupakan platform paling ideal untuk kanak-kanak mengetengahkan bakat dalam segenap bidang seni.


"Elemen seni dalam minda kanak-kanak mampu menyemai pemikiran kreatif dalam kalangan mereka dan ia memainkan peranan penting dalam pembangunan menyeluruh manusia, di samping menjadi platform memartabatkan keamanan sejagat," katanya dalam rakaman video ucapan beliau yang ditayangkan pada persembahan itu.

Penganjuran Festival Kesenian Kanak-Kanak itu disifatkan satu usaha bagi menyediakan ruang dan peluang secara berterusan kepada kanak-kanak berbakat di bawah Program Permata Seni untuk menonjolkan bakat cemerlang dalam bidang kesenian.

Full content generated by Get Full RSS.

Boulevard pertama di Shah Alam

Posted:

Boulevard pertama di Shah Alam

Boulevard pertama di Shah Alam

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


PEMBANGUNAN infrastruktur lain yang selari dengan projek Vista Alam dijangka menambah nilai pelaburan kepada pelanggan.


PEMBANGUNAN hartanah di Shah Alam, Selangor semakin berkembang pesat dan maju. Terbaharu, Tahap Warisan Sdn. Bhd. memperkenalkan projek pembangunan pertama berkonsepkan lebuh hias atau boulevard yang terletak di Vista Alam, Seksyen 14.

Menurut Pegawai Pemasarannya, Kesuma Laili Ahmad, pembangunan bersepadu serba lengkap dengan kemudahan membeli-belah, kehidupan dan kerjaya akan membawa keseronokan, keselesaan dan kemudahan kepada bakal penghuninya.

"Kedudukannya yang eksklusif di pusat bandar raya menjadikan ia satu pelaburan hartanah yang berpotensi memberi pulangan yang mengagumkan," katanya ketika ditemui semasa Pameran Hartanah Bumiputera di ibu kota baru-baru ini.

Menyentuh mengenai harga, Kesuma memberitahu, ia bermula dengan harga RM300,000 hingga mencecah RM600,000 mengikut keluasan ruang.

"Justeru kita menjemput orang ramai untuk membuat tempahan unit," katanya.

Strategik

Tiada sebab bagi pembeli berpotensi untuk melepaskan peluang merebut peluang keemasan tersebut. Di Vista Alam, ujar Kesuma, para penghuni berupaya menikmati keunggulan gaya kehidupan terkini.


KEMUDAHAN yang dapat dicapai di sekitar projek Vista Alam bersifat menyeluruh.


Ia berikutan kemudahan sedia ada yang menyeluruh di sekitar kawasan tersebut.

Selain terdapat rumah pengawal yang beroperasi selama 24 jam, Vista Alam turut mempunyai infrastruktur riadah seperti gimnasium, tabika, bilik Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi), trek joging, kolam renang, pasar mini, kedai dobi dan pelbagai kemudahan lain.

Lokasinya juga sangat strategik. Untuk mengakses lokasi gaya hidup dan premis komersial seperti bank, pasar raya, pasar raya besar dan pusat pengajian tinggi, berjalan kaki pun satu alternatif yang tidak mustahil.

Ia juga berhampiran dengan Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Kemuning- Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan jalan-jalan utama menghubungi Shah Alam.

"Vista Alam juga berhadapan dengan cadangan sekolah antarabangsa dan pusat komersial yang pasti akan menambah nilai kepada pelaburan para pelanggan," katanya.

Pendaftaran dibuka sekarang. Kepada orang ramai yang berminat dan perlukan keterangan lebih lanjut, sila hubungi 03-5513 8228 / 5513 8227. Orang ramai turut boleh melayari laman web www.vistaalam.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved