Khamis, 22 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KPDNKK rampas perisian komputer cetak rompak

Posted:

KPDNKK rampas perisian komputer cetak rompak

KPDNKK rampas perisian komputer cetak rompak

22/12/2011 6:06pm

GEORGETOWN - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 97 keping cakera padat perisian komputer cetak rompak bernilai RM266,100 dalam serbuan berasingan di Butterworth dan di Bukit Mertajam semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK cawangan Pulau Pinang, M. Guna Selan berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai penguatkuasa menyerbu sebuah kedai menjual CD di Mak Mandin di Butterworth dan menahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pengurus syarikat.

"Dalam serbuan pukul 3 petang itu, pegawai penguatkuasa menyita enam buah komputer dan empat unit pemprosesan data bernilai RM12,000, serta 21 keping CD perisian cetak rompak bernilai RM238,500," katanya di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita cari durian jumpa mayat lelaki

Posted:

Wanita cari durian jumpa mayat lelaki

Wanita cari durian jumpa mayat lelaki

22/12/2011 5:17pm

SANDAKAN - Seorang wanita yang sedang mencari durian menemui mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di kepalanya di Kampung Sandak Batu 10 dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Fadzil Mohd. Ali berkata, wanita itu menemui mayat terbabit di tepi jalan kira-kira pukul 5.30 pagi.

Katanya, identiti mayat itu belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri ditemui.

Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kesan cedera di kepala mayat itu dipercayai akibat dipukul.

Fadzil berkata mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Rasuah RM50: 3 penguatkuasa sempadan didakwa

Posted:

Rasuah RM50: 3 penguatkuasa sempadan didakwa

Rasuah RM50: 3 penguatkuasa sempadan didakwa

22/12/2011 5:12pm

PASIR MAS - Gara-gara menerima suapan sebanyak RM50 dan RM150, dua pegawai kastam dan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah yang didakwa dilakukan mereka di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Rantau Panjang.

Pegawai Kastam, Zainal Ismail, 45; Pembantu Penguasa Kastam, Azahar Mohamad, 37, dan Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ, Che Mat Nor Ali, 53, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Irwan memerintahkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 25 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Zainal yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Kastam dituduh menerima suapan wang RM50 daripada seorang individu sebagai upah supaya tidak melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas sebuah van.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut pada pukul 8.25 pagi, 20 November lalu di CIQ itu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved