Selasa, 20 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lapan nelayan Vietnam berjaya diselamatkan

Posted:

Lapan nelayan Vietnam berjaya diselamatkan

Lapan nelayan Vietnam berjaya diselamatkan

20/12/2011 5:41pm

PASIR PUTEH – Tujuh nelayan warga Vietnam diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APM) manakala seorang lagi oleh Pasukan Gerakan Marin selepas bot mereka karam dipukul ombak di muara Tok Bali.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tok Bali Komander Zainin Abdul Majid berkata kejadian itu berlaku sejurus selepas bot mereka cuba memasuki muara tersebut untuk mendaratkan ikan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 10 pagi.

"Ia berlaku 150 kilometer dari muara Tok Bali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat APMM di sini hari ini.

Semua mangsa yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke Jeti Operasi APMM untuk diambil keterangan.

Zainin berkata ketika kejadian, bot mereka tidak dapat dikawal akibat dipukul ombar besar di Laut China Selatan dan taksiran kerugian dianggarkan kira-kira RM700,000. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Produk Kedai Rakyat 1Malaysia dijual di IPTA

Posted:

Produk Kedai Rakyat 1Malaysia dijual di IPTA

Produk Kedai Rakyat 1Malaysia dijual di IPTA

20/12/2011 4:03pm

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang membuka Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di universiti-universiti awam sebaliknya akan menjual barangan KR1M melalui kedai koperasi universiti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai permulaan kedai koperasi Universiti Malaya dipilih untuk menjual produk KR1M.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat kedai koperasi di UM pada Khamis ini sebagai mengiktiraf produk KR1M di institusi pengajian tinggi memastikan pelajar IPT turut menikmati harga berpatutan.

"Kita sedang berbincang dengan semua universiti awam di negara ini dan menjangka semua universiti akan menjual barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Yang pentingnya universiti tersebut ada kedai koperasi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran "Program Jualan Kembali ke Sekolah" di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, selepas KR1M bertapak kukuh di IPTA, ia akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi swasta.

Projek perintis KR1M telah dilancarkan oleh Perdana Menteri di Stesen LRT Kelana Jaya, Selangor pada 22 Jun lepas dengan menawarkan sehingga 250 jenis barangan keperluan di bawah jenama 1Malaysia.

Harga yang dijual ditetapkan antara 30 peratus dan 50 peratus daripada barangan serupa di bawah jenama lain.

Sehingga kini, empat buah premis KR1M telah beroperasi iaitu masing-masingnya di Stesen LRT Kelana Jaya, Selangor, Pusat Komersil dan Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, Kuarters DBKL, Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan Presint 2, Putrajaya.

Kerajaan menyasarkan sebanyak 85 premis KR1M dibuka di seluruh negara sehingga tahun 2012. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Lacur wanita Indonesia: Pengurus spa didakwa

Posted:

Lacur wanita Indonesia: Pengurus spa didakwa

Lacur wanita Indonesia: Pengurus spa didakwa

20/12/2011 2:35pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus spa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan dua wanita warganegara Indonesia dengan memaksa mereka bekerja sebagai pelacur, dua minggu lepas.

Phang Chee Kung, 56, dari Cheras didakwa memperdagangkan Sonia, 24, dan Endang Sekerayu, 22, bagi tujuan eksploitasi di hadapan bilik No 210, Hotel Golden Asean di No 520-522 Jalan Pudu, Dang Wangi di sini pada 7.05 petang, 7 Disember lepas.

Tertuduh yang ditangkap pada hari yang sama, didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan juga boleh didenda, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Chee Kung yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta memerlukan rawatan lanjut.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Rakan lelaki Chee Kung membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved