Rabu, 14 Disember 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mencuba Nikon 1 di Pulau Pangkor

Posted:

Mencuba Nikon 1 di Pulau Pangkor

Mencuba Nikon 1 di Pulau Pangkor

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

PARA peserta dari pelbagai media cukup teruja dengan program anjuran Nikon.


SEMPENA kehadiran produk baharu Nikon yang berupa kamera kompak auto fokus teringan, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. (Nikon Malaysia) mengajak sekumpulan pengamal media ke Pulau Pangkor selama tiga hari dua malam untuk mencuba uji ciri istimewa gajet tersebut.

Nikon 1 merupakan segmen baharu selepas kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR) siri D dan juga kamera kompak digital, Coolpix.

Dua model pertama bagi siri Nikon 1 adalah Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1 yang merupakan kamera digital dengan sistem yang membolehkan lensa ditukar-tukar bagi mendapatkan imej lebih jelas. Fungsi itu diperkukuh dengan ciri pengesan imej AF CMOS berkelajuan tinggi.

Selain itu, lapan kamera kompak baharu yang lain termasuklah Coolpix AW 100, Coolpix S6200, Coolpix S 6150, Coolpix S4150, Coolpix S1200pj, Coolpix S 8200, Coolpix S100 and Coolpix P 7100.

Tugasan khas

Untuk menyemarakkan lagi program ini, pihak Nikon telah memberi tugasan khas menggunakan kamera-kamera terpilih.

Lima kumpulan wartawan dan jurufoto diminta untuk menghasilkan video pendek dengan kadar perlahan, video pendek dan imej pegun serta foto jenis potret yang boleh dirakam di mana-mana lokasi yang berhampiran pantai.

Kepada jurufoto, barangkali mereka tidak mempunyai masalah besar ekoran penggunaannya tidak sesulit menggunakan kamera DSLR.

Namun, bagi pihak wartawan, ramai yang menyimpan persepsi bahawa ia sukar dikendalikan.

Bagaimanapun setelah diberi kesempatan oleh Nikon, kumpulan wartawan merasakan sebaliknya. Selain bersaiz kecil dan ringan, ciri-ciri butang yang minimum membuatkan kendaliannya mudah difahami.

Lebih menarik perhatian, hasil rakaman foto yang dibuat setanding jurufoto profesional.


SETIAP kumpulan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pihak penganjur.


Kehadiran produk Nikon 1 sememangnya sangat sesuai kepada jurufoto amatur atau mereka yang mahu berjinak-jinak dalam dunia fotografi.

Reka bentuknya yang kasual di samping dilengkapi fokus automatik berkelajuan tinggi, pemprosesan imej dan kebolehan merakam video yang cemerlang menjadi asas kuat mengapa kamera ini harus dimiliki.

Yakin

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Pengguna Nikon, David Ng berkata, Nikon 1 merupakan inovasi lanjutan dalam jenis produk saling boleh tukar lensa yang menawarkan pengalaman fotografi baharu.

Ia mempunyai keupayaan merakam video pada model kamera yang kompak dan bergaya.

"Kumpulan sasaran bagi kamera ini ialah pengguna kamera kompak yang inginkan keupayaan rakaman video mudah alih dan gajet lanjutan berteknologi tinggi," katanya.

Nikon Malaysia berkeyakinan terhadap model kamera terbaharunya, Nikon 1, yang bakal meletakkan jenama tersebut sebagai peneraju dalam pasaran kamera di negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mengulas mengenai program tersebut, David berkata, ia merupakan pendekatan terbaik bukan sahaja dalam memperkenalkan secara lebih dekat produk terbaharu mereka malah dapat merapatkan hubungan Nikon dengan pihak media.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved