Sabtu, 24 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tiada Masa Untuk Membeli Belah

Posted:

Tiada Masa Untuk Membeli Belah

Tiada Masa Untuk Membeli Belah

BAGI pemuda bujang berusia 30 tahun, Hansen Lee,, kesibukan dirinya sebagai hos The Breakfast Show dan pekerjaan lain telah melambatkan aktiviti memilih hadiah Hari Natal buat keluarga dan teman.

"Saya bercuti tidak lama, hanya sebanyak dua hari termasuk hujung minggu. Mengenai persiapan Hari Natal, saya memang tiada apa-apa lagi untuk keluarga. Saya hanya akan membeli-belah setelah saya punyai sedikit ruang waktu untuk membeli-belah kelak. Tahun ini sememangnya tahun sibuk untuk saya," ujar Hansen yang akan meraikan perayaan ini di Kuala Lumpur bersama keluarga dan teman.

Tinggal bujang bersama rakan-rakan, Hansen tidak menghias rumah bagi perayaan itu sebaliknya, kebiasaan baginya ialah berkunjung ke rumah kakak yang menetap di Singapura untuk membantu menghiasi kediaman kakaknya itu.

Namun, tahun ini, dia tidak akan berkunjung ke Singapura memandangkan kakaknya akan pulang ke rumah mertua di Melaka bagi meraikan Hari Natal tahun ini.

Bagi jejaka tinggi lampai dan berbadan tegap ini, istimewanya Hari Natal tahun ini bagi dirinya ialah ia merupakan masa untuk melihat apa yang telah dicapai sepanjang tahun 2011 berlangsung, umpama menilai semula pencapaian.

"Keistimewaan tahun ini sebenarnya lebih kurang sama dengan tahun sebelumnya yang juga merupakan satu kebiasaan iaitu berkumpul bersama keluarga dan teman, dan semestinya makan dengan banyak terutamanya ayam belanda yang sememangnya menjadi makanan tradisi semasa perayaan Hari Natal di seluruh dunia," tutur lelaki yang berkelulusan Ijazah Perniagaan dan Pemasaran, Universiti San Jose, California, Amerika Syarikat ini.

Ketika ditebak persoalan mengenai perbezaan sambutan Hari Natal di Malaysia dan di luar negara, berbekalkan pengalaman beberapa tahun di Amerika Syarikat semasa menuntut ilmu di sana, Hansen menceritakan suasana Hari Natal di sana berbeza jika dibandingkan di negara sendiri.

Keadaan dan suhu yang amat sejuk membuatkan dirinya hanya mahu melepak di rumah tanpa mempunyai keinginan untuk bersiar ke mana-mana. Selain itu juga, disebabkan cuaca sejuk itu juga, dia mempunyai keinginan makan yang tinggi.

Malah akui Hansen, semangat menyambut Hari Natal lebih terasa kerana Barat, Hari Natal merupakan perayaan terbesar dan sememangnya perayaan yang mereka nantikan.

"Jika di sini, kita punyai banyak kaum dan perayaan. Jadi, Hari Natal merupakan hari perayaan bagi orang Kristian. Jika anda seorang penganut Kristian, sememangnya perayaan itu disambut meriah seperti perga ke gereja, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya," jelas Hansen yang merupakan penganut agama Buddha.

Lisa Beri Hadiah Buatan Sendiri

Bagi pengacara rancangan bual bicara Bella, Lisa Wong, Hari Natal tahun ini mungkin berbeza dari tahun sebelumnya kerana dia ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada ibu bapanya dan keluarga mertua yang berada di London.

"Saya minat melukis dan Hari Natal kali ini saya akan memberi hadiah yang merupakan lukisan abstrak yang dilukis saya sendiri kepada mereka. Saya belajar melukis sejak setahun yang lalu dan pastinya mereka akan gembira atau menghargai kraftangan yang dibuat ini," bicara Lisa mengenai hadiah istimewanya itu.


KIRI: Lisa mempunyai tradisi mencari hadiah tersembunyi sempena Hari Natal bersama keluarganya. Sementara Hansen pula merancang untuk bercuti selepas perayaan dan meraikan sambutan tahun baharu 2012 di Singapura.


Berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris, sambutan Hari Natal bersama keluarga perlu agar dapat bersama keluarga kedua belah pihak. Jika tahun lalu, keluarga mertuanya dari London turun ke Malaysia meraikan hari istimewa ini di Malaysia, kali ini, giliran Lisa pulang ke kampung halaman membawa suami.

Bagi wanita bertubuh langsing ini, percutian Hari Natal digunakan sepenuhnya dengan melakukan aktiviti santai bersama keluarga. Lisa mempunyai permainan tradisi yang dilakukan bersama keluarga tersayang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Natal.

"Kami mempunyai tradisi di dalam keluarga iaitu kami akan bermain satu permainan mencari hadiah Hari Natal di sekeliling rumah. Caranya, hadiah kecil seperti coklat, atau barangan kegunaan seharian dimasukkan ke dalam stokin Krismas dan disembunyikan.

"Jadi kami akan mencabut undi bagi menentukan hadiah apa yang perlu dicari. Ia merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan untuk berlibur bersama keluarga setelah tidak berjumpa dan penat bekerja," cerita Lisa tidak lekang mengukir senyuman sepanjang berbicara.

Sama seperti penganut Kristian yang lain, hidangan ayam belanda juga menjadi hidangan istimewa buat wanita berdarah kacukan Cina dan Sri Lanka yang menjadi santapan bersama keluarga.

Namun, mungkin pengalaman Lisa menyambut Hari Natal berbeza berbanding Hansen kerana walaupun mereka sama-sama pernah meraikannya di luar negara, Lisa meraikan ia bersama keluarga dan Hansen bersama teman.

Ujar Lisa, memang tidak dinafikan perayaan Hari Natal di sana lebih meriah dan dirasai. Ini kerana, sebaik melangkah keluar dari rumah, jiran tetangga, seluruh kawasan perumahan, kompleks membeli-belah semuanya dihiasi dengan dekorasi yang sangat cantik dan meriah.

"Jika di sini pula, ia lebih kepada semangat kekeluargaan dan bercuti serta dapat meluangkan masa bersama keluarga setelah penat bekerja atau mungkin lama tidak berjumpa. Kami akan bersuka ria bersama keluarga dan makan bersama hidangan yang disediakan," cerita Lisa mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kuasa peserta wanita

Posted:

Kuasa peserta wanita

Kuasa peserta wanita

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


BERDEBAR. Azmarul akhirnya tewas kepada Mafa (kiri).


Akhirnya, hanya dua peserta wanita iaitu Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md. Akhir (Mafa) layak ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) sekali gus mengenepikan seorang lagi peserta, Azmarul Azuan Harun (Azmarul) dalam peringkat separuh akhir yang berlangsung pada minggu lalu.

Kemaraan dua peserta wanita ke peringkat akhir sudah dapat diramal berdasarkan persembahan yang mereka berikan pada minggu lalu. Asmidar mara dengan mudah apabila mendapat undian tertinggi sebanyak 58 peratus selepas persembahan menariknya menerusi dua buah lagu, Can't Take My Eyes Of You dan Bagaikan Sakti duet bersama Bob AF.

Sebaliknya, Mafa yang mendapat undian sebanyak 48 peratus dan Azmarul 43 peratus terpaksa berentap dalam peringkat Battle menerusi lagu yang sama iaitu Awan Nano dendangan asal penyanyi Hafiz.

Berdasarkan persembahan peringkat Battle itu, dua juri tetap Erra Fazira dan Azmeer sebulat suara memilih Mafa sebagai peserta yang layak ke peringkat akhir. Azmarul yang mendendangkan lagu Dua Insan duet bersama Wana dan Terima Kasih Cinta terpaksa akur dengan pilihan juri.

"Walaupun saya tersingkir, saya bersyukur kerana saya layak berada sehingga peringkat separuh akhir, itu sudah cukup baik buat saya. Sebenarnya memang saya sedih tetapi bukan rezeki saya untuk ke peringkat akhir, saya terima dengan hati yang terbuka, maknanya banyak lagi perkara yang harus saya belajar untuk menjadi yang terbaik

"Saya berterima kasih kepada semua orang yang menyokong saya selama ini. Walaupun saya memiliki badan yang besar itu bukan satu halangan untuk saya mencapai impian," ujarnya yang memasang impian untuk memiliki sebuah lagu single, namun hasrat tersebut harus dilupakan selepas dia tersingkir.

Mafa, gadis berusia 19 tahun pula tidak menyangka dirinya akan layak peringkat akhir, malah telah menyiapkan dirinya andai dia tersingkir pada minggu lalu selepas mendendangkan lagu Earth Song dan Asmara duet bersama Atilia.

"Saya ada perasaan mungkin saya yang akan tersingkir kerana pada peringkat separuh akhir ini, siapa-siapa pun boleh disingkirkan. Saya akan melakukan persembahan yang terbaik pada peringkat akhir nanti dan setakat ini saya sudah mempunyai lagu pilihan sendiri," tuturnya.

Asmidar pula mengakui bagai tidak percaya apabila namanya disebut dahulu secara automatik melayakkannya ke peringkat akhir. Dia mendapat pujian daripada pihak juri untuk kedua-dua persembahannya turut meluahkan rasa sedih apabila menyaksikan seorang rakannya tersingkir.

"Memang program ini sebuah pertandingan tetapi selepas berminggu-minggu membuat persembahan bersama kami jadi rapat. Apabila tahu saya layak ke peringkat akhir dan masa yang sama saya juga rasa sedih sebab salah seorang daripada rakan saya akan tersingkir.

"Apapun selepas bekerja keras dan diberi kepercayaan oleh penonton, saya akan memberikan persembahan yang terbaik pada peringkat akhir nanti," ujarnya yang berusia 25 tahun.

Menurut Erra pula, kedua-dua peserta wanita sememangnya layak untuk berada di peringkat akhir berdasarkan kualiti yang ada dalam diri mereka. Sudah namanya program vokal, sudah tentu mereka yang dipilih memiliki vokal yang mengkagumkan.

"Disebabkan namanya program vokal, penonton serta kami sendiri mencari mereka yang memiliki vokal yang hebat, perkara lain terletak di tangga kedua. Saya harap pilihan penonton dan kami sendiri tidak salah. Saya yakin mereka berdua mampu berikan persembahan yang baik kerana kami tidak mahu dengar suara yang biasa-biasa sebaliknya suara yang hebat," ucapnya.

Azmeer pula memberitahu, kedua-dua peserta yang mara ke peringkat akhir mempunyai kelebihan yang tersendiri termasuk perbezaan dalam genre lagu yang bersesuaian dengan mereka.

"Selepas berminggu-minggu, saya lihat banyak peningkatan dalam diri mereka tetapi mereka masih belum boleh jadi yang terbaik. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan saya gembira melihat peningkatan yang ada pada Mafa. Saya tidak boleh kata siapa yang lagi baik kerana kita kena tunggu dan lihat persembahan mereka nanti," balasnya.

Pada peringkat akhir peserta akan menyanyikan tiga buah lagu, iaitu lagu pilihan sendiri, sebuah lagu baharu dan sebuah lagu yang dipilih oleh pihak lawan.

Program akhir Vokal bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 bakal berlangsung pada 25 Disember ini di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor dan disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Full content generated by Get Full RSS.

Rai Krismas di 8TV

Posted:

Rai Krismas di 8TV

Rai Krismas di 8TV


CONMAN IN TOKYO


SEMPENA dengan sambutan perayaan Hari Krismas, saluran 8TV ternyata tidak ketinggalan untuk menyiarkan pelbagai rancangan yang menarik. Antara rancangan yang akan disiarkan merangkumi beberapa program seperti filem, realiti tv, konsert artis terkenal dan acara anugerah yang disiarkan selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 Disember ini.

Misalnya, penonton akan dihiburkan dengan sebuah filem komedi berjudul Conman In Tokyo yang dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal Hong Kong seperti Louis Koo dan Nick Cheung.

Selain itu, bagi penonton yang meminati acara nyanyian boleh berhibur dengan sebuah konsert Show On Cruel Stage Concert Live yang membabitkan artis terkemuka Taiwan iaitu Show Luo.

Berikut adalah beberapa rancangan yang akan disiarkan selama tiga hari sempena sambutan perayaan Hari Krismas.

1 Conman

In Tokyo

Tarikh: 24 Disember 2011

Hari: Sabtu

Masa: 8.30 malam

Filem ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Cheung yang mempunyai tabiat berjudi dan suka berbangga diri membuatkan dirinya sentiasa dihimpit masalah.

Cheung berazam untuk mencari Koo, seorang yang dikenali di kalangan penjudi yang telah bersara untuk membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Nick Cheung Ka Fai, Louis Koo Tin Lok, Christy Chung Lai Tai dan Athena Chu Yun.

2 The X Factor

Grand Finals

Tarikh: 24 Disember 2011

Hari: Sabtu

Masa: 10.30 malam

The X Factor merupakan sebuah rancangan realiti tv yang mencari individu yang mempunyai kehebatan vokal dan personaliti menarik. Juara yang akan ditentukan menerusi acara akhir ini bakal membawa pulang hadiah utama berupa kontrak bernilai RM15 juta yang juga merupakan hadiah terbesar ditawarkan dalam sejarah televisyen. Saksikan gelagat barisan juri yang terdiri daripada Simon Cowell, Paula Abdul, penyanyi terkenal yang juga ahli kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan penerbit muzik terkemuka, L.A Reid.

3 MTV Movie

Awards 2011

Tarikh: 25 Disember 2011

Hari: Ahad

Masa: 12.30 pagi

Anugerah kegilaan ramai telah kembali! 8TV dengan bangganya membawakan kepada penonton MTV Movie Awards 2011 ini yang diadakan di L.A. Gibson Ampitheatre. Pastikan penonton setia 8TV bersama-sama menikmati kemeriahannya dan saksikan keunikan fesyen selebriti antarabangsa di anugerah terkemuka ini. Siapakah yang bakal membawa pulang 'Popcorn Emas'? Mempertaruhkan kategori-kategori yang dipertandingkan seperti Best Kiss, Best Fight dan kategori baharu seperti Best Line from a Movie, pasti penonton akan terhibur dan terus berada di depan kaca televisyen.

4 Show On Cruel

Stage Concert Live

Tarikh: 25 Disember 2011

Hari: Ahad

Masa: 3 petang

Artis terkemuka Taiwan Show Luo sekali lagi berjaya mengambil hati peminat-peminatnya. Buat peminat-peminat Show Luo, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mantap Show On Cruel Stage Concert Live yang dibawakan secara lansung hanya di 8TV! Show Luo bakal mempersembahkan lagu-lagu hits dari lima buah album pertamanya dan akan menampilkan persembahan hebat dari artis jemputan seperi Rainie Yang.

5 Video Games Awards 2011

Tarikh: 26 Disember 2011

Hari: Isnin

Masa: 12.15 pagi

Rancangan anugerah Video Games Awards 2011 yang menghargai kualiti dan pencapaian menakjubkan dalam permainan video, pereka cipta permainan video, animasi dan kecanggihan teknologi ini bakal dihoskan oleh pelakon terkenal Neil Patrick Harris. Rancangan anugerah ini juga bakal memperlihatkan klip-klip dan permainan video menarik. Rancangan anugerah yang bakal diceriakan dengan wajah-wajah terkemuka Hollywood ini juga akan mempersembahkan permainan video terbaik dan terbaharu seperti Batman: Arkham City, Resistance 3, dan Call of Duty: Modern Warfare 3.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved