Ahad, 25 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Krismas hambar di selatan Filipina

Posted:

Krismas hambar di selatan Filipina

Krismas hambar di selatan Filipina

PENDUDUK yang hilang tempat tinggal akibat ribut Washi berlindung di khemah-khemah sepanjang sebuah lebuh raya di Iligan, selatan Filipina kelmarin.


CAGAYAN DE ORO, Filipina - Berpuluh-puluh ribu orang di selatan Filipina terpaksa menyambut Hari Krismas hari ini di beberapa buah sekolah dan gimnasium yang beroperasi sebagai pusat perlindungan sementara selepas banjir kilat yang dibawa ribut tropika Washi menyebabkan 1,000 orang maut manakala 1,000 lagi masih hilang.

Ketika petugas-petugas kerajaan menemui lebih banyak mayat susulan bencana alam tersebut, seorang datuk bandar tempatan memberitahu mereka yang kehilangan tempat tinggal bahawa 'tiada sambutan Krismas' pada tahun ini.

Ketika ini, puluhan ribu mangsa terpaksa bersesak di pusat-pusat perlindungan sementara dengan berdepan kekurangan air serta bekalan asas lain.

"Tiada sambutan Krismas tahun ini," kata Datuk Bandar ini, Vicente Emano semalam ketika ditanya sama ada beliau akan menyampaikan ucapan sempena Hari Krismas seperti sebelumnya.

Washi membawa hujan lebat yang menyebabkan air sungai melimpah seterusnya mencetuskan banjir kilat yang menenggelamkan kampung-kampung di tebing sungai di bandar pelabuhan ini dan bandar Iligan Sabtu lepas.

Ribut tropika dan banjir tersebut menyebabkan sekitar 330,000 orang hilang tempat tinggal dengan 69,000 lagi tinggal di beberapa pusat perlindungan sementara.

Emano sehubungan itu berkata, para pekerja bandar ini dan anggota penyelamat akan bekerja sepanjang musim cuti Krismas untuk mencari mayat mangsa-mangsa ribut Washi selain membantu mereka yang berpindah dari kediaman masing-masing

Menurutnya, dua kubur besar telah digali bagi menanam ratusan mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya

Posted:

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya


SEBUAH treler membawa 18,000 kilogram ais krim terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.
KANAN: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan memeriksa keadaan karton-karton ais krim yang bertaburan di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.


INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.

Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan.

Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan.

Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Bergaduh untuk dapatkan kasut Nike

Posted:

Bergaduh untuk dapatkan kasut Nike

Bergaduh untuk dapatkan kasut Nike


KASUT Air Jordan yang baru dibeli dipamer di depan orang ramai di luar sebuah kedai kasut Nike di bandar raya San Francisco kelmarin.


SEATTLE, Amerika Syarikat(AS) - Kekecohan berlaku di banyak kedai di seluruh AS kelmarin ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan kasut bola keranjang Air Jordan terbaharu keluaran Nike.

Di beberapa buah tempat di AS, polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan yang hampir membawa kepada kekacauan.

Orang ramai beratur panjang sejak semalam untuk mendapatkan kasut Air Jordan retro yang merupakan versi Air Jordan paling popular pernah dikeluarkan oleh Nike.

Di pinggir bandar raya ini, polis menggunakan semburan lada untuk meleraikan 20 pelanggan yang bergaduh di pusat beli-belah di Westfield Southcenter.

Orang ramai mula berkumpul di empat kedai di pasar raya berkenaan sekitar tengah malam dengan jumlah mereka mencecah 1,000 orang menjelang pukul pukul 4 pagi (waktu AS), apabila kedai-kedai mula dibuka.

"Pada pukul 3 pagi, terdapat insiden pergaduhan dan tolak menolak antara mereka," kata seorang pegawai polis, Mike Murphy.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.

Kekecohan untuk mendapatkan kasut Air Jordan yang dijual pada harga sekitar $180 (RM567.90) untuk sepasang kerap mencetuskan situasi merbahaya sebelum ini.

Beberapa orang pernah disamun malah, dibunuh kerana versi awal kasut itu yang mula dicipta oleh syarikat Nike Inc. pada tahun 1984. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved