Isnin, 7 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga menyamar sami samun warga emas

Posted:

Tiga menyamar sami samun warga emas

Tiga menyamar sami samun warga emas

07/11/2011 7:56pm

SHAH ALAM – Sebuah keluarga kerugian lebih RM40,000 apabila dirompak tiga lelaki yang menyamar sebagai sami dalam kejadian berhampiran Taman Botani Negara Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an datang ke rumah mangsa dan meminta daun sepohon pokok di halaman rumahnya, konon untuk upacara keagamaan.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zahedi berkata selepas mengambil daun terbabit, ketiga-tiga suspek beredar dan mangsa masuk kembali ke dalam rumah.

"Beberapa minit kemudian mereka datang semula dan menyelinap masuk ke rumah dan mengacukan parang ke arah warga emas berusia 60 tahun itu serta isteri dan anak lelakinya, sebelum merompak barangan seperti set televisyen, komputer riba, wang tunai dan barangan kemas," kata Zahedi.

Beliau berkata kesemua perompak terbabit melarikan diri dengan kereta Proton Waja milik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan 397 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat bayi ditemui di Pandan Perdana

Posted:

Mayat bayi ditemui di Pandan Perdana

Mayat bayi ditemui di Pandan Perdana

07/11/2011 7:30pm

KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat, ditemui di kawasan pembuangan sampah di Jalan 4/6 Pandan Perdana, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata bayi itu ditemui sekumpulan pekerja sebuah syarikat memungut sampah pada kira-kira 5.30 petang.

"Mayat bayi ditemui dalam keadaan berbungkus dengan baju wanita dan tuala biru muda," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Beliau berkata mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

"Temu bual dengan penduduk setempat setakat ini tidak memberi sebarang maklumat lanjut. Bagaimanapun kita sedang mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dua beranak maut dalam kemalangan

Posted:

Dua beranak maut dalam kemalangan

Dua beranak maut dalam kemalangan

07/11/2011 7:27pm

KUANTAN – Dua beranak terbunuh selepas kereta Honda Accord yang dinaiki bersama empat anggota keluarga lain terbabas di simpang Kampung Batu Tanah Merah dekat Jalan Kuantan-Pekan hari ini.

Mangsa yang maut, Yusmawati Mat Yusof, 36 dan anak lelakinya, Ahmad Rizqin Ramli, dua, berasal dari Taman Cenderawasih di sini.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Negeri ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Pekan.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami mereka," katanya ketika dihubungi.

Zainalabidin berkata empat lagi penumpang belum dikenal pasti dan mereka dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.

Jenazah mangsa turut dibawa ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved