Sabtu, 5 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rumah flat terbakar di Segambut

Posted:

Rumah flat terbakar di Segambut

Rumah flat terbakar di Segambut

05/11/2011 5:19pm

KUALA LUMPUR — Sebuah unit rumah flat di Taman Sri Kuching, Segambut di sini hangus terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, semasa kejadian 1 petang itu, penghuni rumah terbabit tidak berada di dalam flatnya.

"Bomba terima panggilan dari orang awam pukul 1.12 petang sebelum jentera pertama tiba 15 minit kemudian. Seramai 30 anggota dengan lima jentera dari Balai Bomba Jinjang dan Sentul bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Azizan berkata, api di tingkat tiga flat itu dapat dikawal sepenuhnya 10 minit kemudian dan pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Diskaun tol 10 peratus di Lekas

Posted:

Diskaun tol 10 peratus di Lekas

Diskaun tol 10 peratus di Lekas

05/11/2011 4:30pm

SEREMBAN — Lebuhraya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) menawarkan pengurangan kadar tol sebanyak 10 peratus bagi perjalanan di lebuh rayanya sempena perayaan Hari Raya Aidiladha esok.

Rebat kadar tol itu diberikan bagi pengguna yang melalui Plaza Tol Ampangan di lebuh raya itu, berkuat kuasa dari pukul 12.01 tengah malam ini hingga 11.59 malam esok.

"Pemberian diskaun tol ini bertujuan untuk menghargai dan mengurangkan beban pengguna-pengguna lebuh raya Lekas semasa musim perayaan ini.

"Selain itu, ia juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial syarikat konsesi lebuh raya," kata pemegang konsesi tol itu dalam satu kenyataan hari ini. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Sekolah Tahfiz Sains dibina di Langkawi

Posted:

Sekolah Tahfiz Sains dibina di Langkawi

Sekolah Tahfiz Sains dibina di Langkawi

05/11/2011 3:47pm

YAN 5 Nov. — Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan sekolah berkenaan.

"Bajet kita telah buat dan tanah telah ada seluas 12.21 hektar di Pulau Tuba. Pada masa ini seramai 50 orang pelajar tahfiz tingkatan satu sedang belajar di bangunan sekolah sementara di Kulim," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan kepada 302 pelajar institusi pengajian tinggi awam dari kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, sekolah itu disasarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 orang pelajar sedia ada yang merupakan kumpulan pertama sekolah berkenaan.

Azizan berkata, kos membina bangunan sekolah itu dianggarkan menelan belanja melebihi puluhan juta ringgit iaitu termasuk peruntukan membina asrama, makmal dan pelantikan para guru.

"Kita bina secara bertahap dan dalam tempoh tiga tahun dijangka siap," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved