Rabu, 2 November 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Nikmat kopi ala Itali

Posted:

Nikmat kopi ala Itali

Nikmat kopi ala Itali

Oleh AMMAR JAZLAN MD. LELA

INOVASI terkini membolehkan pengguna menghasilkan kopi kegemaran mereka melalui satu sen tuhan butang sahaja sama ada di rumah atau pejabat.


PERUBAHAN zaman menyaksikan kopi mengalami transformasi tersendiri. Dahulu, ia hanya disediakan dengan campuran gula atau susu, kini terdapat variasi kopi antarabangsa ala Itali yang mempunyai pelbagai rasa.

Pasti ramai yang membayangkan kelazatan espresso yang kaya dengan rasa, aroma dan mempunyai kemanisan seperti karamel atau gula hangus. Atau setidak-tidaknya mengingati keenakan latte macchiato, cappucino atau mocha yang dihasilkan melalui campuran kopi, susu stim atau coklat.

Menyedari hakikat itu, Nestle Products Sdn. Bhd. (Nestle), kini memperkenalkan set mesin pembancuh kopi, Nescafe Dolce Gusto yang membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran mereka tanpa perlu berkunjung ke hotel, kopitiam atau francais kafe antarabangsa.

Pengurus Kanan Jenama, Unit Perniagaan Nescafe Dolce Gusto Coffee, Christophe Wyss berkata, produk terbaharu keluaran Nestle itu bukan sahaja mudah dikendalikan malah, sesuai digunakan di rumah atau pejabat.

Katanya, Nescafe Dolce Gusto merupakan gabungan set mesin bertekanan tinggi dan kapsul pelbagai perisa yang membolehkan pengguna menghasilkan aroma kopi segar dan bermutu tinggi.

"Ia berfungsi sama seperti mesin espresso profesional yang sering digunakan untuk mengekstrak kopi.

"Tekanan yang betul menghasilkan rasa kopi yang diingini pengguna. Set mesin pembancuh kopi, Nescafe Dolce Gusto yang mempunyai tekanan sehingga 15 bar sememangnya direka bentuk bagi tujuan itu," katanya dalam taklimat ringkas di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, inovasi yang dihasilkan melalui kerjasama dengan pengeluar peralatan dapur terkenal, Krups itu membolehkan pengguna membancuh kopi melalui satu sentuhan butang sahaja.

"Hanya masukkan air (air minuman atau air masak), kapsul serbuk perisa dan susu mengikut sukatan yang ditetapkan.

"Setiap sukatan adalah berbeza begitu juga jenis kopi yang dihasilkan. Setakat ini terdapat empat perisa yang ditawarkan iaitu espresso, cappuccino, latte macchiato dan mocha," jelasnya yang memberitahu setiap kotak mengandungi 16 kapsul dijual pada harga RM27.99.

Katanya, set mesin pembancuh kopi Nescafe Dolce Gusto dihasilkan dalam dua reka bentuk berbeza.

Set kompak, Piccolo yang berkapasiti 0.6 liter dihasilkan melalui tiga variasi warna iaitu merah, putih dan titanium dan dijual pada harga RM399.

Sementara itu, Circolo yang berbentuk bulat dan berkapasiti 1.3 liter dijual pada harga RM699 dalam dua warna iaitu merah dan anthracite.

Full content generated by Get Full RSS.

Wangian roll-on Teacher's Perfume

Posted:

Wangian roll-on Teacher's Perfume

Wangian roll-on Teacher's Perfume


TEACHER'S Perfume memperkenalkan produknya dalam bentul roll-on.


MINAT masyarakat di negara ini terhadap wangian asli yang didatangkan dalam bentuk botol roll-on semakin mendapat sambutan apabila permintaan ke atas produk itu menunjukkan peningkatan.

Selain ciri pembungkusannya yang menggunakan botol bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, faktor harganya yang murah turut menjadi tarikan pengguna untuk memiliki wangian jenis itu.

Justeru, tidak hairanlah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita dibanjiri dengan pelbagai jenama wangian berbentuk roll-on yang dipasarkan oleh pelbagai syarikat untuk menarik minat pengguna.

Tidak ketinggalan ialah wangian berjenama Teacher's Perfume yang dipasarkan syarikat Minda Sarjana Enterprise dari Simpang Ampat Tasek, Pulau Pinang.

Pengasas syarikat itu, Jamaludin Hashim memberitahu, dia mempunyai sebab untuk berbangga dengan produk keluaran syarikatnya kerana walaupun baru dipasarkan kurang dari setahun sejak Disember tahun lalu, permintaan terhadap wangian Teacher's Perfume amat menggalakkan.

"Walaupun terdapat banyak wangian jenis roll-on yang dipasarkan di negara ini menggunakan pelbagai jenama namun, sambutan yang diterima untuk jenama kami amat menggalakkan.

"Sejak wangian jenama Teacher's Perfume dipasarkan kami menerima reaksi amat positif daripada kalangan pengguna malah, sehingga kini jualannya sudah melebihi 200,000 set," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya lagi, sehingga kini wangian Teacher's Perfume mempunyai enam set wangian dengan tiga daripadanya dikhaskan kepada wanita manakala, tiga lagi dikhaskan untuk golongan lelaki.

Kesemua wangian itu katanya, diinspirasikan daripada produk haruman berjenama terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klien.

Menurut Jamaludin, setiap satu set wangian mengandungi empat botol wangian berbeza haruman dengan kapasiti empat mililiter setiap satu yang dijual pada harga RM40 setiap set.

Dalam pada itu katanya, selain mampu memberi kepuasan optimum kepada pengguna dari segi keaslian wangian dan harga yang ditawarkan, wangian jenama Teachers's Perfume keluaran syarikatnya juga mampu memberi kepuasan kepada pengedar dan stokis wangian tersebut.

"Kami sentiasa mengutamakan pengedar dan stokis kami kerana mereka turut membantu dalam menaikkan jenama Teacher's Perfume sehingga kini. Sebab itulah syarikat sudah membuat keputusan untuk memberikan ganjaran yang lumayan kepada mana-mana pengedar dan stokis yang mencapai tahap jualan yang ditetapkan oleh syarikat berupa pakej pelancongan dan pakej mengerjakan umrah," katanya.

Katanya, untuk menjadi pengedar yang sah, pengguna hanya perlu membayar serendah RM320 dan akan memperoleh 10 kotak wangian jenama tersebut yang mengandungi 24 jenis wangian. Pengguna yang membuat bayaran sebanyak RM900 atau RM1,680 akan memperoleh masing-masing 30 kotak dan 60 kotak wangian tersebut yang turut mengandungi 24 jenis wangian asli.

Bagi mereka yang ingin menjadi stokis pula, mereka perlu mengeluarkan kos sebanyak RM3,000 untuk memperoleh 120 kotak wangian jenama tersebut sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk memenangi ganjaran yang ditawarkan.

Justeru kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar dan stokis kepada wangian jenama itu, mereka boleh menghubungi Jamaludin di talian 012-5407782 atau 019-4619393 atau melayari laman blog syarikatnya di http://teachers-perfume.blogspot.com. - RIZAM ZAKARIYA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved