Sabtu, 19 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bayar cukai jika mahu gemuk

Posted:

Bayar cukai jika mahu gemuk

Bayar cukai jika mahu gemuk

Oleh KUMARA SABAPATTY

KOLESTEROL yang terkumpul bahagian pinggang menyebabkan obesiti.


DENMARK muncul sebagai negara pertama yang mengenakan kutipan cukai lemak terhadap barangan berasaskan lelemak seperti minyak sapi, mentega, minyak masak dan produk susu. Tujuannya murni, memastikan kesihatan rakyat negara itu terjamin.

Cukai yang dilaksanakan bermula pada 2 Oktober lepas itu bertujuan menjadikan makanan berlemak tidak ekonomikal kepada 5.6 juta penduduk negara itu setelah 19 peratus dari jumlah penduduknya kini obes.

Kadar cukai yang dikenakan ialah 16 kroner (RM8.90) untuk setiap sekilogram lemak tepu dalam setiap produk yang mempunyai kandungan lemak melebihi 2.3 peratus.

Secara tidak langsung, cukai ini menyumbang kepada peningkatan harga setiap 250 gram mentega.

Pelaksanaan cukai tersebut bagi mengurangkan pengambilan makanan berasaskan lemak di kalangan penduduk negara itu.

Idea pengenalan cukai itu juga diikuti oleh negara-negara Eropah yang lain seperti Hungary.

Hungary dengan 9.9 juta penduduk, mengenakan cukai lemak 0.37 euro (RM1.58) ke atas makanan siap diproses yang mempunyai kandungan gula, garam serta karbohidrat melebihi sukatan ditetapkan.

Ini bertujuan untuk mengurang kadar obesiti di negara itu yang berada pada tahap 18.8 peratus.

Adakah cukai lemak relevan dilaksanakan di negara ini?

Menurut bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, cukai lemak yang dilaksanakan di Denmark dan Hungary belum tiba masanya untuk dikuatkuasakan di negara ini.

"Jika kita mengikuti langkah Denmark mengenakan cukai ke atas barangan mengandungi lemak, ia tidak mengubah keadaan sebaliknya akan mencetus kemarahan pengusaha industri makanan tempatan.

"Mereka (pengusaha) pasti akan meminta kerajaan mengemukakan bukti kukuh produk lemak ialah penyumbang utama masalah obesiti," katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Katanya, langkah pelaksanaan cukai lemak dianggap tidak relevan, sekurang-kurangnya buat sekarang.

"Andai kata kerajaan menaikkan cukai dan hasilnya kadar obesiti berkurangan, itu boleh diterima dan bukan semata-mata ingin mengikuti jejak langkah Denmark dan Hungary.

"Cukai lemak di Denmark memang relevan kerana negara itu maju selangkah ke hadapan dan perlaksanaan undang-undang selain turut dipersetujui oleh rakyat negara itu sendiri," katanya.

Tertinggi


ZENNY SALIHUDIN berjaya menguruskan badannya dalam tempoh enam bulan setelah mengikuti rejim Biggest Loser Asia dan diet khas.


Ismail berpendapat, implikasi cukai lemak tidak akan berjaya di negara ini dan langkah terbaik yang perlu dibuat ialah peningkatan dari sudut pendidikan serta maklumat lanjut termasuk kempen-kempen berkaitan kesihatan secara efektif.

Namun, hakikatnya tanpa pelaksanaan cukai lemak tersebut penduduk negara ini sedang berhadapan dengan majoriti penduduk menghadapi masalah obesiti.

Baru-baru ini media melaporkan, Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk.

Fakta itu didedahkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Parlimen.

Jelas Ismail Merican, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, beliau sering menasihatkan pesakit dan kakitangan hospital kerajaan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan berkualiti tetapi hakikatnya kurang dua peratus kakitangannya mengikut nasihat tersebut.

"Saya gemar makan nasi lemak sehingga hari ini tetapi dalam kuantiti sedikit dengan tambahan sayur-sayuran.

"Tidak perlu nasi lemak itu ditambah dengan telur goreng, ayam goreng, sotong dan sebagainya," katanya.

Katanya lagi, beliau juga gemar berjoging selain sering naik turun tangga sehingga berpeluh.

"Tetapi, para kakitangan saya dulu menggunakan perkhidmatan lif walaupun menuju ke tingkat pertama," katanya.

Jelas beliau, obesiti kini menjadi suatu ancaman di peringkat global menyaksikan trend masalah obesiti kian meningkat setiap tahun bukan sahaja melibatkan golongan muda dan tua malah juga kanak-kanak.

Sepertiga daripada penduduk negara mengalami masalah berat berlebihan atau obesiti.

"Kita belum mencapai ke tahap di mana rakyat kita tahu sepenuhnya mengenai masalah obesiti.

"Rakyat kita tahu akan kebaikan amalan pemakanan sihat dan senaman namun hanya 15 peratus rakyat mengamalkannya manakala 75 peratus lagi tidak mempraktikkannya," ujarnya.

Katanya, negara masih kekurangan kemudahan taman rekreasi yang lengkap dengan peralatan senaman dan trek joging.

Tambahnya, beberapa taman rekreasi yang mempunyai kemudahan itu tidak sempurna dan selamat untuk digunakan kanak-kanak.

"Ada ibu bapa memilih untuk mengunjungi pusat senaman atau gim untuk bersenam namun berapa ramai antara kita yang mampu membayar yuran perkhidmatan setiap bulan," katanya.

Dibuang kerja

Realitinya di negara ini, terdapat ramai lelaki yang mempunyai berat badan melampau.

Tidak terkecuali Balaji Muniandy, 44. Dia pernah mencecah 280 kilogram (kg) sehingga menyebabkan tahap kesihatan lelaki berasal dari Farlim, Bandar Baru Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang ini dalam keadaan amat teruk.

Semuanya disebabkan dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta.

Akibat tekanan selepas dibuang kerja, Balaji bertindak mengurung diri dalam rumah.

"Saya tertekan selepas dibuang kerja dan terus mengurung diri tanpa berbual dengan sesiapa pun," katanya.

Bagaimanapun, fizikal Balaji sedikit berubah selepas menerima rawatan dan kawalan pemakanan yang diselia sepasukan pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang.

Diet makanan yang hanya berasaskan jus buah-buahan susu rendah lemak serta bijirin berjaya mengurangkan berat badan Balaji sebanyak 80 kilogram dalam tempoh setahun lalu.

"Saya berputus asa pada mulanya kerana tidak yakin untuk mengurangkan berat badan, tetapi hasil rawatan serta nasihat doktor, saya berjaya mengurangkan berat badan daripada 280 kg kepada 200 kg sahaja.

"Dulu saya tidak boleh berdiri dengan baik selain memerlukan bantuan emak, tetapi kini saya boleh berdiri sendiri dan boleh berjalan dengan bantuan tongkat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Guna tali, plastik halau makhluk halus

Posted:

Guna tali, plastik halau makhluk halus

Guna tali, plastik halau makhluk halus

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


KAIN berwarna putih digunakan oleh Abdul Rejab untuk merawat pesakitnya.


TIDAK sah perubatan tradisioal tanpa jampi mantera malah ada pengamal perubatan alternatif menggunakan pelabagai aksi fizikal.

Di sebalik semua formula ajaib itu, Abdul Rejab Ahmad mendakwa dia mampu menyembuhkan individu yang diganggu makhluk halus tanpa menyentuh pesakitnya.

Malah paparan foto Abdul Rejab merawat pesakit yang terdapat dalam laman web Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahi yang diasaskan oleh beliau sejak lima tahun lalu juga menunjukkan beliau merawat pesakit dengan hanya menggunakan batang plastik dan tali.

Teruja dengan dua dakwaan tersebut, krew Jurnal berkunjung ke pusat rawatan itu yang di Bukit Beruntung, Selangor untuk mendapat gambaran sebenar kaedah rawatan yang dijalankan oleh lelaki berusia 51 tahun itu.

Pada pagi Khamis minggu ini, kedatangan penulis ke Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahi disambut baik oleh Abdul Rejab yang segak memakai songkok serta berkemeja kemas.

Kunjungan penulis ternyata tidak sia-sia kerana semasa itu, beliau sedang merawat pasangan suami isteri yang datang dari Kuala Terengganu, Terengganu.

Lelaki itu hanya ingin dikenali sebagai Izat ditemani isterinya, Liza. Kedua-dua mereka berumur dalam lingkungan 40-an.

Izat mendakwa sering mengalami kesakitan pada dada sejak setahun lalu. Liza pula sering mengadu kesakitan di bahu.

Seperti mengetahui tujuan sebenar kedatangan penulis, sesi rawatan terhadap pasangan suami isteri itu segera dilakukan oleh Ahmad Rejab.

Kaedah rawatan yang dilakukan lelaki yang tidak lekang dengan telefon bimbit Blackberry dan gajet canggih iPad ini cukup berbeza.

Tidak seperti pengalaman perubatan tradisonal yang lain yang menggunakan kemenyan, keris serta kain kuning beliau hanya menggunakan tali, batang plastik serta kain berwarna putih sebagai alat untuk merawat pesakit.

Proses rawatan bermula dengan Ahmad Rejab bertanyakan anggota badan Izat yang sering mengalami kesakitan. Izat kemudian menunjukkan bahagian dadanya.

Berusaha


TALI digunakan oleh Abdul Rajab sebagai langkah keselamatan.


Abdul Rejab meletakkan batang plastik itu di bahagian dada Izat selain kain putih diikat pada bahagian dada pesakit.

Kemudian, beliau membacakan zikir. Tangan kiri dan kanannya bergerak-gerak seperti menepis sesuatu dan terdapat satu ketika gerakan tangannya seperti membuang sesuatu.

Agak istimewa tetapi proses rawatan itu cukup singkat denganmengambil masa kurang lima minit.

Selesai rawatan, beliau bertanya kepada Izat adakah kesakitan yang dialami Izat telah pulih.

"Lega rasanya dan sakit di bahagian dada tiada lagi," jelas Izat.

Sesi rawatan kemudian diteruskan dengan Liza yang mengalami kesakitan di bahagian bahu kanan.

Ternyata menggunakan kaedah yang sama dan jawapannya juga sama - kesakitan di bahagian bahu kanan tiba-tiba hilang.

Abdul Rejab merenung penulis yang seakan-akan tidak percaya pasangan suami isteri itu mampu pulih dengan proses rawatan yang cukup singkat.

"Kenapa tidak percaya, mari saya merawat anda pula," katanya.

Penulis kemudian mengatakan sering mengalami kesakitan pada bahagian tapak kaki kiri serta bahagian pinggang.

Abdul Rejab mengulangi proses rawatan yang sama.

Hasilnya agak mengejutkan, tapak kaki kiri serta pinggang penulis tidak lagi sakit.

"Itu semua kuasa Allah SWT, saya hanya berusaha.

Beliau kemudian menjelaskan proses rawatan yang beliau lakukan sebentar tadi.

"Kebanyakan penyakit disebabkan oleh gangguan jin, syaitan, iblis dan roh jahat. Jika dalam perubatan moden sakit disebabkan kuman dan virus.

"Bagaimanapun, ada pesakit yang mengundang bala sendiri seperti menuntut ilmu dan mengamal ilmu salah, berubat dengan pawang, bomoh atau dukun yang mempunyai jin sebagai pembantu mereka selain disihir dan disantau oleh orang tertentu," katanya.

Katanya, kesakitan yang dialami seseorang juga disebabkan jin, syaitan, iblis mahupun roh jahat yang mendiami anggota badan tertentu sehingga menyebabkan mereka sering mengalami kesakitan di bahagian tersebut," dakwa Abdul Rejab.

Zikir

Katanya, petanda awal terkena gangguan makhluk halus ialah melalui tanda atau kesan lebam yang terdapat pada badan.

"Itu merupakan penanda aras gangguan makhluk halus yang terdapat dalam tubuh seseorang terutama pada bahagian sendi, tengkuk, pinggang.

"Gangguan itu kemudian dibersihkan dan dihapuskan. Itu menyebabkan kesakitan pesakit hilang," katanya.

Bercerita mengenai alatan seperti alatan seperti batang plastik, tali dan kain putih yang digunakan untuk proses rawatan Abdul Rajab memberikan alasan tertentu penggunaan alatan tersebut.

Ujarnya, batang plastik itu digunakan untuk mengurangkan sentuhan badan dengan pesakit kerana khuatir makhluk halus yang terdapat dalam badan pesakit masuk ke dalam tubuhnya.

"Tali pula digunakan untuk mengikat pesakit yang diganggu makhluk halus supaya tidak membuat tindakan yang di luar jangkaan.

"Kain putih pula sebagai alas ditempat sakit juga supaya tidak bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim. Asasnya ketiga-tiga alat itu tidak memberikan sebarang fungsi sebenarnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki monumen bergerak

Posted:

Lelaki monumen bergerak

Lelaki monumen bergerak


CLARK mencacah 383 nama rakannya yang terkorban dalam peperangan di Afghanistan.


NAMA sahabat-sahabatnya bukan sahaja dekat dalam hati Shaun Clark malah terus terpahat di badannya.

Bekas tentera itu tidak ubah seperti sebuah monumen bergerak. Beliau bangga menjadi ibarat sebuah memorial bergerak yang membawa nama tentera Britain yang mati di medan peperangan.

Kesemua nama-nama itu ialah anggota tentera yang terkorban dalam peperangan di Afghanistan.

Jika dihitung satu persatu, terdapat kira-kira 383 nama anggota tentera yang maut dicacah dalam bentuk tatu pada bahagian badannya.

Ia termasuklah di bahagian dada, belakang dan kedua-dua belah kakinya.

"Saya ada ramai kawan yang berkhidmat di Afghanistan dan ada antara mereka yang kini masih berkhidmat di sana.

"Saya mahu melakukan sesuatu agar orang ramai sedar bahawa perang masih berlaku di Afghanistan. Ia lebih berbaloi berbanding saya menyumbangkan tenaga dengan berjalan kaki atau melakukan terjunan udara semata-mata untuk menyatakan sumbangan," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Clark kini bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah mahkamah di England menyertai Batalion Light Infantry Regiment kelapan pada 1989 hingga 1996.

Dia mula mengukir tatu tersebut ketika sambutan Hari Peringatan pada 2009 sedikit demi sedikit sehingga lebih 300 nama terukir pada tubuhnya.

Clark yang berusia 45 tahun itu mula membuat tatu sejak tahun 2009.

Sempena sambutan Hari Peringatan pada tahun ini, Clark telah menambah 40 lagi nama lain pada kedua-dua belah kakinya selepas pukul 11 pagi pada 11 November lalu.

Baru-baru ini, beliau mengunjungi sebuah pusat tatu, Doncaster's Fantasy Studio berdekatan rumahnya di England.

Di situ, seorang artis tatu, Kevin Kent berkerja selama hampir dua jam untuk mengukir 40 nama tersebut.

Biarpun sakit, Clark rela untuk diperlakukan sedemikian.

Dia tidak menyangka bahwa ada pihak yang sanggup menderma. Beliau berjaya mengumpul kira-kira £4,500 (RM22,470) untuk diisi ke dalam tabung kebajikan Help for Heroes.


CLARK sedar bahawa nama mereka yang gugur di Afghanistan akan terus bertambah sehingga tiada lagi ruang memahat tatu ditubuhnya.


Clark kini tinggal bersama isterinya, Mandy, 44, dan dua orang anak iaitu Peter, 22, dan Robert, 19 di Rossington, Doncaster, England.

Jelas Clark, pada mulanya kesemua ahli keluarganya termasuk isteri dan anak-anaknya menganggap tindakannya itu sebagai satu perbuatan yang gila.

"Semua mereka mengatakan saya gila. Sejak 2009 sudah ada lebih 300 nama yang terpahat pada badan saya ini. Saya puas dan ingin melakukannya lagi," katanya.

"Untuk menyiapkan kesemuanya, ia mengambil masa lebih daripada lima jam dan sangat menyakitkan tetapi tindakan itu berbaloi," kata Clark.

Biarpun gembira membuat tatu tersebut pada badannya, jauh di sudut hati lelaki itu dia berasa sedih setiap kali ada tatu tertulis nama baharu tentera Britain yang terkorban di badannya.

"Saya akan bersedih kerana jumlah nama-nama itu akan bertambah pada masa akan datang," katanya dalam nada sugul.

Biarpun memiliki tubuh badan yang tinggi dan gempal, Clark sedar bahawa nama mereka yang gugur akan terus bertambah sehingga tiada lagi ruang untuk diisi di badannya.

Apa yang menggembirakannya apabila anak lelakinya, Peter akan meneruskan usahanya itu dengan menyumbangkan tubuh badannya untuk dijadikan monumen baharu.

"Saya sudah membuat perancangan. Anak saya akan meneruskan mengukir nama-nama itu pada badannya apabila tidak cukup ruang lagi pada badan saya.

"Apabila kematian tentera bertambah, Peter akan mengambil alih tempat saya," katanya lagi.

Clark sedar bahawa kelakuan peliknya itu memberi kesan yang besar kepada kehidupannya. Privasi kini seakan menjauh daripada hidupnya.

Dia kini menjadi tumpuan buat mereka yang berminat untuk melihat nama-nama tersebut.

Itu membuatkan Clark tidak ubah seperti sebuah monumen bergerak.

"Selepas menjadi perhatian orang ramai, saya menghadapi masalah lain pula.

"Bayangkan saya perlu menyelak baju apabila ada yang meminta untuk melihat tatu tersebut," katanya.

Ujarnya, kisah pelik beliau telah merebak sejak beberapa tahun lalu di England. Sejak itu ramailah yang meminta untuk melihat tatu tersebut.

"Ada juga di kalangan hakim dan peguam turut meminta izin untuk melihat tatu ini," katanya sambil ketawa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved