Rabu, 9 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua lelaki disyaki bunuh Adrian

Posted:

Dua lelaki disyaki bunuh Adrian

Dua lelaki disyaki bunuh Adrian

ANGGOTA polis Indonesia mencari bukti-bukti di luar kawasan rumah sewa Adrian di Malang semalam bagi mengenal pasti pembunuhnya.


MALANG - Misteri pembunuhan Adrian Jay Pereira pada Isnin lalu mula terungkai apabila polis Indonesia semalam mendedahkan bahawa dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal kapcai dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Perkara itu diperoleh hasil penemuan bukti dan siasatan polis forensik di Tempat Kejadian Perkara (TKP) yang dilakukan bersama Pasukan Identifikasi Polis Jawa Timur yang mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang mempunyai maklumat.

"Kita ketahui pelaku melibatkan dua lelaki yang menunggang motosikal kapcai," kata Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa yang ditemui Detiksurabaya.com di sini semalam.

Menurut Teddy, dua suspek yang menaiki motosikal kapcai itu juga memakai baju hujan dan mereka memakai topi keledar menutup muka.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya yakin kedua-dua suspek yang membunuh mahasiswa semester lima Fakulti Kedoktoran di Universiti Brawijaya itu merupakan penjenayah yang berpengalaman dalam kegiatan mencuri motosikal.

Ia berdasarkan modus operandi yang digunakan oleh suspek sehingga Adrian terbunuh di depan rumah sewanya.

"Dua suspek itu diyakini penjenayah tegar," ujar Teddy.

Hasil siasatan TKP itu, kata Teddy, pihaknya sedang mengumpulkan seluruh data suspek yang terlibat dalam kes-kes kecurian motosikal yang pernah dilakukan sebelum ini.

Katanya, siasatan kes Adrian yang melibatkan pasukan khas diharapkan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.

"Kerjasama daripada orang ramai amatlah diperlukan untuk menyegerakan siasatan kes ini," kata beliau.

Teddy berkata, motif pembunuhan Adrian jelas disebabkan jenayah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Suasana sedih selubungi ketibaan jasad Adrian

Posted:

Suasana sedih selubungi ketibaan jasad Adrian

Suasana sedih selubungi ketibaan jasad Adrian

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


JASAD Adrian tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam dengan disambut anggota keluarganya.


KLANG – Suasana sedih menyelubungi rumah keluarga mendiang Adrian Jay Pereira di Taman Klang Jaya di sini semalam dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus mengucapkan takziah kepada ibunya, Mary Catherine De Cruz, (gambar) 52, dan dua adik perempuan mangsa.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar.

Terdahulu, jasad Adrian, 23, yang ditetak mati di luar rumah sewanya di Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia malam Isnin lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 2.30 petang semalam dengan penerbangan MH 870 dari Surabaya.

Sebaik jasad tiba di rumah keluarga mendiang kira-kira pukul 7 malam, Mary dan dua adiknya, Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16, dilihat menangis ketika menatap jasad Adrian.

Mary dan kedua-dua anak perempuannya tidak dibenarkan oleh ahli keluarga untuk ditemu bual.

Difahamkan, pengebumian jasad Adrian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Kristian Meru, Klang di sini pada Jumaat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Bunuh wanita selepas rompak

Posted:

Bunuh wanita selepas rompak

Bunuh wanita selepas rompak

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di kedai runcit tempat Ah Key mati ditikam sebanyak tujuh kali di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka semalam.


ALOR GAJAH – Seorang lelaki dicari polis berikutan tindakannya merompak dua buah kedai dalam tempoh 30 minit hingga menyebabkan salah seorang pemilik premis itu mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di sini semalam.

Kejadian pertama berlaku pukul 1.45 petang hingga mengakibatkan pemilik kedai runcit, Teh Ah Key, 64, di Kampung Parit Melana di sini mati selepas ditikam di rusuk kanan, paha, perut dan dada oleh suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Sharuddin berkata, sebelum kejadian, suspek datang ke kedai wanita itu dengan menunggang sebuah motosikal.

"Kita percaya berlaku pergelutan di antara suspek dengan mangsa sebaik lelaki itu masuk ke dalam kedai. Ia berikutan suspek cuba merompak wang hasil perniagaan mangsa.

"Suspek kemudian terus melarikan diri bersama wang tersebut dan kejadian itu hanya disedari oleh seorang penduduk yang terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah ketika dia masuk untuk membeli sesuatu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved