Kosmo Online |
- Produk kenaf dikomersialkan 2012
- Balu Noramfaizul harap suami jadi inspirasi
- Gempa sederhana di Irian Barat
Produk kenaf dikomersialkan 2012 Posted: Produk kenaf dikomersialkan 201208/10/2011 7:17pm BUTTERWORTH — Produk pembungkusan yang dihasilkan dengan campuran kenaf dan beberapa serat tumbuhan lain dijangka dapat dikomersialkan pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin. Beliau berkata, produk pembungkusan yang dihasilkan berasaskan kenaf dan campuran beberapa serat tumbuhan itu merupakan produk yang mudah terurai dan dilupuskan, ia secara tidak langsung mampu menyelamatkan ekosistem daripada pencemaran sisa domestik. "Saya berharap dapat dipercepatkan kerjasama antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dengan syarikat Return 2 Green Sdn Bhd bagi mengetengahkan produk yang sangat canggih ini," katanya. Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai kajian dan pembangunan (R&D) produk pembungkusan berasaskan kenaf dan mengadakan lawatan ke makmal dan kilang Return 2 Greend di sini hari ini. Katanya, R&D mengenai campuran kenaf dan beberapa serat lain telah dijalankan selama tiga bulan dan hasilnya sangat membanggakan kerana produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang tinggi. — Bernama |
Balu Noramfaizul harap suami jadi inspirasi Posted: Balu Noramfaizul harap suami jadi inspirasi08/10/2011 7:25pm Balu kepada Noramfaizul lMohd Nor, Norazrina Jaafar menunjukkan pingat Bintang Gagah Perkasa (B.G.P) pada majlis Istiadat Penganugerahan Tauliah Bntang dan ingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari UlangTahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Utusan/AZLI AHAD MELAKA — "Saya berharap pengorbanan Allahyarham suami saya menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada mereka yang masih lagi hidup," kata Norazrina Jaafar mengulas penganugerahan Bintang Gagah Perkasa (BGP) kepada suaminya sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hari ini. Katanya, anugerah itu diharap menjadi satu inspirasi kepada pengamal media untuk berbakti dan berjasa kepada negara dan agama. Jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor diberi penghormatan tertinggi oleh kerajaan negeri Melaka sebagai penerima pertama BGP sejak ia mula diperkenalkan pada 1978. Anugerah yang yang diperkenalkan khusus untuk anggota tentera dan polis, namun tidak ada penerimanya sebelum ini. Noramfaizul, 39, terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 Sept lepas ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di negara bergolak itu. "Saya berasa sangat bersyukur kepada Allah SWT dan juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka atas pengiktirafan ini," kata Norazrina yang kelihatan sebak sewaktu ditemui pemberita. — Bernama |
Gempa sederhana di Irian Barat Posted: [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Irian Barat, Indonesia pada pukul 1.38 petang ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan