Kosmo Online |
- Kesemua 18 orang terkorban nahas udara Sumatera Utara
- Tujuh premis hangus dalam kebakaran
- Kesedaran kanser prostat masih kurang
Kesemua 18 orang terkorban nahas udara Sumatera Utara Posted: Kesemua 18 orang terkorban nahas udara Sumatera Utara01/10/2011 8:58pm JAKARTA 1 Okt — Kesemua 18 penumpang dan anak kapal pesawat Cassa 212-200 milik PT Nusantara Buana Air (PT NBA) yang terhempas di Hutan Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, Khamis lepas, telah ditemui meninggal dunia. Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Daryatmo berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat duduk masing-masing. Ketika pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat itu, pintunya didapati dalam keadaan tertutup, katanya di Medan, seperti yang dipetik agensi berita Antara. Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat berkenaan dan usaha itu disulitkan oleh cuaca buruk dan keadaan lereng bukit serta hutan tebal di sekitar tempat pesawat itu terhempas. Sementara itu, portal berita VIVAnews melaporkan bahawa semua jasad mangsa nahas udara itu telah dimasukkan ke dalam beg jenazah dan ditempatkan di helipad kecemasan di kawasan hutan itu namun mayat-mayat itu akan hanya akan diterbangkan dari tempat kejadian esok pagi. - Bernama |
Tujuh premis hangus dalam kebakaran Posted: Tujuh premis hangus dalam kebakaran01/10/2011 7:27pm GEORGE TOWN — Empat premis rumah kedai dan tiga rumah kediaman hangus dalam kebakaran di Kampung Pisang dekat Air Itam di sini, lewat malam tadi. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Penguasa Bomba Izuan Ariff Mat Nor berkata, kebakaran pada pukul 11 malam itu dipercayai bermula dari bahagian tengah sebuah rumah sebelum ia merebak ke rumah bersebelahan. Kebanyakan daripada rumah terbabit diperbuat daripada kayu, katanya kepada pemberita di sini. Empat jentera termasuk jentera cakeraputar (TTL) dengan 60 anggota serta lima pasukan bomba sukarela mengambil masa satu jam 40 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya. — Bernama |
Kesedaran kanser prostat masih kurang Posted: Kesedaran kanser prostat masih kurang01/10/2011 6:51pm KUCHING — Kanser prostat merupakan 6.2 peratus jumlah kes kanser di kalangan lelaki negara ini tetapi penyakit itu masih kurang dikesan dan dirawat bagi lelaki di Malaysia, kata Pakar Kanan Urologist dan ketua jabatan urologi Hospital Umum Sarawak, Dr. Teh Guan Chou. Beliau berkata, kanser prostat adalah kanser paling banyak berlaku di Malaysia tetapi ia jarang menunjukkan petanda di peringkat awal dan pesakit hanya merasakannya apabila ia tumbuh sementara yang lainnya adalah prostat yang tidak merbahaya atau benign prostatic hyperplasia (BPH). "Prostat adalah kelenjar sebesar buah walnat yang membentuk sebahagian daripada sistem produktif lelaki dan dianggarkan separuh daripada kaum lelaki akan mengidap salah satu penyakit prostat terutama apabila mereka meningkat usia," katanya di sini hari ini. Dr. Teh berkata jenis penyakit BPH yang mengeluarkan tanda-tanda pada saluran kencing memberi gangguan dan menjejaskan gaya hidup pesakit dan tidur, adalah pembesaran bukan jenis kanser dalam kelenjar pada lelaki melebihi umur 50 tahun. Katanya, setelah menyedari kurangnya kesedaran terhadap penyakit prostat, jabatannya akan menganjurkan kempen kesedaran terhadap prostat dua kali di hujung minggu bulan ini bagi lelaki berumur 45 tahun ke atas. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan