Sabtu, 22 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sorok syabu dalam tin kacang hijau

Posted:

Sorok syabu dalam tin kacang hijau

Sorok syabu dalam tin kacang hijau

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

PEGAWAI Penguatkuasaan Kastam, Mohd. Farhaam Izham menunjukkan syabu yang dirampas di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Tindakan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang cuba mengalih perhatian pihak berkuasa dengan meletakkan dua ekor ikan goreng busuk sepanjang 40 sentimeter di dalam kotak berisi syabu gagal apabila pihak kastam menahan empat lelaki termasuk tiga pelajar Nigeria kelmarin.

Kegiatan sindiket itu terbongkar pada pukul 5.30 petang kelmarin apabila pihak kastam menahan sebuah van yang dipandu seorang lelaki di pintu keluar Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemeriksaan awal mendapati van yang dipandu lelaki dari sebuah syarikat penghantaran itu membawa dua buah kotak yang tiba dari Lagos, Nigeria yang tiba di negara ini seminggu lalu.

Pemeriksaan terhadap dua buah kotak yang diisytihar sebagai barang peribadi itu mendapati ia mengandungi pelbagai barang makanan termasuk 67 tin makanan segera, udang kering, sardin dan herba.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Govinden Mutosamy berkata, pihaknya mula curiga terhadap kandungan di dalam tin tersebut kerana tiada bunyi kocakan air apabila digoncang.

"Kita telah menebuk salah satu tin tersebut dan menemui serbuk kristal putih yang disahkan dadah jenis syabu.

"Kita mengambil masa lebih kurang lapan jam untuk memeriksa kandungan semua bahan makanan di dalam kotak tersebut," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA di sini semalam.

Ketika ditahan, pemandu tersebut mendakwa, dia hanya ditugaskan untuk mengambil dua kotak tersebut. Ini merupakan kali ketiga dia menuntut bungkusan tersebut yang didaftarkan atas nama seorang lelaki Nigeria di ibu negara.

Menurut Govinden, siasatan mendapati sebanyak 62 tin kacang hijau dan lima tin daging ayam itu diisi dengan syabu yang kesemuanya seberat 40 kilogram dan bernilai mencecah RM10 juta.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpun jelajah seluruh negara

Posted:

Himpun jelajah seluruh negara

Himpun jelajah seluruh negara

Oleh NORHAYATI YAHAYA
dan MOHD. YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my


GELAGAT peserta yang hadir ke Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah Islam di Stadium Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat, Selamatkan Akidah Islam (Himpun) akan bergerak ke seluruh negara selepas Pengerusi perhimpunan berkenaan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin minggu depan sebelum bertemu dengan Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Besar di setiap negeri.

Pengerusi perhimpunan yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya akan membentangkan 10 usul Deklarasi Himpun pada pertemuan tersebut sebelum mengadakan perhimpunan di seluruh negara.

"Sepuluh Deklarasi Himpun yang kita tuntut ini merupakan hal-hal yang memang dipersetujui Islam.

"Ia juga bagi memberitahu orang lain supaya menghormati dan memahami suara kita," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan yang diadakan di Stadium Shah Alam di sini semalam.

Tegasnya, perhimpunan semalam menuntut supaya kerajaan memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh bagi memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan.

"Kita juga meminta kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini," katanya.

Pada perhimpunan yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 6 petang itu, lebih 10,000 orang hadir walaupun tidak mencapai sasaran 100,000 peserta.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kaki mertua patah dipijak menantu

Posted:

Kaki mertua patah dipijak menantu

Kaki mertua patah dipijak menantu

Oleh ROSLI HASSAN


IBRAHIM ditenteramkan anak-anaknya (dari kanan) Rozita, Kamariah danJamaliah di Kampung Pengkalan Rama, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.

Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

"Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

"Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.

Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.

"Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah," katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.

Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved