Khamis, 22 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penipu surat sokongan MB diberkas

Posted:

Penipu surat sokongan MB diberkas

Penipu surat sokongan MB diberkas

22/09/2011 6:24pm

IPOH - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang guru kanan berhubung kes penipuan berjumlah RM40,000 yang membabitkan pengeluaran surat sokongan palsu menggunakan cop Menteri Besar Perak, kata Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan.

Beliau berkata, selain guru berusia 45 tahun, seorang lagi yang diberkas ialah seorang kontraktor berumur 47 tahun.

Polis turut merampas tiga "cop" yang berkaitan dengan urusan rasmi pejabat Menteri Besar Perak serta beberapa dokumen yang berkaitan dengan permohonan projek di Perak, katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Shukri berkata, polis menerima dua aduan kes penipuan berkenaan pada Ogos lepas dan dengan penangkapan dua lelaki itu awal bulan ini, polis yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan.

Beliau berkata, guru kanan berkenaan bertugas di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Bernama

Terengganu tambah CCTV

Posted:

Terengganu tambah CCTV

Terengganu tambah CCTV

22/09/2011 6:15pm

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik di sekitar kawasan bandar di sini tahun depan bagi membanteras kejadian jenayah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk pemasangan CCTV itu tetapi jumlah keseluruhan CCTV akan bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri tahun depan.

Beliau berkata, pemasangan CCTV itu merupakan satu keperluan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar dan pada masa yang sama pihak berkuasa dapat memantau keadaan lalu lintas.

"Pemasangan CCTV yang melibatkan kos kira-kira RM2.5 juta ini dapat membantu pihak polis mengesan mereka yang terbabit dalam kejadian jenayah, malah, rakaman CCTV merupakan bukti paling penting dalam siasatan sesuatu kes sekiranya tiada saksi di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu di sini hari ini. - Bernama

Tukar warna minyak untuk seludup

Posted:

Tukar warna minyak untuk seludup

Tukar warna minyak untuk seludup

22/09/2011 5:50pm

SANDAKAN - Cubaan menyeludup 70,000 liter minyak petrol bersubsidi ke negara jiran dengan taktik mengubah warna minyak itu menggunakan bahan pewarna kepada merah menyerupai minyak RON97 gagal apabila kumpit membawa minyak itu ditahan di sini hari ini.

Sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sandakan diketuai pegawai pemerintahnya Asisten Supritendan Gan Ping Sin menahan kumpit dari negara jiran itu di perairan berhampiran Bandar Sandakan pada pukul 1.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, juragan kumpit berusia 45 tahun bersama sembilan krew kumpit itu berusia 30 hingga 50 tahun, kesemua mereka rakyat Filipina, turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, ketika diperiksa, juragan kapal mengemukakan empat keping nota penghantaran berjumlah 60,000 liter minyak petrol RON97 dan baucer pemuatan berjumlah 20,000 liter petrol RON97 bertarikh 26 Ogos 2011 yang mencurigakan kerana kumpit itu hanya masuk ke Sandakan pada 9 September lepas.

"Apabila diperiksa kumpit itu membawa 350 tong deram yang mengandungi 200 liter setiap tong deram yang disyaki minyak bersubsidi RON95 tetapi warna minyak itu diubah kepada warna merah menyerupai RON97," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rowell berkata, kesemua minyak petrol yang dirampas itu dianggar bernilai RM210,000 dan kumpit itu berdaftar di Pulau Jolo di selatan Filipina. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved