Sabtu, 3 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penunggang maut dirempuh bas

Posted:

Penunggang maut dirempuh bas

Penunggang maut dirempuh bas

03/09/2011 4:41pm

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa, Hoi Chien Teck, 34, dari Kampung Sungai Soi, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terperosok di bawah bas itu.

Sebelum kejadian, lelaki itu dipercayai baru sahaja selesai membaiki motosikalnya di sebuah bengkel berhampiran tempat kejadian sebelum menghala ke Jalan Gambut di sini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata, mangsa kemudian cuba melintas jalan dengan motosikalnya tanpa menyedari kehadiran bas yang sedang dalam perjalanan dari Maran ke Terminal Makmur itu.

Mohd Jasmani berkata pemandu dan penumpang bas seramai 20 orang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah merekodkan keterangan pemandu berusia 59 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Pemergian Noramfaizul kehilangan besar

Posted:

Pemergian Noramfaizul kehilangan besar

Pemergian Noramfaizul kehilangan besar

03/09/2011 4:38pm

KUALA LUMPUR - Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika menjalankan tugas di Mogadishu, Somalia semalam, merupakan seorang insan yang disenangi kenalan kerana sikap peramah, tidak lokek dengan senyuman dan dedikasi terhadap kerja.

Rakan setugasnya menyifatkan pemergian Noramfaizul, sebagai satu kehilangan besar kepada bidang kewartawanan negara.

Ketua Jurukamera BernamaTV Ahmad Azmai Awang berkata, Allahyarham yang dikenalinya sejak 1995 adalah seorang yang mudah didekati, tidak suka menyombong diri dan tegas dengan pendirian kerjanya.

"Sebelum ini sudah banyak misi kemanusiaan yang disertainya iaitu di Gaza, Palestin, Pakistan dan New Zealand. Saya tidak sangka misi kali ini beliau pergi buat selama-lamanya," katanya yang berkhidmat di BernamaTV selama 11 tahun.

Dilahirkan pada 14 Nov, 1971 di Gombak, Selangor, Noramfaizul, 39 ialah anak sulung daripada enam beradik, dan merupakan anak lelaki tunggal.

Allahyarham menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia dan Sekolah Menengah Agama Rawang sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Agama Klang, dan meneruskan pengajian di Guan Institute, Pudu.

Azmai berkata, beliau teringat kata-kata arwah yang beriya-iya mahu membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran Somalia.

"Allahyarham kata, "Aku bukan pergi untuk main-main, tetapi aku mahu pergi berjuang untuk negara." Sebagai kawan, Allahyarham tidak lokek untuk menegur jika ada yang tidak betul pada pandangannya.

"Allahyarham memang seorang yang periang dan tidak pernah muram," kata Azmai yang tinggal serumah dengan arwah selama empat tahun mulai 1998.

Noramfaizul, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki — Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved