Jumaat, 2 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat larikan barang kemas RM200,000

Posted:

Empat larikan barang kemas RM200,000

Empat larikan barang kemas RM200,000

02/09/2011 7:08pm

KLANG – Empat lelaki bersenjatakan kapak, parang dan tukul hanya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Stesen di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, empat suspek yang memakai topi keledar meluru masuk ke dalam kedai emas itu, manakala empat lagi yang turut memakai topi keledar menunggu dengan empat buah motosikal di luar kedai emas berkenaan.

Empat perompak yang memasuki kedai emas itu terus bertindak memecahkan cermin pameran yang menempatkan barang kemas sebelum melarikannya, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan semasa kejadian tiada pelanggan berada di kedai berkenaan sementara terdapat tujuh pekerja yang sedang bertugas," katanya.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama kedai emas yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu dirompak dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan kesemua suspek. – Bernama

Mayat ditemui tersangkut pada batu

Posted:

Mayat ditemui tersangkut pada batu

Mayat ditemui tersangkut pada batu

02/09/2011 6:31pm

KUANTAN – Sekumpulan remaja yang mengunjungi Sungai Emas, dekat Kampung Orang Asli Sungai Lembing di sini untuk berkelah terkejut setelah menemui mayat seorang wanita, semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzaman Jaafar berkata, kumpulan remaja berkenaan yang tiba di tempat itu pada 2 petang terlihat sesuatu seakan tubuh manusia yang tersangkut pada batu di dalam sungai berkenaan.

"Setelah diperiksa, mereka mendapati ia merupakan mayat seorang wanita, lalu mereka mengangkatnya ke darat sebelum membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, wanita terbabit berusia lingkungan awal 20-an ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dengan berseluar jeans bewarna biru serta baju-T putih, dan menurutnya polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan kenalan atau sanak saudara supaya tampil membuat pengecaman terhadap mayat wanita itu. – Bernama

Curi lembu: 2 beradik sedang dikesan

Posted:

Curi lembu: 2 beradik sedang dikesan

Curi lembu: 2 beradik sedang dikesan

02/09/2011 5:58pm

KUANTAN – Polis sedang mengesan dua beradik yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes cubaan mencuri lembu di Tanjung Putus, Bukit Rangin di sini semalam.

Mereka dikenali sebagai Suhaimi Mat Yacob, 47, dan Mustaki Mat Yacob, 44, yang beralamat di Kampung Cherang Hangus, Bachok, Kelantan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzaman Jaafar memberitahu pemberita hari ini, kejadian tersebut berlaku pada 1.30 pagi.

Beliau berkata, pemilik lembu berkenaan membuat laporan seekor lembunya turut ditembak.

Dia kemudiannya melihat beberapa orang melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta tetapi salah sebuah daripadanya terbabas ke dalam longkang berhampiran.

"Bagaimanapun dua lelaki yang berada di dalam kereta terbabit berjaya melarikan diri," kata Kamaruzaman.

Polis kemudiannya mendapat pengenalan diri mengenai dua individu yang melarikan diri itu daripada maklumat yang terdapat dalam kereta tersebut. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved