Kosmo Online - Negara |
Bayar RM50,000 dapat gelaran Datuk Posted: Bayar RM50,000 dapat gelaran DatukOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi. Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin. Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan. Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort. Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan. "Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Balu polis mohon pencen suami
ALOR SETAR - Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962. Sharifah Aminah yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu. "Selepas kematian suami, saya hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu sudah tidak dapat apa-apa duit. Duit pencen pun tidak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di sini semalam. Katanya, selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, Johor sebelum berhijrah ke Johor Bahru dan kemudiannya ditukarkan ke Bukit Kepong. "Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan ketika itu sangat menakutkan. Selepas pukul 6 petang, kami kena tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Hendak ambil air daripada telaga pun tidak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga. "Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
2.3 juta pekerja asing daftar 6P Posted: 2.3 juta pekerja asing daftar 6PPUTRAJAYA - Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, jumlah itu meliputi 1,016,908 pekerja asing sah dan 1,303,126 PATI. "Ini menunjukkan satu jumlah yang begitu besar. Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, pembantu rumah dan pelarian di Sabah dan Sarawak. "Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan