Khamis, 25 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pelajar Politeknik Merlimau maut kemalangan

Posted:

Pelajar Politeknik Merlimau maut kemalangan

Pelajar Politeknik Merlimau maut kemalangan

25/08/2011 6:43pm

JASIN — Dua pelajar Politeknik Merlimau terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 26 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin malam tadi, menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam.

Beliau berkata, mangsa Farah Nabila Sazali dari Parit Raja, Muar, Johor dan Mohammad Izuan Abdul Majid dari Mersing, Johor terbabit dengan kemalangan itu pada pukul 12.30 malam tadi.

Kedua-dua mangsa berumur 20 tahun yang menaiki kereta kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit selepas dilanggar kereta Proton Wira Aeroback dan Ford Laser dari arah belakang mengakibatkan kereta yang mereka naiki terbalik di tengah jalan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton wira Aeroback dan Ford Laser itu dikatakan hilang kawalan dipercayai dipandu laju.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira Aeroback cedera parah manakala pemandu kereta Ford Laser dalam keadaan kritikal.

Ketiga-tiga lelaki terbabit belum diketahui identiti dihantar ke Hospital Muar, Johor untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa maut dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. — Bernama

UPM, firma China bangunkan solar CPV

Posted:

UPM, firma China bangunkan solar CPV

UPM, firma China bangunkan solar CPV

25/08/2011 6:18pm

SERDANG — Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalin kerjasama dengan Sichuan Zhonghan Solar Electric Power Co. Ltd untuk membangunkan sumber tenaga solar menggunakan teknologi Fotovolta Bersepadu (CVP).

Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, projek perintis bersama firma dari China itu akan dapat menilai keberkesanan sistem CPV selain dapat menentukan sistem yang paling sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.

Katanya projek itu adalah inisiatif UPM menyelidik sumber tenaga alternatif untuk meningkatkan tahap efisien dan kos efektif kapasiti teknologi sistem CPV dalam skala komersil serta membangunkan Loji Pengeluaran Tenaga Solar dengan kapasiti menjana dua megawatt tenaga elektrik.

"Ia juga sejajar dengan komitmen UPM untuk memastikan kelestarian kehijauan kampus dan kecekapan penggunaan tenaga di kampus," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kerjasama itu di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Radin Umar berkata, menerusi kerjasama itu, firma China itu akan memasang 10 set sistem solar terdiri daripada enam set sistem pantulan CPV dengan alat pengesan dan empat set sistem fotovolta pipih yang dua daripadanya dengan sistem pengesanan. — Bernama

Pasangan kekasih ditahan edar dadah

Posted:

Pasangan kekasih ditahan edar dadah

Pasangan kekasih ditahan edar dadah

25/08/2011 6:07pm

SHAH ALAM — Polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terbabit mengedar dadah jenis heroin dalam dua serbuan berasingan Isnin lepas di Kuala Kubu Baru dan Petaling Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP, Nordin Kadir berkata, dalam serbuan pertama, polis menemui lima bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi heroin yang disorok selepas menahan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita di kawasan rehat dan rawat Hulu Bernam.

"Polis turut menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai sedang berurus niaga dengan lelaki dan wanita di dalam kereta berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Beliau berkata, maklumat seorang suspek lelaki yang ditahan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Taman Aman, Petaling Jaya pada hari sama dan polis menjumpai tiga bungkusan plastik lutsinar dipercayai turut mengandungi heroin.

Katanya, seorang wanita yang merupakan kekasih suspek lelaki terbabit turut ditahan di rumah berkenaan.

Nordin berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah terbabit ialah lapan bungkusan lutsinar seberat 3.3 kilogram yang bernilai kira-kira RM74,000.

Menurutnya, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 47 tahun itu dipercayai anggota sindiket yang bergiat aktif sejak tiga bulan lepas, dan mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di utara dan mereka yang ditahan di Hulu Bernam dipercayai baru mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved