Rabu, 24 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


‘Peragut cili boh’ kena cekup

Posted:

'Peragut cili boh' kena cekup

'Peragut cili boh' kena cekup

24/08/2011 9:56pm



Salah seorang suspek yang berjaya ditahan selepas cuba meragut seorang mangsa dengan menyimbah cili boh di sini hari ini.


KUANTAN — Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa, dalam satu kejadian di sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata, dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.

"Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000," katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 11 pagi.

"Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah," katanya.

Beliau berkata, polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. — Bernama

Dakwa rugi RM9,200 ditipu agensi amah

Posted:

Dakwa rugi RM9,200 ditipu agensi amah

Dakwa rugi RM9,200 ditipu agensi amah

24/08/2011 9:22pm

PETALING JAYA — Seorang pegawai Khidmat Pelanggan mendakwa kerugian RM9,200 selepas ditipu sebuah agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Sunway baru-baru ini.

Mangsa, Lok Mun Theng, 34, berkata, pada mulanya dia memohon untuk mendapatkan pembantu rumah daripada agensi itu dengan bayaran pendahuluan M5,000 pada November tahun lepas.

"Pada April lepas, agensi telah menyerahkan seorang pembantu rumah dan saya membayar lagi RM4,200. Bagaimanapun, pembantu rumah itu hanya bekerja selama sebulan," katanya kepada pemberita di Jabatan Pengaduan Awam MCA Selangor di sini hari ini.

Selepas itu, dia meminta supaya agensi menggantikan dengan pembantu rumah yang baru tetapi agensi itu telah meminta bayaran sebanyak RM1,020, tetapi Lok enggan membuat bayaran berkenaan.

"Selepas itu, agensi tersebut berjanji untuk memberikan pembantu rumah yang baru pada Jun lepas namun sehingga Ogos masih tiada pembantu rumah yang diberikan dan bila dihubungi pelbagai alasan diberikan," katanya. — Bernama

Yayasan Guru, UPSI dan UTHM bantu guru lanjut pelajaran

Posted:

Yayasan Guru, UPSI dan UTHM bantu guru lanjut pelajaran

Yayasan Guru, UPSI dan UTHM bantu guru lanjut pelajaran

24/08/2011 10:01pm

PUTRAJAYA - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) untuk membantu pendidik melanjutkan pengajian bagi Ijazah Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, berkata perjanjian itu akan memberi peluang kepada warga pendidik meningkatkan pencapaian akademik dan kualiti kerjaya mereka.

"Program ini selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kelulusan akademik guru-guru sehingga ke peringkat tertinggi dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menyaksikan majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.

YGMB diwakili Alimuddin, UPSI diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob manakala UTHM diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Alimuddin berkata perjanjian itu membolehkan YGMB menguruskan pelbagai program dengan kerjasama UPSI dan UTHM yang membolehkan guru mengikuti pengajian separuh masa dan kuliah secara online.

Sesi pembelajaran bersemuka di pusat-pusat pengajian berhampiran dengan pelajar yang mempunyai 20 orang atau lebih untuk satu-satu program. Program juga akan diadakan pada cuti hujung minggu atau semasa cuti persekolahan.

Alimuddin berkata, bagi guru-guru yang memerlukan pembiayaan yuran pengajian, YGMB sedia menguruskannya melalui pinjaman Koperasi YGMB dengan maksimum pinjaman RM30,000. YGMB yang ditubuhkan pada tahun 1996 mempunyai lebih 100,000 ahli. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved