Ahad, 7 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pejabat UMNO cawangan dipecah masuk

Posted:

Pejabat UMNO cawangan dipecah masuk

Pejabat UMNO cawangan dipecah masuk

07/08/2011 5:49pm

JOHOR BAHARU – UMNO Cawangan Rumah Pangsa Permas Jaya di sini kerugian hampir RM25,000 selepas pejabatnya dipecah masuk baru-baru ini.

Kejadian tersebut disedari Ketua Pergerakan Pemuda cawangan itu, Maswadi Mujo ketika mengunjungi pejabat berkenaan pada pukul 2.30 petang, Jumaat lalu.

Sebaik memasuki premis yang terletak di Jalan Permas 7 itu, beliau terkejut apabila mendapati salah sebuah tingkap dipecahkan dan beberapa barangan telah hilang, katanya ketika dihubungi hari ini.

"Saya terus menghubungi rakan-rakan lain untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati banyak barang-barang yang telah hilang antaranya alat dan kompresor penghawa dingin, komputer serta set barangan bufet," katanya.

Beliau percaya kejadian itu berlaku antara Isnin hingga Jumaat lepas kerana kali terakhir pejabat itu dikunjungi ialah pada 3 Julai lalu.

Katanya laporan dibuat di Balai Polis Permas Jaya pada 7 malam, Jumaat lalu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sindiket dadah terbesar di utara tumpas

Posted:

Sindiket dadah terbesar di utara tumpas

Sindiket dadah terbesar di utara tumpas

07/08/2011 5:48pm

ALOR SETAR — Polis Malaysia dengan kerjasama polis Thailand berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terbesar di kawasan utara tanah air dengan penahanan 10 orang termasuk dua remaja lelaki dan merampas dadah bernilai kira-kira RM6.5 juta, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kejayaan itu dicapai hasil kerja keras, intipan dan kerjasama dengan Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand.

Katanya susulan penahanan kesemua suspek itu, polis merampas 88 ketul heroin nombor empat bernilai RM3.08 juta, 16.1 kilogram syabu bernilai RM3.22 juta, satu kilogram heroin bernilai RM26,400, 30 kilogram ganja bernilai RM60,000 dan 1,999 pil WY bernilai RM59,970, di empat lokasi.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri empat lelaki, dua perempuan, dua remaja lelaki termasuk seorang masih bersekolah dan dua wanita warga Indonesia berumur antara 14 hingga 46 tahun.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana memberikan maklumat kegiatan sindiket ini sehingga semua mereka ditangkap dalam masa sejam sahaja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Menurutnya anggota sindiket ini yang dikesan beroperasi sejak 10 bulan lepas menyeludup masuk dadah dari negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam dengan menyorokannya dalam bahagian penyandar tempat duduk belakang kenderaan yang diubah suai.

Katanya enam buah kereta Mercedes Benz dan sebuah Perodua Kenari yang digunakan anggota sindiket itu serta wang tunai berjumlah RM46,076 dirampas daripada mereka semasa diberkas.

"Wang tunai sebanyak RM106,000 dari simpanan kumpulan ini juga dirampas.

Siasatan turut menjurus kepada pelucutan harta yang diperolehi hasil kegiatan dadah," kata Noor Rashid. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemandu bas ada rekod kesalahan diganti

Posted:

Pemandu bas ada rekod kesalahan diganti

Pemandu bas ada rekod kesalahan diganti

07/08/2011 2:44pm

KUANTAN – Pemandu-pemandu bas yang dikesan mempunyai rekod kesalahan jalan raya akan ditukar serta merta dengan pemandu lain sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan ke setiap depot di seluruh Pahang bagi memeriksa keadaan bas dan pemandu.

"Sebelum sebuah bas bergerak, pihak syarikat perlu mengisi borang pemeriksaan yang dikeluarkan JPJ dan dari situ kita akan melakukan pemeriksaan tahap keselamatan bas selain memeriksa rekod pemandu bas berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kaunter "One JPJ" di Pasar Tani Mega di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya pemandu bas terbabit mempunyai banyak rekod kesalahan jalan raya, JPJ tidak akan membenarkan bas berkenaan bergerak sehingga mendapat pengganti kepada pemandu tersebut.

Katanya, tindakan tegas itu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya terutama ketika musim perayaan.

Sementara itu, Zakaria berkata, JPJ Pahang akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan di negeri Pahang.

Beliau berkata, antara jalan raya yang dikenal pasti mempunyai kadar kemalangan yang tinggi termasuk jalan Bentong-Gua Musang dan Kuantan-Segamat.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi mengelak kesesakan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved