Selasa, 23 Ogos 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Mava langsai hutang dengan MOM

Posted:

Mava langsai hutang dengan MOM

Mava langsai hutang dengan MOM

BEH SHUN TING (kanan) dan Luk Teck Hua antara pemain berpengalaman skuad bola tampar pantai wanita negara.


PERSATUAN Bola Tampar Malaysia (Mava) telah mendapat 'lampu hijau' daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk bertanding pada Sukan SEA di Indonesia, November depan.

Ini kerana Mava telah berjaya menyelesaikan hutang dengan badan induk berkenaan.

Setiausaha Kehormat Mava, Lim Poh Hong berkata, persatuan itu telah melunaskan hutang iaitu perbelanjaan tertunggak untuk Sukan SEA 2009 di Laos sebanyak RM51,000 kepada MOM pada awal bulan ini.

"Mava sedang bersiap sedia untuk menghadapi Sukan SEA. Kami akan menghantar dua pasukan untuk bola tampar pantai lelaki dan dua untuk bola tampar pantai wanita.

"Bagi acara bola tampar dewan pula, hanya pasukan lelaki sudah disahkan penyertaan.

"Kami masih berbincang sama ada hendak mengambil bahagian dalam kategori wanita atau tidak," kata Poh Hong.

Beliau berkata, Mava menyasarkan satu pingat bagi pasukan bola tampar pantai lelaki dan bola tampar pantai wanita pada temasya Sukan SEA kali ini.

Bagi acara bola tampar lelaki dewan pula, beliau berkata, Mava sekadar menetapkan sasaran hingga ke peringkat separuh akhir.

Poh Hong menambah, pasukan bola tampar pantai lelaki negara kini berada di Taiwan untuk menyertai Terbuka Taiwan sebagai sebahagian persiapan menghadapi Sukan SEA.

"Pasukan wanita pula baru saja pulang dari menyertai satu kejohanan di London.

"Walaupun kalah dengan pasukan-pasukan ternama dunia, mereka telah menunjukkan prestasi yang memuaskan," katanya.

Barisan muda United menggegar

Posted:

Barisan muda United menggegar

Barisan muda United menggegar


ROONEY (atas) dan Anderson masing-masing meledak satu gol bagi membantu kemenangan 3-0 United ke atas Tottenham pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER - Amukan Alex Ferguson di bilik persalinan ketika waktu rehat membawa hasil apabila barisan pemain muda Manchester United bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.

Danny Welbeck menanduk masuk gol pertama United pada minit ke-61 sebelum tolakannya ke belakang disudahkan dengan baik oleh Anderson untuk gol kedua pada minit ke-76 disusuli gol ketiga Wayne Rooney tiga minit sebelum perlawanan berakhir.

"Kami masuk ke bilik persalinan selepas tamat babak pertama dan selepas menerima kata-kata daripada pengurus, kami masuk ke padang untuk aksi babak kedua dengan penuh semangat," kata Welbeck.

Ferguson tampak begitu berpuas hati dan gembira dengan persembahan barisan skuad kedua termudanya dalam sejarah beliau bergelar pengurus United untuk saingan Liga Perdana England.

"Saya gembira dengan mereka kerana ini menunjukkan bahawa kami masih mampu mempercayai pemain-pemain muda.

"Kami sentiasa yakin dengan pemain muda kerana mereka memiliki kemampuan yang hebat.

"Memang aksi agak laju (permainan) pada babak pertama untuk kedua-dua pasukan.

"Tetapi pada babak kedua, kami tampak menguasai perlawanan dan mempamerkan satu persembahan yang cukup baik," kata Ferguson.

Ia merupakan aksi ketiga Ferguson menggandingkan Welbeck bersama-sama Rooney di barisan serangan dan penyerang berusia 20 tahun itu ternyata memberikan hasil terbaik.

"Pada babak pertama dia (Welbeck) tidak seperti penyerang kerana lebih banyak berada di tengah. Jadi pada waktu rehat, saya beritahunya supaya lebih naik ke atas dan ternyata dia telah memberi perubahan.

"Dia memiliki bakat. Kami meminjamkannya ke Sunderland sebelum ini dan kini dia tampak sudah matang. Dia baru berusia 20 tahun dan memiliki masa depan yang cerah," jelas Ferguson.

Selain Welbeck, pemain pertahanan kanan, Phil Jones, 19, merupakan seorang lagi bintang muda yang dibeli Ferguson daripada Blackburn Rovers.

Dia juga telah mempamerkan aksi meyakinkan apabila diletakkan dalam kesebela- san utama awal pagi semalam. - Agensi

Terengganu pertaruh trio berbisa

Posted:

Terengganu pertaruh trio berbisa

Terengganu pertaruh trio berbisa

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

SELEPAS mengucup Piala FA, Terengganu mahu meneruskan momentum sedia ada dengan merangkul Piala Malaysia.

Ditambah pula dengan kejayaan muncul naib juara Liga Super musim ini, skuad Penyu itu wajar dilabel sebagai antara pencabar utama selain Selangor dan Kelantan.

Diundi bersama Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby dalam saingan Kumpulan B, Terengganu diramal mudah melepasi peringkat suku akhir.

Bagaimanapun jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu anak-anak buahnya terlalu yakin apabila mengharungi saingan Piala Malaysia kelak.

"Meskipun kami dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Kumpulan B tetapi kami tetap sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

"Saya tidak beranggap Terengganu diletakkan dalam kumpulan mudah, sebalik- nya tiga pencabar kami (Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby) mempunyai kekuatan yang sukar dijangka," kata Irfan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bekas pengendali Perlis itu juga menyifat- kan penampilan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan harus diberi tumpuan penuh.

"Kemampuan juara Liga Perdana, PKNS juga harus tidak dipandang rendah memandangkan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu hanya tewas sekali musim ini.

"Begitu juga pasukan berstatus kelab, Sime Darby, mereka mampu mencipta kejutan," tambahnya.

Irfan sudah tentu mengharapkan sentu- han berbisa daripada tiga peledak berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat dan Mohd. Ashaari Shamsudin dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

"Gandingan tiga penyerang itu sesuatu yang menarik dan saya menjangka ia akan memantapkan lagi kekuatan Terengganu untuk membolosi gawang lawan.

"Jadi, saya harap mampu membawa Terengganu ke satu tahap lebih baik dan sudah tentu kali ini, saya mahu membawa mereka ke perlawanan akhir," jelas Irfan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved