Sabtu, 6 Ogos 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Beri aksi terbaik di Shenzhen'

Posted:

'Beri aksi terbaik di Shenzhen'

'Beri aksi terbaik di Shenzhen'


ATLET negara ke temasya Universiade di Shenzhen, China diminta
bekerja keras dalam usaha membawa pulang satu pingat emas.


ATLET negara ke temasya Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) diminta mempamerkan persembahan terbaik serta menjaga disiplin bagi menjulang imej negara sepanjang berada di Shenzhen, China.

Ketua Sekretariat kontinjen negara ke Universiade 2011, Roestam Affendi Sijar ketika memberi ingatan itu semalam berkata, 180 atlet negara ke temasya berkenaan yang akan bermula pada 12 hingga 24 Ogos ini perlu membuktikan bahawa mereka adalah kalangan atlet terbaik dipilih untuk menyertai sukan dwitahunan tersebut.

Menurutnya, semua atlet perlu memberi sepenuh perhatian kepada misi kontinjen kali ini iaitu melengkapkan sasaran satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mengumumkan sasa- ran tersebut yang perlu dicapai oleh kontinjen negara.

Sandaran pingat diletakkan pada acara terjun, renang, berbasikal dan menembak.

Untuk rekod, pencapaian terbaik pernah diraih atlet negara ke temasya sukan itu ialah memenangi pingat perak menerusi acara taekwondo yang disumbangkan oleh Chee Chew Chan pada edisi 2007 di Bangkok, Thailand.

Roestam Affendi berkata, atlet juga harus memanfaatkan penyertaan mereka ke Universiade untuk meningkatkan prestasi masing- masing memandangkan terdapat beberapa negara lain yang akan menurunkan atlet handalan mereka dalam usaha memburu pingat di Shenzhen.

Skuad bola sepak serta gimnas- tik artistik negara menjadi kumpulan pertama berlepas ke Shenzhen.

Mereka dijadualkan bertolak esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

City akan sengsara

Posted:

City akan sengsara

City akan sengsara

"KAMU akan sengsara tanpa Tevez." Itu amaran bintang Manchester United, Nani kepada pengurus Manchester City, Roberto Mancini menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam trofi Perisai Komuniti

di Stadium Wembley hari ini.

Pemain sayap United itu kembali ke Wembley hari ini, stadium yang banyak meninggalkan kesan pahit kepadanya sejak meninggalkan Sporting Lisbon empat tahun lalu.

Pada bulan Mei lalu, United telah mengalami kehampaan di Wembley apabila tewas kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara dan ketika itu Nani tidak berada dalam senarai kesebelasan utama.

Namun kali ini, dia berada

di Wembley untuk aksi Perisai Komuniti menentang Manchester City.

City dikatakan akan turun tanpa Tevez yang masih berada di Argentina selepas negaranya tersingkir pada Copa America.

Penyokong City kini masih tertanya-tanya sama ada bintang dari Argentina itu tiba di Eastland seperti yang dijadualkan.

Inter Milan dikatakan bakal menjadi kelab keenam dalam karier Tevez, namun Mancini tidak mahu memikirkan masalah tersebut meskipun pemain berkenaan telah meledak 29 gol untuk City musim lalu.

Nani merupakan rakan sepasukan Tevez di Old Trafford dua musim lalu.

Menurut Nani, Tevez adalah pemain hebat dan dia sentiasa menjadi watak penting dalam mana-mana pasukan yang diwakilinya.

"Jika City melepaskan Tevez, mereka akan rugi dan dia seorang pemain serba boleh.

"Saya pernah bermain dengannya, dan dia memang seorang pemain yang penting.

"Saya tidak pasti sama ada dia akan kekal di City tetapi jika dia pergi juga, ia akan menjadi masalah besar buat Mancini.

"Tiada siapa dalam skuad City boleh memainkan peranan seperti yang dibuktikan oleh Tevez.

"Perisai Komuniti adalah gelaran rasmi pertama dalam saingan Liga Perdana England, dan kami sudah pasti mahu menjulangnya.

"Turun beraksi menentang City menjadikannya

lebih menarik dan ini merupakan perlawanan 'derby' pertama musim ini untuk menentukan siapa yang layak menjulang trofi berprestij ini.

"Jika berjaya, ia akan membantu meningkatkan moral kami ke atas jiran terdekat itu," kata Nani yang yakin City akan mengalami kepincangan tanpa Tevez.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Annuar: Jangan perlekeh lawan

Posted:

Annuar: Jangan perlekeh lawan

Annuar: Jangan perlekeh lawan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


ANNUAR (berdiri tengah) ketika hadir pada majlis berbuka puasa The Red Warriors bersama anak-anak yatim
di Kota Bharu semalam.


PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan dilihat meniti laluan selesa untuk mara ke saingan suku akhir setelah diundi bersama Johor FC, KL Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C pada kempen musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang gembira dengan keputusan undian tersebut bagaimanapun tidak mahu para pemain pasukan itu memandang mudah kelebihan tersebut.

Menurutnya, kesemua lawan mempunyai peluang seimbang untuk mara ke peringkat seterusnya selain senario Piala Malaysia adalah berbeza berbanding Liga Super.

"Kita berpuas hati dan gembira dengan keputusan undian tersebut. Bagi saya, kita sudah bersedia untuk bertemu manamana pasukan walaupun kita akan beraksi di tempat lawan pada perlawanan pembukaan nanti.

"Kita menerapkan falsafah untuk tidak memandang mudah mana-mana pasukan lawan yang kita hadapi.

"Sebagai juara bertahan, Kelantan harus mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam setiap perlawanan tidak kira bertemu sama ada pasukan Liga Super ataupun Liga Premier," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelancaran Buffet Ramadhan Perdana Resort 2011 dan Majlis Berbuka Puasa The Red Warriors bersama anak-anak yatim di Perdana Resort dekat Kota Bharu kelmarin.

Annuar memberitahu, Kelantan tidak boleh mengetepikan saingan dua pasukan kelab iaitu Johor FC dan KL Felda United FC sekalipun pernah mengalahkan mereka dalam Liga Super musim ini.

"Saya mahu mereka dilihat sebagai suatu ancaman kepada The Red Warriors, begitu juga dengan kemampuan pendatang baru Liga Super musim depan, Sarawak kerana mereka merupakan antara pasukan kedua terbaik dalam Liga Premier musim ini.

"Kita tidak mengetahui kekuatan pasukan tersebut kerana tidak pernah bertemu dengan mereka musim ini.

"Sudah pasti mereka juga merupakan sebuah pasukan yang kuat kerana muncul naib juara Liga Perdana serta bakal beraksi dalam Liga Super musim depan.

"Apa yang penting bagi kita, Kelantan harus menunjukkan corak permainan dalam kelas yang tersendiri apabila bertanding dalam perebutan piala paling berprestij ini (Piala Malaysia)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved