Khamis, 18 Ogos 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tol lebih murah di 24 lebuh raya

Posted:

Tol lebih murah di 24 lebuh raya

Tol lebih murah di 24 lebuh raya

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOAHMED NOR
berita@kosmo.com.my

SHAZIMAN MANSOR memakaikan jaket keselamatan kepada seorang penunggang motosikal di hentian tol Bukit Lagong, Lebuh Raya Koridor Guthrie dekat Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan diskaun dan rebat tol di antara lima hingga 37.5 peratus kepada pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos ini.

Tawaran diskaun tersebut boleh dinikmati pengguna bermula 24 Ogos nanti apabila ada di antara lebuh raya berkenaan akan menggunakan kadar murah itu bermula tarikh tersebut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, program itu melibatkan 22 buah syarikat konsesi yang menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat masing-masing.

"Kesemua diskaun dan rebat tol yang ditawarkan berkenaan dianggarkan berjumlah RM6.8 juta, berbanding RM3 juta yang telah diberikan sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuh Raya Guthrie dekat sini semalam.

Sementara itu, kata Shaziman, pengguna Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) masih boleh menggunakan laluan berkenaan secara percuma apabila pihak pengurusan lebuh raya itu bersetuju untuk melanjutkan tawaran tersebut sehingga 31 Ogos ini.

Beliau turut mengumumkan mengenai pembukaan sebahagian daripada jajaran Lebuh Raya Timur Fasa 2 pada 22 Ogos ini yang melibatkan tiga laluan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gadis perdaya ibu bapa direman

Posted:

Gadis perdaya ibu bapa direman

Gadis perdaya ibu bapa direman

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my


AZIZAN (kiri) dan Shahrizad ketika datang meminta bantuan mengesan anaknya di pejabat Kosmo! Isnin lalu.


KUALA LUMPUR – Seorang gadis yang berpakat dengan teman lelaki bagi merancang penculikan dirinya sendiri dan meminta wang tebusan RM50,000 daripada keluarganya direman selama empat hari mulai semalam.

Gadis tersebut, Ameerah Asha Azizan, 17, dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shamsul Bukhari, 19, kini ditahan di lokap Balai Polis USJ8, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat perintah tahanan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi semalam.

Jelasnya, siasatan awal mendapati Ameerah Asha sanggup bersubahat dalam penculikan itu kerana dipercayai dipengaruhi kekasihnya.

"Mereka masih muda dan bertindak demikian (merancang penculikan) semata-mata kerana wang," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

1,300 permit bas tambahan hari raya dikeluarkan

Posted:

1,300 permit bas tambahan hari raya dikeluarkan

1,300 permit bas tambahan hari raya dikeluarkan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my


ORANG ramai tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung kerana permit bas tambahan kini ditambah sempena sambutan Aidilfitri.


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan bas awam untuk pulang ke kampung tidak perlu risau kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal mengeluarkan 1,300 Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi permit bas tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata, LPS yang dikeluarkan SPAD kali ini adalah bagi kegunaan bas tambahan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

"Sebelum ini, SPAD menetapkan tempoh permohonan LPS berakhir pada 15 Ogos tetapi dilanjutkan sehingga 23 Ogos ekoran permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha bas.

"LPS hanya dikeluarkan kepada pemohon daripada pengusaha bas yang menggunakan bas ekspres, bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas henti-henti dan bas persiaran untuk kegunaan bas tambahan," katanya.

Tambahnya, sehingga 16 Ogos lalu, sebanyak 1,209 permit telah dikeluarkan iaitu Ibu Pejabat Putrajaya sebanyak 724 permit, pejabat di Wilayah Selatan (183), Utara (278) dan Timur (24).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved