Kosmo Online |
- Aidilfitri: APMM tingkat pengawasan perairan
- Menyamar: Ahli bisnes dipenjara 10 bulan
- Isteri dakwa diserang guna perenjat elektrik
Aidilfitri: APMM tingkat pengawasan perairan Posted: Aidilfitri: APMM tingkat pengawasan perairan20/07/2011 8:34pm JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan akan menempatkan lebih ramai anggota dan aset di perairan Pengerang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Ketua Penguat Kuasanya, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, APMM menjangkakan peningkatan percubaan keluar dan masuk Malaysia secara haram di kalangan pendatang asing di dalam tempoh menjelangnya perayaan tersebut. "Kita akan menempatkan lebih ramai anggota kita di tempat-tempat strategik supaya "mata dan telinga" kita itu memperoleh lebih banyak maklumat untuk memantau keadaan," katanya di pejabatnya di sini, baru-baru ini. Menurut beliau, anggota APMM itu yang terdiri daripada bahagian siasatan jenayah maritim serta perisikan itu bagi membolehkan agensi menangani usaha keluar masuk secara haram oleh pendatang asing itu. Disebabkan kedudukan perairan Pengerang yang terletak berhampiran dengan Batam, Indonesia, ia menjadikannya sebagai laluan utama bagi pendatang asing terutama daripada republik itu keluar masuk Malaysia secara haram. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Menyamar: Ahli bisnes dipenjara 10 bulan Posted: Menyamar: Ahli bisnes dipenjara 10 bulan20/07/2011 8:10pm JOHOR BAHRU — Seorang ahli perniagaan dijatuhi penjara 10 bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyamar sebagai Pengerusi Koperasi Chaya Berhad dan menjalankan aktiviti skim perniagaan dengan mengambil deposit daripada bukan anggota koperasi tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), tiga tahun lepas. Hakim Nu"aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman tersebut selepas Abdul Rahman Hussin, 44, menukar pengakuan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan terhadapnya dan dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Isteri dakwa diserang guna perenjat elektrik Posted: Isteri dakwa diserang guna perenjat elektrik20/07/2011 8:02pm KUANTAN — Seorang wanita mendakwa mengalami gangguan emosi setelah diserang suaminya dengan alat renjatan elektrik semalam. Wanita berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Si dari Air Putih di sini berkata dia diserang ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah ibadat kira-kira 7 malam. Dia berkata, keretanya telah dipintas oleh suaminya sebelum dia dipaksa keluar dan diserang dengan senjata berkenaan. "Selepas terkena renjatan elektrik, saya berlari sekuat hati dan meminta tolong sebelum dia (suaminya) melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Si yang kini tinggal bersama ibu bapanya mendakwa insiden tersebut merupakan kejadian terbaru yang dialaminya sejak mula didera tahun lalu. Dia yang mempunyai dua orang anak berkata, suaminya merupakan seorang ah long. Dia sebelum ini telah membuat 15 laporan polis dan turut mendapat Perintah Perlindungan Interim di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga daripada mahkamah tahun lepas. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan