Khamis, 7 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


NS pasang sistem amaran kepala air

Posted:

NS pasang sistem amaran kepala air

NS pasang sistem amaran kepala air

07/07/2011 8:32pm

SEREMBAN – Negeri Sembilan menjadi negeri pertama di Malaysia yang memasang sistem amaran kepala air yang dibangunkan teknologinya oleh kakitangan Jabatan Perhutanan untuk keselamatan para pengunjung di sungai serta jeram dan tapak perkelahan popular di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya telah memilih sistem yang dibangunkan oleh kakitangan jabatan itu berbanding teknologi lain yang kosnya mencecah sehingga berjuta-juta ringgit.

"Sistem ciptaan anak tempatan ini lebih murah, kita menggantung sejenis rod lebih kurang 1 kaki dari permukaan air. Apabila kepala air merempuh rod ini, arus elektrik akan dialirkan untuk membunyikan siren amaran," katanya ketika meninjau sistem itu di tapak perkelahan sungai Batang Teranchi, Hutan Lipur Ulu Bendul hari ini.

Selain bunyi, orang ramai juga akan melihat pancaran lampu berwarna merah dan ketika ini pengunjung sepatutnya sudah bergegas untuk menyelamatkan diri, katanya.

Sistem yang sama turut dipasang di tapak perkelahan di Lata Kijang, Jeram Toi dan Jeram Tengkek. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua bergantung kepada cara pegang raket

Posted:

Mulakan dengan telefon bimbit

SETIAP kali subjek kitar semula diutarakan umum mengetahui mengenai perkara tersebut tetapi, persoalannya adalah sejauh mana ia diamalkan? Sampah hasil daripada barangan pengguna seperti tin, kertas surat khabar dan botol kaca memang tidak perlu diperkatakan lagi. Namun, bagaimana pula dengan barangan elektronik terutama telefon bimbit yang tidak digunakan lagi selepas ia dianggap ketinggalan zaman? Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4 larikan diri, 3 berjaya ditahan semula

Posted:

4 larikan diri, 3 berjaya ditahan semula

4 larikan diri, 3 berjaya ditahan semula

07/07/2011 6:42pm

KUALA TERENGGANU – Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut bertindak nekad melarikan diri dengan mencuri sebuah lori yang datang menghantar bahan mentah di situ sebelum merempuh pondok pengawal untuk meloloskan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, salah seorang daripada suspek yang berumur di antara 25 hingga 32 itu bertindak menghidupkan kenderaan seberat tiga tan itu.

"Ketika kejadian, pemandunya sedang memunggah barangan yang dihantar dan tidak mencabut kunci pada lori tersebut menyebabkan kesempatan itu telah diambil oleh kesemua suspek untuk melarikan diri dengan menaiki kenderaan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas merempuh pondok kawalan, lori yang dinaiki suspek turut merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan sebelum melarikan diri ke arah Pasir Puteh, Kelantan.

Malah, selepas itu kenderaan tersebut difahamkan turut merempuh sekatan jalan di Bukit Jong, Kelantan sehingga mengakibatkan seorang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian turut cedera di bahagian tangan.

Bagaimanapun kegembiraan kesemua suspek tidak bertahan lama apabila tiga daripada pelatih berkenaan berjaya ditahan polis.

Seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dan polis Terengganu dengan kerjasama polis Kelantan kini sedang giat menjalankan operasi mengesan pelatih berkenaan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved