Rabu, 13 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ibu bapa diminta tidak panik

Posted:

Ibu bapa diminta tidak panik

Ibu bapa diminta tidak panik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sabar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari orang ramai khususnya ibu bapa berhadapan kesukaran untuk mengakses laman web www.khidmatnegara.gov.my, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) semalam menasihatkan mereka supaya tidak panik dengan masalah tersebut.

Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, ini kerana mereka mempunyai tempoh enam bulan dari sekarang untuk menyemak status senarai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2012.

Sambil meminta maaf berikutan masalah yang timbul sejak Isnin lalu, beliau berkata, pihaknya telah menaik taraf pelayan Internet laman web tersebut sebanyak lima kali.

Menurut beliau, antara proses menaik taraf laman web mereka di www.khidmatnegara.gov.my itu termasuklah membuka laman kontigensi baharu, selain kapasiti pelayan juga dipertingkat secara berperingkat.

"Saya nasihatkan ibu bapa supaya bersabar dan jangan panik kerana tempoh masa untuk menyemak status anak mereka adalah selama enam bulan iaitu dari sekarang sehingga akhir tahun ini.

"Saya memohon maaf atas apa yang berlaku tetapi saya sudah arahkan pegawai saya supaya memantau situasi itu dari masa ke semasa,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan kekecewaan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa apabila gagal menyemak status kumpulan sesi baharu sesi 2012 PLKN gara-gara pelayan laman web itu tergendala sejak Isnin lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tempoh seminggu tebus mangsa

Posted:

Tempoh seminggu tebus mangsa

Tempoh seminggu tebus mangsa

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


MAZLINA menunjukkan gambar bekas suaminya kepada anak mereka di skrin komputer di rumah mereka di Sungai Buloh kelmarin.


KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini usaha menyelamatkan seorang rakyat Malaysia, Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik oleh kumpulan Abu Sayaf di selatan Filipina dikatakan kian tipis kerana penculiknya telah menutup pintu rundingan, perkembangan terbaharu semalam mungkin memberikan sinar baru.

Ia kerana orang tengah bagi kumpulan penculik itu dikatakan telah menghubungi keluarga mangsa kelmarin dan memaklumkan wang tebusan telah dikurangkan daripada 80 juta peso atau RM5.6 juta kepada hanya RM60,000.

Menurut bekas isterinya, Mazlina Mohamad, 38, sekiranya wang tebusan tidak dibayar dengan segera dalam tempoh seminggu, penculik terbabit mengugut akan menutup pintu rundingan.

"Saya sendiri baru mengetahui perkara ini daripada keluarga Mohd. Nazaruddin tetapi walau macam mana pun bagi saya jumlah sebanyak itu juga masih terlalu tinggi.

"Saya juga tidak mampu untuk membantu kerana pendapatan menjual kuih tidak seberapa dan hanya cukup untuk menampung kehidupan secara sederhana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendaftaran biometrik lancar

Posted:

Pendaftaran biometrik lancar

Pendaftaran biometrik lancar


PEGAWAI Jabatan Imigresen merekodkan pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah di Jabatan Imigresen Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR – Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah bermula semalam dan berjalan lancar di Jabatan Imigresen seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, program yang akan berlangsung selama dua minggu itu memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat besar yang mempunyai jumlah pekerja melebihi 500 orang mendaftar awal.

"Dengan biometrik ini, Jabatan Imigresen berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing yang sah dan yang telah lari daripada majikan termasuk mereka yang telah membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukar dengan dokumen baharu dengan identiti yang berbeza.

"Melalui teknologi ini, kita dapat mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari dan maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah individu tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Program pendaftaran biometrik akan berlangsung sehingga 31 Julai ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved