Selasa, 5 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Denda lebih berat jika tipu artis

Posted:

Denda lebih berat jika tipu artis

Denda lebih berat jika tipu artis

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA dan NAN HIDAYAT NAN AZMIE
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada 500 artis serta penggiat seni yang hadir pada majlis Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 di Hotel DoubleTree by Hilton di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam memberi isyarat bahawa ia akan memperjuangkan dan membela nasib serta hak golongan artis di negara ini tanpa bertolak ansur terhadap pelanggaran hak-hak harta intelek. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan meminda Akta Hak Cipta 1987 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan, undang-undang untuk melindungi hak-hak golongan artis akan lebih ketat.

Antara tumpuan yang bakal diberikan melalui pindaan akta itu meliputi aspek kutipan royalti yang lebih telus, penguatkuasaan Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah dan jumlah bayaran minimum kepada karyawan seni. "Isu paling penting adalah mengenai royalti karyawan kerana ketika ini tiada satu sistem kutipan yang memuaskan manakala badan kutipan yang sedia ada tidak berdaftar dengan kerajaan.

"Selepas akta ini dipinda, mereka perlu berdaftar dan beroperasi secara lebih telus," katanya ketika merasmikan Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 di DoubleTree by Hilton, The Intermark, Jalan Tun Razak di sini semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom; Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Mohd. Shahar Osman.

Turut menyerikan majlis ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak serta Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

Lebih 500 tetamu termasuk 300 artis hadir pada majlis tersebut termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Harun Salim Bachik dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandes. Antara bintang-bintang yang hadir ialah Datuk Sarimah Ahmad, Jamal Abdillah, Amy Search, Ziana Zain, Farah Asyikin, Ifa Raziah dan Norman KRU.

Ismail Sabri memberitahu, apabila akta itu dilaksanakan kelak, setiap badan pengutip royalti artis yang berdaftar perlu membuat perjanjian bertulis untuk melaksanakan urusan tersebut. "Jika ada pelanggaran dalam syarat yang ditetapkan, badan itu boleh dikenakan penalti sehingga RM500,000 dan mereka perlu ada butir lengkap dalam sebarang urusan kutipan royalti berkenaan," tegasnya. Selain itu, beliau berkata, akta baru itu juga akan menetapkan kadar minimum peratusan kutipan setiap hasil yang sepatutnya diperoleh oleh artis seperti penyanyi, komposer, penulis lirik atau pelakon. Ujarnya, kerajaan akan menetapkan jumlah itu dan apabila ia dilaksanakan tidak akan berlaku lagi bayaran rendah diperoleh oleh artis.

Ismail Sabri menambah, Tribunal Hak Cipta juga akan dikuatkuasakan dan diberi lebih kuasa dalam pindaan akta berkenaan. "Jika ada artis yang tidak puas hati, mereka boleh kemukakan aduan ke tribunal yang tidak akan mengambil masa yang lama dan mereka tidak perlu bayar caj peguam yang mahal," ujarnya. Sementara itu, Amy Search mendedahkan dalam forum mengenai harta intelek yang diadakan pada himpunan semalam bahawa jika lagu-lagu nyanyiannya tidak dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dia mungkin mampu meraih royalti sehingga RM15 juta.

Sesi soal jawab menteri-artis hangat


JAMAL ABDILLAH bertanya soalan kepada Ismail Sabri semalam.


KUALA LUMPUR – Sesi soal jawab antara artis dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 di DoubleTree by Hilton, The Intermark di sini semalam hangat dengan pelbagai soalan. Majlis yang disertai lebih 500 tetamu meliputi penyanyi, pelakon, pelawak, anggota band tempatan dan aktivis seni itu menjadi medan barisan artis meluahkan masalah serta pendapat mereka untuk disampaikan kepada Ismail Sabri. Masing-masing dilihat berebut-rebut untuk menyuarakan pandangan dan yang paling mencuri tumpuan ialah mikrofon Ana Raffali yang ketika itu baru sahaja ingin melontarkan soalan kepada Ismail Sabri tiba-tiba 'hilang' diambil oleh selebriti Ifa Raziah.

Ifa Raziah dalam cadangannya mahu bayaran untuk artis diselaraskan sama ada ketika mengadakan persembahan pentas atau berlakon di televisyen. "Ia penting bagi golongan artis yang tidak popular untuk meneruskan usaha mencari sesuap nasi dalam bidang ini, sekurang-kurangnya bayaran diselaraskan pada harga RM1,000 untuk sekali persembahan," katanya. Pemuzik bebas, Aznan Alias pula mahu kerajaan mewujudkan akta untuk membela nasib penghibur sepertinya bagi mengelak ditindas syarikat rakaman yang didakwa bertindak membolot royalti artis.

"Banyak individu dalam syarikat rakaman sudah kaya-raya, ini bukan lagi zaman mereka untuk berterusan menindas artis. Saya harap kementerian dapat mengambil tindakan," katanya yang merupakan pemain gitar.

Penyanyi Jamal Abdillah pula mahu individu yang memiliki album cetak rompak dihukum dengan hukuman yang lebih berat bagi membantu menghindari golongan artis daripada terus ditindas. "Cetak rompak ibarat mencuri hak kami, justeru mereka harus didenda dengan hukuman berat," katanya. Sementara itu, Ismail Sabri tenang menjawab semua soalan, selain memberi jaminan kepada golongan artis bahawa kerajaan akan berusaha mengatasi semua masalah berbangkit.

Malah, beliau turut menasihatkan golongan artis supaya bersatu bagi memudahkan pihaknya menilai kesemua masalah berbangkit dengan lebih efektif. "Kalau boleh, biar cuma ada satu persatuan artis kerana sebuah persatuan yang efektif lebih mampu memperjuangkan hak artis," katanya. Pada perhimpunan semalam, satu forum bertajuk 'Pertahankan Hak, Perkukuhkan Seni Melalui Perlindungan Hak Intelek' turut diadakan dan dipengerusikan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah. Antara ahli panel forum ialah Timbalan Ketua Pengarah (Korporat) MyIPO, Mohd. Shahar Osman, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, HiIdayatul Marikha Mohd. Zuki, Aizat, Diana Danielle, Amy Search dan Ziana Zain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akhbar rapat dengan artis akan lebih berjaya

Posted:

Akhbar rapat dengan artis akan lebih berjaya

Akhbar rapat dengan artis akan lebih berjaya


MOHAMED Hashim (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ismail Sabri selepas majlis perasmian Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin mengakui sesebuah akhbar akan lebih berjaya jika ia mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan artis.

Beliau menegaskan, sesebuah akhbar akan menjadi sangat membosankan jika ia tidak menyiarkan sebarang berita terkini mengenai artis dan industri hiburan.

Sehubungan itu, beliau berharap akhbar Kosmo! dan penerbitan lain dalam Kumpulan Utusan sentiasa mempunyai hubungan yang rapat dengan komuniti artis di semua peringkat.

"Saya berterus-terang. Akhbar amat terhutang budi kepada golongan artis kerana akhbar yang mempunyai hubungan rapat dengan artis pasti akan menjadi akhbar yang berjaya.

"Hakikatnya akhbar dan artis perlu mempunyai hubungan yang akrab, bekerjasama dan saling membantu dalam bisnes dan karier selain mengembangkan ekonomi negara," katanya.

Mohamed Hashim berucap pada Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 di DoubleTree by Hilton, The Intermark, Jalan Tun Razak di sini semalam yang menghimpunkan lebih 500 tetamu termasuk 300 artis popular tanah air.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kosmo! itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohamed Hashim berkata, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) kelmarin mendedahkan nilai bisnes industri seni hiburan di negara ini amat besar.

Beliau berkata, pada tahun 1990-an industri tersebut menjana bisnes sebanyak RM300 juta tetapi kini merosot kepada RM100 juta akibat perlanggaran hak-hak harta intelek.

Ifa Raziah, Harun terkejut dapat iPad 2


ISMAIL SABRI (dua dari kiri) bersama sebahagian artis yang menerima hadiah cabutan bertuah sempena Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO.


KUALA LUMPUR – Dua dramatis tidak asing lagi iaitu Ifa Raziah dan Harun Salim Bachik memenangi cabutan bertuah gajet canggih iPad 2 sempena Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 di DoubleTree by Hilton, The Intermark, Jalan Tun Razak di sini semalam.

Turut mendapat hadiah tersebut ialah pemain drum kumpulan Sometimes Group, Abdul Rani Kulup dan anggota kumpulan Max 24-7, Hans. Penyanyi dangdut, Leina Hangat dan seorang lagi anggota kumpulan Max 24-7, Jaq pula memenangi seutas jam tangan canggih yang boleh dijadikan telefon bimbit. Sementara itu, Ifa Raziah berkata, beliau tidak menyangka sama sekali akan menerima hadiah gajet tersebut yang menjadi kegilaan ramai masa kini. Cabutan bertuah tersebut adalah sebahagian daripada acara pada majlis anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kosmo!. Kesemua hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berdemonstrasi dalam stadium sahaja

Posted:

Berdemonstrasi dalam stadium sahaja

Berdemonstrasi dalam stadium sahaja

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini semalam bersetuju membatalkan demonstrasi jalanan yang dijadual pada 9 Julai ini.

Mereka sebaliknya bersetuju supaya perhimpunan tersebut diadakan pada tarikh yang sama di sebuah stadium yang akan ditentukan tidak lama lagi sebagaimana ditawarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menghadap Tuanku Mizan petang semalam.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung pada Sabtu ini," kata Ambiga kepada pemberita selepas menghadap Tuanku Mizan lebih sejam setengah.

Menurut Ambiga lagi, pihaknya berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan secara aman di dalam stadium.

"Kami berpendapat ini jalan terbaik untuk meneruskan perhimpunan. Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan perhimpunan di stadium,'' katanya.

Ketiga-tiga pemimpin Bersih 2.0 itu dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 1.55 petang.

Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved