Jumaat, 1 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Buka kedai rakyat di PPR

Posted:

Buka kedai rakyat di PPR

Buka kedai rakyat di PPR


ORANG ramai berbaris membeli barangan pada hari pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia di Kelana Jaya pada 22 Jun lalu. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota bakal menjadi medan projek perintis pembukaan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia fasa pertama yang dilaksanakan tidak lama lagi bagi memperluaskan penjualan barangan harga murah kepada warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu menepati konsep kedai berkenaan untuk menjual pelbagai barangan keperluan asas pada harga berpatutan dan sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup warga kota.

"Kebanyakan kelompok masyarakat di PPR adalah mereka yang berpendapatan rendah dan semestinya menjadi sasaran utama kita.

"Kami sedang mengumpul data kedai-kedai runcit yang beroperasi di kawasan PPR di seluruh Kuala Lumpur untuk pelaksanaan program ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa

Posted:

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


MOHAMAD DAUD didakwa menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akta Guaman Syarie digubal segera

Posted:

Akta Guaman Syarie digubal segera

Akta Guaman Syarie digubal segera

Oleh SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my


NAJIB menyampaikan anugerah tokoh syariah kepada Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad (kanan) pada Konvensyen Peguam Syarie kali kedua di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penggubalan Akta Guaman Syarie akan disegerakan bagi memartabatkan sistem kehakiman syariah dan profesion guaman syarie di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selaras dengan penggubalan akta itu, Majlis Peguam Syarie akan ditubuhkan bagi mengawal etika peguam syarie selain menyeragamkan undang-undang syarie di seluruh negara.

"Ketika ini, tiada sebarang akta untuk mengawal etika guaman syarie, banyak kes yang membabitkan peguam syarie seperti mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi, membawa butiran palsu dan menipu anak guam.

"Jadi, sudah tiba masa kita perlu memiliki Akta Guaman Syarie seperti Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan menubuhkan Majlis Peguam Syarie seperti Majlis Peguam Malaysia," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved