Sabtu, 2 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kereta meletup di selatan Thai

Posted:

Kereta meletup di selatan Thai

Kereta meletup di selatan Thai


SEORANG anggota skuad bom Thailand berada di tepi sebuah kereta Honda yang meletup di Narathiwat, selatan Thailand semalam.


BANGKOK - Sebuah kereta Honda meletup semasa seorang anggota skuad bom Thailand berada dekat dengan kenderaan itu pada pagi semalam di Narathiwat.

Anggota skuad bom itu yang memakai jaket perlindungan cedera namun tahap kecederaannya masih belum diketahui.

Letupan bom itu menyebabkan kereta tersebut musnah teruk.

Bom itu dipercayai diletakkan oleh kumpulan gerila pemisah yang mendalangi kejadian keganasan di sempadan Thailand dengan Malaysia.

Lebih 4,500 orang terbunuh dalam serangan keganasan yang berlaku di selatan Thailand sejak 2004. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta terbaharu BMW dalam Mission Impossible

Posted:

Kereta terbaharu BMW dalam Mission Impossible

Kereta terbaharu BMW dalam Mission Impossible


BENTUK kereta BMW i8.


LOS ANGELES - Siri keempat filem aksi Mission Impossible yang dibintangi oleh aktor Tom Cruise akan memaparkan penggunaan kereta mewah dan berteknologi tinggi, sebuah kereta BMW i8.

Syarikat automotif BMW telah mengesahkan bahawa kenderaan futuristik i8 hibrid elektrik diesel itu buat pertama kali akan muncul dalam filem tersebut.

Paparan treler filem Mission Impossible: Ghost Protocol menunjukkan kereta BMW i8 tiba di Hotel Ritzy, Dubai iaitu lokasi penggambaran filem itu manakala pelakon pembantu, Paula Patton dengan penuh bergaya keluar dari bahagian penumpang.

Kereta BMW i8 yang berharga AS$160,000 (RM481,679) memberikan pemanduan penuh dengan gaya hebat.

Cruise memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem tersebut.

"Jika anda adalah perisik Ethan Hunt, kenderaan ini sememangnya sesuai di sisinya. BMW i8 menjanjikan kelajuan dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh lima saat.

"Kereta itu dikuasakan dengan 328 kuasa kuda diesel-elektrik yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 249.45 kilometer sejam manakala bahan api pula 100.58 kilometer untuk 3.78 liter. Dalam erti kata lain, ia merupakan kenderaan perjalanan jauh yang sempurna," jelas pihak BMW. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan Zuckerberg minggu depan

Posted:

Kejutan Zuckerberg minggu depan

Kejutan Zuckerberg minggu depan


KOMPUTER tablet iPad keluaran syarikat Apple.


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa laman jaringan sosial terbesar di dunia itu akan melancarkan 'sesuatu yang hebat' pada minggu depan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan komen Zuckerberg pada Rabu lepas itu mencetuskan spekulasi bahawa Facebook memperkenalkan aplikasi terbaharu untuk kegunaan telefon bimbit atau komputer tablet seperti iPad.

iPad kini menjadi popular dan dikeluarkan syarikat Apple.

Tanpa mengulas lanjut, Zuckerberg dalam satu sidang media di pejabatnya di sini memberitahu, produk terbarunya akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Facebook memiliki lebih 500 juta pengguna sejak ia dilancarkan pada Februari 2004.

Laman sosial berkenaan merupakan pesaing utama gergasi Internet seperti Google dan Yahoo untuk merebut pelanggan dan iklan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved