Khamis, 23 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Siap siaga ibu cantik

Posted:

Siap siaga ibu cantik

Siap siaga ibu cantik


SERAMAI 15 finalis yang terdiri daripada kaum ibu terpilih untuk menyertai Pertandingan Glowing Youthful Mother yang akan berlangsung pada 30 Jun ini.


WALAUPUN ada antara mereka pertama kali membuat catwalk di pentas peragaan, namun masing-masing mencuba sehabis baik untuk berjalan persis seorang model.

Walaupun sebahagian daripada ibu-ibu tersebut nampak kekok, namun selepas beberapa kali berlatih, lenggok jalan mereka semakin meyakinkan.

Mereka yang dimaksudkan bukanlah model tetapi, 15 finalis pertandingan Glowing Youthful Mother yang menyertai bengkel kecantikan baru-baru ini.

Mereka adalah 15 ibu bertuah yang terpilih daripada lebih 500 ibu yang menghantar borang bagi menyertai pertandingan yang berlangsung sejak Mac hingga Mei lalu.

Setiap daripada mereka datang dari latar belakang kerjaya dan keluarga yang berbeza tetapi mempunyai satu persamaan iaitu keremajaan kulit merentasi usia.

Para finalis yang terdiri daripada wanita berusia 30-an sehingga 50-an itu berjaya menjaga kecantikan dan kesihatan diri sehingga membuatkan mereka kelihatan jauh lebih muda.

Bengkel catwalk dan kecantikan tersebut adalah bagi mempersiapkan mereka untuk malam gala pertandingan Glowing Youthful Mother yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

"Selain menggayakan gaun malam yang direka eksklusif, finalis akan membuat persembahan bersama anak mereka pada pusingan pertunjukan bakat selain menjawab soalan pada pusingan akhir.

"Bengkel ini diadakan bagi melengkapkan para finalis dengan tip mengenai tata rias, cara berjalan yang betul dan mendidik mereka tentang pentingnya mikronutrien pada kulit," kata Pengarah Serantau, Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi.

Rahsia remaja

Bengkel sulung yang dianjurkan baru-baru ini dimulakan dengan sesi bual bicara bersama pakar estetik dan pakar bedah kosmetik, Dr. Alice Prethima Michael. Alice berkongsi tip mengenai rahsia mengekalkan keremajaan kulit dan kelihatan bermaya.

Para finalis diterangkan tentang jenis-jenis kulit dan punca kulit pramatang serta cara-cara untuk mencegahnya.

Para finalis kemudiannya di bawa ke kelas catwalk bersama Nila Palacios yang merupakan seorang pereka fesyen dari Venezuela.

Salah seorang finalis, Ramona Ramli, 58, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan kini menetap di Sungai Buloh, Selangor tidak menyangka dirinya terpilih ke peringkat akhir.

"Ini semua galakan daripada anak-anak. Walaupun sedikit tercabar dengan peserta-peserta lain yang jauh lebih muda, saya akan melakukan yang terbaik pada malam gala tersebut.

"Bukan kemenangan yang dikejar tetapi saya mahu membuktikan kepada wanita seusia saya bahawa kita masih boleh aktif, ceria, muda dan sihat walaupun sudah bergelar nenek," katanya yang merupakan jurulatih fizikal di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas, Semenyih, Selangor.

Turut hadir memberikan sokongan sebagai salah seorang juri pada malam gala tersebut ialah pelakon, Datin Noniswara Baharudin, pelakon dan penerbit, Nancie Foo serta pengacara majlis pada palam tersebut Miss Malaysia World 2010/2011, Nadia Heng.

– NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved