Selasa, 28 Jun 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Hasil inovasi dimartabat APICTA

Posted:

Hasil inovasi dimartabat APICTA

Hasil inovasi dimartabat APICTA

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



SABAN tahun, semakin banyak inovasi kreatif yang dibangunkan untuk memudahkan lagi kehidupan seharian manusia.

Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak terkecuali dalam merasai tempias pembangunan inovasi. Kemajuannya secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan sesebuah negara.

Pada masa yang sama, ia turut melahirkan lebih ramai cerdik pandai dalam industri ICT sekali gus mengembangkan lagi modal insan negara.

Bagaimanapun, agak sukar bagi usahawan dan pelajar ICT itu memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka dengan lebih menyeluruh terutamanya bagi yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.

Justeru itu, sejak 11 tahun lalu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menganjurkan Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) untuk dijadikan platform terbaik kepada mereka.

APICTA yang mempertandingkan pelbagai kategori pada peringkat domestik dan antarabangsa dapat membantu penerima anugerah memperkenalkan produk ataupun perkhidmatan mereka di dalam negara malah berpeluang menembusi pasaran secara global.

Peluang perniagaan

Ia terbukti apabila sebuah syarikat pembangun, Free Alliance yang memenangi anugerah kategori Penyelidikan dan Pembangunan Terbaik peringkat domestik serta antarabangsa pada tahun lalu, berjaya menembusi beberapa pasaran luar negara.

Free Alliance yang membangunkan Rangkaian Pengesan Tanpa Wayar nuRF dan Sistem Pintar Tanpa Wayar turut merangkul kategori Start-up Terbaik peringkat domestik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fairuz Mohd. Azrul, berkata, kemenangan yang diperoleh melalui APICTA telah membuka peluang untuk mempromosi produk inovasi dan perkhidmatan syarikatnya dengan lebih meluas.

"Pengiktirafan tersebut telah memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan untuk berurus niaga dengan Free Alliance yang baru ditubuhkan pada tahun 2008.

"Apabila memenangi anugerah tersebut, kami bukan sahaja mendapat pelanggan domestik tetapi berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sistem yang dibangunkan Free Alliance itu menggunakan protokol komunikasi dan algoritma tanpa wayar dalam mengesan peranti tanpa wayar bergerak serta perayauan.

Ia juga dapat membenarkan penggabungan data seperti suhu, pergerakan, kelembapan, pengiraan rekod inventori dan lokasi rangkaian tanpa wayar beroperasi dengan lancar melalui hab pusat pemprosesan.

Fairuz menambah, sistem itu boleh diaplikasi dalam pelbagai sektor termasuk perubatan, ketenteraan, swasta, pertanian dan banyak lagi.


PARA pemenang APICTA tahun lalu diraikan dalam majlis yang penuh gemilang.


Tambahnya, penyelidikan dan pembangunan juga telah dilakukan sepenuhnya oleh tenaga tempatan malah bahan dan teknologinya juga adalah hasil kerja anak Malaysia.

"Kami sangat berbangga kerana produk yang dibangunkan oleh anak tempatan dan menggunakan bahan negara mendapat pengiktirafan secara global," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Teknikal BSmart Technology Sdn. Bhd., Patrick Gan, berpendapat pengamal industri ICT perlu merebut peluang dalam menyertai APICTA.

"Apabila memenangi anugerah ini, peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa lebih cerah terutamanya di rantau Asia Tenggara.

"Selain daripada itu, kita juga dapat mempelajari dan mengetahui sesuatu budaya luar apabila perlu membuat kajian serta penyelidikan untuk membentang kertas kerja pada peringkat antarabangsa," katanya.

BSmart Technology Sdn. Bhd. telah memenangi kategori e-Logistik Terbaik peringkat domestik melalui projek Perkhidmatan Pemantauan Kargo Elektronik BSMART (b'eCMS).

Pendedahan berguna

Pasukan University College of Technology and Innovation (UCTI) yang dianggotai empat pelajar juga sependapat bahawa APICTA mampu memberi pendedahan kepada mereka untuk mendekati pengamal industri ICT dengan lebih dekat.

Pasukan yang diwakili Tan Jit Ren, 20, Wong Mun Choong, 23, Ker Jia Chiun, 19, dan Chan Wai Lun, 21, membangunkan projek Global Knowledge Reactor (GKR) merangkul kategori Projek Pelajar Terbaik.

Wai Lun memberitahu, dia dan rakan-rakan lain dapat mengetahui dengan lebih dekat mengenai industri ICT tempatan serta antarabangsa apabila menyertai APICTA.

Katanya, ia merupakan satu pengalaman tidak ternilai kepada mereka kerana bukan sahaja projek tersebut mendapat pendedahan malah ada pihak yang ingin memasarkannya.

"Projek yang mengambil masa lima bulan untuk disiapkan ini dibangunkan bagi memberi kemudahan pembelajaran secara elektronik.

"Ia membenarkan guru dan pelajar merasai pengalaman pembelajaran secara elektronik terutamanya yang berada di kawasan terpencil," katanya.

Prospek pemasaran


Inovasi Global Knoeledge Reactor mampu membantu proses pembelajaran di kawasan terpencil. – Gambar hiasan


Sementara itu, Naib Presiden MDeC Niran Noor, berkata, anugerah APICTA adalah satu platform untuk para usahawan mengetengahkan produk dan perkhidmatan menerusi aplikasi ICT yang inovatif.

"Menerusi anugerah ini, bakal pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa kelak.

"Selain menggalakkan pembangunan industri ICT, anugerah APICTA juga mewujudkan peluang pemasaran bagi produk keluaran tempatan dan sekali gus membantu dalam usul kerajaan untuk menuju ke arah negara berpendapatan ekonomi tinggi," ulasnya.

Pada tahun ini, penganjuran yang mendapat kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) itu akan mengetengahkan tema merangsang kreativiti dan kecemerlangan dalam ICT.

Kategori baharu turut diperkenalkan pada APICTA tahun ini iaitu kelestarian terbaik dan maklumat teknologi hijau.

Kesedaran mengenai alam sekitar secara global telah mencetuskan pengenalan kategori baharu ini dengan harapan ia dapat mempromosi aplikasi produk atau perkhidmatan ICT dalam melestarikan isu berkenaan.

Anugerah pada tahun lalu, mencatatkan penyertaan sebanyak 538 dalam 18 kategori manakala tarikh tutup penyertaan pada tahun ini adalah pada 16 Julai ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai kategori dipertandingkan dan syarat penyertaan boleh melayari laman web www.mscmalaysia.my/apicta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malang si emperor sesat

Posted:

Malang si emperor sesat

Malang si emperor sesat


PASANGAN penguin jantan dan betina akan meninggalkan anak mereka selepas berusia lima bulan.


IA bagaikan sebuah jalan cerita filem animasi Disney apabila seekor penguin spesies emperor terkandas di pulau New Zealand baru-baru ini sehingga mengakibatkan ia menjadi perhatian pengunjung pulau berkenaan.

Spesies terbesar penguin yang rindukan kampung halamannya itu telah melalui perjalanan penuh berliku sejauh 3,219 kilometer dari Antartik sebelum hilang arah dan terkandas di sebuah pantai di New Zealand.

Lebih menyedihkan, ia telah tersalah anggap pasir memutih di pulau berkenaan adalah salji dan memakannya sehingga memudaratkan dirinya.

Berikutan itu, pegawai kehidupan liar terpaksa mengambil langkah drastik dengan membawa penguin malang itu ke Zoo Wellington untuk menjalani pembedahan mengeluarkan pasir dan ranting kayu di tekaknya.

Penguin emperor yang terkandas itu kelihatan sihat apabila menjejakkan kaki di Pulau Peka Peka berdekatan kepulauan utara New Zealand.

Bahkan, kemunculan penguin tersebut merupakan kali pertama dicatatkan di negara yang terkenal dengan jolokan kiwi itu sejak 44 tahun lalu.

Bagaimanapun, saban hari ia menjadi semakin lemah dan kadangkala terjatuh ke permukaan pasir sehingga menimbulkan kebimbangan penguin tersebut akan mati jika tidak diberi perhatian rapi.

"Ia tidak akan dapat hidup di pantai ini jika kami meninggalkannya begitu sahaja," kata Pengurus Program Jabatan Pemuliharaan New Zealand, Peter Simpson.

Kebiasaannya, penguin akan makan salji untuk penghidratan di Antartik. Suhu juga agak tinggi sehingga mencecah 50 darjah jauh berbeza berbanding suhu Antartik yang biasa dialami penguin berkenaan.

Simpson berkata, burung berkenaan mengalami hidrasi dan kepenatan akibat cuaca panas.

"Hari ini ia tidak menunjukkan banyak pergerakan mungkin akibat terlalu banyak makan pasir dan keadaannya juga tidak begitu baik," kata pakar penguin dari Universiti Massey, John Cockram.


PASUKAN veterinar dari Zoo Wellington sedang menjalankan pembedahan ke atas penguin emperor itu.


Pengurus Zoo Sains Veterinar, Lisa Argilla berkata, tekak burung berkenaan telah dilalukan dengan air untuk menghilangkan cebisan-cebisan kayu dan pasir tetapi, ia kelihatan masih tersumbat dan pembedahan telah dijadualkan.

"Saya berharap ia hanya kayu hanyut yang boleh dicapai dan dikeluarkan dengan segera," katanya kepada akhbar Dominion Post.

Penguin yang dianggarkan berusia 10 bulan itu mungkin lahir ketika musim sejuk dan telah mencari sotong ataupun kril sebelum sesat. Pakar juga masih belum menentukan jantina penguin malang itu.

"Ia merupakan penguin yang masih kecil, berenang dan keluar mencari makanan. Ia telah tersilap langkah sehingga tersesat," kata Penolong Kurator Seaworld, San Diego, Amerika Syarikat (AS), Lauren DuBois.

Katanya lagi, selepas enam bulan menetas, anak spesies penguin emperor akan menuju ke lautan dan menghabiskan masa selama empat tahun di dalam air tanpa pulang ke daratan.

"Burung-burung ini akan mengembara agak jauh," katanya dan ia tidak ganjil apabila ia berada di perairan berdekatan New Zealand.


PENGUIN emperor ini tersesat di Pantai Peka Peka sehingga menarik perhatian orang ramai.


"Apa yang ganjil mengenai penguin ini adalah ia telah pergi ke darat dan menyebabkan menjadi perhatian ramai. Apa sahaja yang melebihi 32 darjah Celsius akan menyebabkan tekanan kepada penguin ini," ujarnya lagi.

Masa depan burung tersesat tersebut masih menjadi tanda tanya kerana New Zealand tidak mempunyai zoo yang mempunyai kelengkapan penjagaan penguin emperor untuk jangka masa panjang.

Spesies penguin itu boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 122 sentimeter dan berat 34 kilogram.

DuBois berkata, Seaworld sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diminta berbuat demikian untuk menyelamatkan penguin berkenaan.

Penguin tersebut akan beransur pulih secara berperingkat dan akan dilepaskan semula ke dalam lautan.

Selain daripada itu, perhatian perlu diberikan mengenai jangkitan. Penguin tersebut mungkin dijangkiti penyakit ketika berenang dalam cuaca panas.

Jurucakap Zoo Wellington, Kate Baker, pula memberitahu, burung yang sakit biasanya memerlukan proses pemulihan kira-kira satu atau dua bulan sebelum dilepaskan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Galaxy S II, peranti paling ringan

Posted:

Galaxy S II, peranti paling ringan

Galaxy S II, peranti paling ringan


SKRIN Amoled memberi paparan imej dan jernih.


NIPIS, ringan dan pantas adalah elemen penting yang terdapat model terkini, Samsung Galaxy S II yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Samsung Galaxy S II adalah skrin peranti telefon paling jelas yang terdapat di pasaran.

"Melalui skrin Amoled bersaiz 109.22 milimeter, ia memberi paparan imej yang jelas dan jernih. Ia sesuai dengan penggunaan rakaman kamera gambar dan video lapan megapiksel.

"Skrinnya mampu memaparkan imej sehingga 1080p menjadikan paparan visual nampak hidup serta mempunyai kedalaman.

"Selain paparan yang jelas, Samsung Galaxy S II turut mempunyai daya kuasa dan keupayaan yang lebih laju," ulas Jae Hoon dalam majlis pelancaran gajet itu.

Generasi kedua Galaxy S II itu dilengkapi dengan kelajuan pemproses 1.2 gigahertz (GHz) Dual Core yang paling pantas dalam kategori telefon pintar Android.

Penggunaan platform Android 2.3 Gingerbread turut membolehkan penguna mendapat keupayaan membuka lebih daripada satu aplikasi tanpa sebarang masalah.



Ia juga tidak akan memperlahankan mana-mana aplikasi, jadi anda boleh menonton filem kegemaran sambil melayari Internet.

Galaxy S II bukan sahaja mampu berfungsi sebagai peranti yang hebat bagi golongan pekerja tetapi, mampu menjadi pernyataan gaya bagi golongan remaja.

Saiznya lebih nipis iaitu hanya 8.49 milimeter dan berat seringan 116 gram sahaja.

Di Korea, Samsung Galaxy S II terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa tiga hari pertama jualan dan hampir 1 juta unit dalam masa kurang sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved