Selasa, 14 Jun 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Strategi pemasaran panorama sfera

Posted:

Strategi pemasaran panorama sfera

Strategi pemasaran panorama sfera

Oleh NADZARUL AMIRZAINAL AZAM



HANYA dengan satu klik, pelbagai maklumat dan informasi dari seluruh dunia boleh diperoleh melalui paparan skrin apabila melayari Internet.

Dengan melayari sistem akses rangkaian maya global itu, pengguna tidak perlu lagi membuang masa dan tenaga untuk mendapatkan maklumat ataupun informasi dari sumber yang pelbagai.

Perkara itu dipermudahkan apabila kerana mereka dapat membuat carian maklumat di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai akses siber pantas.

Melalui dunia maya juga, pengguna boleh mencari variasi produk dan perkhidmatan yang diingini meliputi konteks luas seperti hospitaliti, kulinari, pelancongan dan peruncitan komersial.

Maka, tercetuslah cabang tumpuan yang lebih khusus iaitu penngenalan kepada bisnes perhotelan, restoran, pusat beli-belah, pemotoran dan bermacam-macam lagi mengikut keinginan pengguna.

Pengguna pasti akan lebih menghargai sesuatu maklumat itu sekiranya dapat merasai lebih daripada sekadar melihat gambar dan teks di paparan skrin.

Perincian sebenar sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka melalui alam maya dapat difahami dengan lebih menyeluruh sekiranya lebih banyak suntikan elemen pemasaran digunakan iaitu seperti audio, gambar, teks, visual bergerak.

360 darjah


SASEETHARAN (kiri) dan Jimin menyaksikan semula hasil karya panorama realiti maya 360 darjah yang diusahakan syarikat mereka melalui iPad.


Semua itu kini menjadi realiti apabila menggunakan kaedah fotografi realiti maya 360 darjah ditawarkan VR Panorama Studio yang ditubuhkan pada tahun 2009.

Kaedah terbaru itu dapat memberi gambaran sebenar sesuatu produk atau perkhidmatan sekali gus meninggalkan impak kepada pengguna.

Pengarah Pengimejan VR Panorama Studio, Jimin Lai, berkata, fotografi realiti maya 360 darjah boleh dianggap baru di negara ini tetapi ia sudah lama dipraktikkan di luar negara.

"Pada awal pembabitan dalam bidang ini, kami memahirkan diri dengan banyak menggunakan kaedah pembelajaran cuba-ralat untuk mendapat satu cara yang betul dan tepat.

"Selain daripada itu, kami juga banyak melakukan penyelidikan dan kajian mendalam terhadap fotografi realiti maya 360 darjah termasuk membuat rujukan melalui Internet," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Jimin menambah, penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan mengenai peralatan, selok-belok teknik dan aplikasi sesuai diadaptasi dalam menghasilkan karya terbaik kepada pelanggan-pelanggan.

Katanya yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun dalam industri media tempatan dan antarabangsa, kesempurnaan serta kualiti tinggi dalam penghasilan karya ini amat penting demi memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.


RAKAMAN pemandangan alam yang menakjubkan seperti di Hutan Lipur Kanching, Selangor ini adalah contoh pemasaran ideal untuk destinasi pelancongan.


"Kepakaran kami adalah dalam penghasilan panorama sfera (spherical panorama). Kaedah ini dapat memberi peluang kepada pengguna untuk melihat sesuatu produk ataupun perkhidmatan dari sudut 360 darjah.

"Ini bermakna pengguna dapat merasai pengalaman suasana sebenar malah boleh berinteraktif meskipun hanya melayari alam maya," ujarnya.

Dia merasakan kaedah tersebut mempunyai prospek yang tinggi sebagai medium pemasaran alam maya terutamanya dalam industri pelancongan, hartanah, hospital dan banyak lagi.

Rakaman sekeliling

Jimin berkata, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan sesuatu karya panorama sfera realiti maya 360 darjah tersebut.

"Antara proses utama yang perlu dalam penghasilannya termasuklah merakam imej dengan menggunakan peralatan sesuai seperti kamera, tripod dan lensa.

"Dalam hal ini, saya menggunakan lensa dan tripod yang diimport khas dari Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan lagi proses penghasilan sesuatu projek," katanya.

Sebelum menggunakan peralatan import tersebut, Jimin menambah, proses rakaman imej karya panorama sfera realiti maya 360 darjah amat rumit dan mengambil masa yang agak lama.

"Apabila masih baru dalam bidang ini, saya perlu merakam 24 keping imej dari sudut atas, tengah dan bawah malah perlu memastikan setiap imej tersebut selaras antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, penggunaan lensa dan tripod yang diimport tersebut membolehkan saya merakam empat keping gambar sahaja sekali gus memudahkan lagi prosesnya," terang Jimin.

Selepas proses merakam imej selesai, imej-imej tersebut perlu dikemas kini sebelum menjalani proses cantuman.


ATAS: Pemandangan keseluruhan ruang niaga terbuka di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya ini boleh disaksikan melalui gerakan tetikus.


Menerangkan lebih lanjut, Jimin memberitahu, proses cantuman memerlukan penggunaan perisian khas yang dibangunkan dari AS. Ia memerlukan pengguna mengetahui mengenai algoritma, pengiraan dan beberapa langkah lain untuk memastikan produk akhir kelihatan semula jadi.

Kemas kini

Selepas semua proses berkenaan selesai, Pengarah Teknologi VR Panorama Studio, Saseetharan V., akan mengemaskini karya panorama sfera realiti maya 360 darjah menggunakan perisian produksi.

"Kita akan memasukkan butang arah, logo, grafik dan sebagainya ke dalam antara muka karya tersebut semasa proses produksi.

"Ia dilakukan untuk memastikan pengguna bukan sahaja dapat menyelami sesuatu produk atau perkhidmatan dengan lebih mendalam tetapi merasai melalui paparan interaktif," ulasnya.

Saseetharan menambah, keistimewaan panorama sfera realiti maya 360 darjah yang dihasilkan mereka adalah ia boleh digunakan melalui pelbagai platform termasuk Apple Inc.

Katanya, kelebihan tersebut dapat digunakan pelanggan-pelanggan untuk mempromosikan produk ataupun perkhidmatan mereka dengan lebih meluas.

Cabaran


PENELITIAN dan persiapan rapi sentiasa dititik berat dalam penghasilan karya fotografi realiti maya.


Dalam pada itu, Saseetharan memberitahu, kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang berlangsung di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya baru-baru ini merupakan salah satu cabaran hebat yang perlu mereka lalui.

"Kami perlu menghasilkan panorama sfera realiti maya 360 darjah dalam masa yang singkat. Hasil karya lebih sukar apabila membabitkan pergerakan kerana memerlukan penelitian yang tinggi.

"Bagaimanapun, kejohanan tersebut boleh dikatakan melakar sejarah tersendiri kerana ia merupakan siaran langsung realiti maya 360 darjah yang pertama pernah kami buat," katanya.

Sementara itu, Jimin menambah, mereka akan mengembangkan lagi sayap untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka.

Katanya, eksperimentasi melakukan panorama sfera realiti maya 360 darjah video juga giat dilaksanakan untuk memberi kelainan kepada pelanggan-pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk VR Panorama Studio boleh melayari laman web www.360vrshots.com/v2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ratapan sang penyu

Posted:

Ratapan sang penyu

Ratapan sang penyu

Oleh ADLAN JAAFAR


HANYA satu daripada 1,000 anak penyu yang dilepaskan dikatakan dapat hidup dan menjadi dewasa.


PENYU merupakan antara hidupan reptilia tertua di dunia malah, dikatakan sudah pun hidup sejak zaman dinosaur lagi iaitu 215 juta tahun dahulu. Walaupun sudah lama wujud dengan kelangsungan hayat seseekor penyu mampu mencecah sehingga lebih 100 tahun namun, ia tidak menjanjikan kewujudannya pada masa hadapan.

Rantau Abang yang suatu ketika dahulu menyaksikan banyak penyu belimbing mendarat di pantainya untuk bertelur kini sudah berkurangan. Bahkan, ada laporan menyatakan setiap tahun hanya seekor dua sahaja penyu belimbing yang menjadi 'tetamu' di pantai itu.

Selain penyu belimbing dua lagi spesies penyu yang mendarat di Rantau Abang ialah daripada jenis penyu karah dan penyu lipas.

Perbuatan manusia seperti mengganggu haiwan itu bertelur dan tindakan menjadikan telur penyu sebagai makanan dikatakan antara punca penyu belimbing semakin berkurangan.

Baru-baru ini, peluang menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Terbaru Nikon dan Cara Memulihara Penyu di Cherating, Pahang membawa penulis mendekati hidupan marin itu.

Kesempatan tersebut membolehkan wakil media melihat sendiri bagaimana usaha gigih Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Pahang yang terletak 55 kilometer dari bandar Kuantan itu dalam memastikan kelangsungan penyu di muka bumi ini.


DENGAN memastikan lebih banyak telur menetas, ia mampu menjamin kelangsungan penyu di muka bumi.


Ketua penerangannya, Abd. Karim Abd. Sham berkata, fungsi pusat itu adalah untuk memastikan telur penyu yang naik di sepanjang pantai Cherating menetas, selain menjadi pusat penerangan kepada orang ramai.

Jika pelepasan anak penyu banyak, maka peratusan penyu yang hidup dan dewasa akan naik. Ia sekali gus melonjakkan juga jumlah penyu dewasa yang akan mendarat kembali untuk bertelur.

"Pada tahun 2010, kami telah berjaya menetaskan sebanyak 12,000 ekor anak penyu daripada 18,000 biji telur yang didapati daripada pendaratan.

"Sebanyak 189 ekor penyu telah naik untuk bertelur tahun lalu dan hampir 50 peratus adalah penyu yang sama," katanya ketika memberi taklimat kepada semua peserta program bengkel.

Anak-anak penyu yang menetas akan dilepaskan ke laut dan paling lewat masa yang dibenarkan adalah pada pukul 7 malam kerana suasana di pantai waktu itu sudah mulai gelap.

Survival penyu


PUSAT Penerangan dan Santuari Penyu turut memberi maklumat kepada orang ramai mengenai penyu.


"Walaupun mengikut kajian, hanya seekor atau dua daripada 1,000 ekor yang dilepaskan akan hidup tetapi, usaha ini telah terbukti membantu apabila setiap tahun pasti ada penyu mendarat.

Penyu hanya akan naik ke pantai untuk bertelur di tempat ia menetas jadi sebagai tanda pengenalan, pusat penerangan itu telah menanda setiap penyu yang naik di kawasan pantai.

Menurut Abd. Karim lagi, banyak usaha yang telah dilakukan oleh pusat di bawah Jabatan Perikanan negeri Pahang itu kerana selain aktiviti menetas telur penyu, mereka juga cuba memasang Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dengan kerjasama Aquaria KLCC.

Sebanyak 20 set telah dipasang dan ia berjaya membantu pusat tersebut mengesan pola perjalanan haiwan tersebut di serata dunia.

Penyu-penyu dapat dikesan sehingga ke pesisiran laut Vietnam dalam masa tiga hari sahaja, ada juga yang hanya berada sekitar pantai Malaysia.

"Namun, penggunaan alat tersebut melibatkan kos yang tinggi dengan harga RM18,000 sebuah dan ia hanya boleh mengesan kedudukan sahaja.

"Malah, bateri GPS itu hanya mampu bertahan selama 14 bulan," kata Abd. Karim yang sudah bertugas di pusat itu selama lima tahun.

Santuari dihimpit masalah kewangan


PENJUALAN telur penyu turut mengancam survival hidupan marin itu.


Tambahnya, terdapat cadangan yang menyarankan penyu-penyu dilepaskan ketika ia sudah dewasa iaitu di antara umur 18 hingga 20 tahun supaya bilangan yang hidup dapat ditingkat.

"Cadangan tersebut susah untuk dilaksanakan kerana ia juga melibatkan kos yang tinggi kerana seekor anak penyu menelan kos makanan sebanyak RM6 sebulan serta memerlukan kolam yang besar," ujarnya.

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu itu turut berdepan masalah perbelanjaan dalam pengurusannya kerana tidak lagi menerima peruntukan bermula tahun ini.

"Kini, kami beroperasi dengan hasil sumbangan orang ramai dan jualan cenderamata dan dengan wang yang ada mungkin kami dapat bertahan sehingga bulan Jun ini sahaja.

Tambah Abd. Karim, jika keadaan ini berterusan, kemungkinan nasib yang bakal berlaku pada pusat tersebut kabur.

"Disebabkan tiada peruntukan,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inovasi Dwi Skrin

Posted:

Inovasi Dwi Skrin

Inovasi Dwi Skrin

Kamera kompak digital yang mempunyai teknologi paparan dwiskrin memudahkan pengguna merakam imej pegun agar kelihatan lebih jelas dan kemas apabila tiada orang dapat membantu mereka.


SKRIN di bahagian depan kamera menambahkan nilai dan keunikan ST700.


SAAT melancong kita sudah pasti akan menempuhi pelbagai destinasi menarik yang ingin dirakam untuk menjadi karya album foto kenangan.

Bangunan lama, pemandangan menghijau dan pantai memutih merupakan antara plot cerita menarik yang bakal ditempuhi apabila mengunjungi ke destinasi-destinasi pelancongan ini.

Agak malang, apabila detik indah yang dilalui itu tidak dapat dirakam hanya kerana tiada orang membantu memetik butang kamera kompak digital kita.

Bagaimanapun, inovasi terbaru kamera kompak digital yang dikeluarkan Samsung Malaysia Electronics dapat membantu merungkai segala kekalutan apabila ingin merakam imej sendiri.

Model kamera kompak digital ST700 yang didatangkan bersama teknologi dwiskrin dan ciri-ciri terkini mampu memberi kelegaan kepada penggemar fotografi yang suka merakam imej mereka sendiri.

Dilengkapi skrin LCD 4.6 sentimeter (sm) di bahagian hadapan, pengguna mempunyai kebebasan untuk merakam imej pegun mereka di mana-mana sahaja dengan mudah tanpa memerlukan bantuan orang lain.


SAMSUNG mencipta ST700 hasil daripada permintaan generasi baru yang gemar mengambil imej potret.


Ciri itu dapat memastikan setiap petikan imej dirakam kelihatan lebih jelas tanpa terkeluar daripada bingkai fokus yang boleh merosakkan karya pengguna.

Bahagian belakang pula, terdapat paparan skrin sentuh 7.6 sm yang dapat memberikan paparan imej jelas, menarik dan menakjubkan. Ia turut mempunyai ciri menarik Smart Access UI bagi memudahkan lagi pengguna mengendalikan kamera kompak berkenaan.

Bagi yang gemar merakam telatah si comel, mod kanak-kanak dapat membantu ibu bapa dalam merakam imej anak mereka.

Skrin hadapan kamera kompak itu akan bertindak menghiburkan anak comel dengan paparan animasi untuk menarik perhatian apabila merakam imej mereka.

Dalam pada itu, ciri mod bingkai magis membenarkan pengguna memilih pelbagai bingkai menarik untuk melahirkan mood dan personaliti.

Antara templat yang boleh didapati termasuk Wall Art, Old Film, Ripple, Full Moon, Old Record, Magazine, Holiday, Classic TV dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kamera kompak digital Samsung ST700 yang dijual pada harga RM1,149 boleh melayari laman web www.samsung.com atau www.facebook.com/SamsungUnivez.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved