Selasa, 3 Jun 2014

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sampel mungkin tercemar

Posted:

Sampel mungkin tercemar

Sampel mungkin tercemar

COKLAT Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang sebelum didakwa mengandungi DNA babi sehingga ia ditarik dari pasaran pada 24 Mei lalu.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis oleh pihaknya di makmal sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine) itu memang ada kerana sampel tersebut diambil di pasaran dan bukannya dari kilang.

"Keputusan itu masih positif tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan dan kami tidak meragui ujian makmal itu. Bagaimanapun, sampel itu tidak diambil dari kilang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Generasi muda bakal menyewa sampai mati

Posted:

Generasi muda bakal menyewa sampai mati

Generasi muda bakal menyewa sampai mati

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


ORANG ramai melihat model pangsapuri pada satu pameran hartanah di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.

"Kenaikan suku pertama tahun ini tidak begitu drastik seperti tahun lalu tetapi hakikatnya kenaikan harga masih berlaku. Nampak gayanya, sampai mati golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

"Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perlu peruntukan lebih besar

Posted:

Perlu peruntukan lebih besar

Perlu peruntukan lebih besar

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


MOHD. SHAFIE (dua dari kiri) menunjukkan kemahiran mencetak baju ketika melawat Kedai Percetakan Kolonek Berhad di Jempol, Negeri Sembilan semalam.


JEMPOL – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengharapkan peruntukan yang lebih besar dalam Bajet 2015 berbanding sebanyak RM4.1 bilion yang diterima pada Bajet 2014.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini bagi membolehkan kementeriannya melaksanakan pelbagai program yang mampu meningkatkan keupayaan masyarakat di kawasan kampung.

Menurut beliau, di samping memberi tumpuan kepada pembinaan prasarana, peruntukan itu akan digunakan untuk membangunkan modal insan yang mampu melonjakkan keupayaan penduduk desa ke tahap lebih tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

Posted:

Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

HANIYEH (tengah) mengangkat kedua-dua tangannya di pejabatnya di Bandar Gaza semalam. - REUTERS


RAMALLAH, Tebing Barat - Presiden Mahmoud Abbas mengangkat sumpah semalam sebagai ketua kerajaan penyatuan Palestin semalam sekali gus menamatkan perpecahan dengan pentadbiran Hamas di Genting Gaza.

Beliau mengangkat sumpah dalam satu upacara ringkas di ibu pejabatnya di sini.

Sebelum mengangkat sumpah itu, berlaku tawar-menawar berhubung 17 anggota Kabinet baharu Palestin yang dipilih dalam kalangan ahli teknokrat.

Walaupun anggota Kabinet baharu itu tidak memiliki hubungan dengan Hamas, sama ada mereka akan diterima oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah adalah samar.

Namun, Abbas optimis kerajaan baharu itu dapat menamatkan perpecahan politik dan wilayah yang berlaku apabila kumpulan Hamas menguasai Genting Gaza pada 2007.

Perkembangan tersebut menyebabkan Abbas hanya dapat memerintah wilayah Tebing Barat yang ditawan Israel.

Selama tujuh tahun, Abbas dan Hamas mentadbir dua kerajaan berasingan dalam wilayah masing-masing.

"Lembaran hitam dalam sejarah kita ditutup untuk selamanya dan tidak akan kembali semula," kata Abbas sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Palestin.

Abbas turut memberi bayangan bahawa beliau tidak lama lagi akan melawat Gaza untuk kali pertama sejak tahun 2007.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan, Palestin kini membuka era baharu berteraskan penyatuan dan perkongsian dalam membuat keputusan dan bekerja.

Beliau akan berundur ekoran penyatuan itu.

Kabinet yang baru dibentuk tersebut berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Antara krisis yang perlu diselesaikan segera termasuk isu penyatuan pasukan keselamatan di Tebing Barat dan Gaza yang dahulunya berseteru.

Abbas juga tidak memberi jaminan bahawa AS dan Eropah akan terus menyalurkan bantuan tahunan bernilai jutaan dolar yang diperlukan untuk membiayai kerajaan baharu tersebut.

Ia berikutan Barat sebelum ini menganggap Hamas sebagai sebuah kumpulan pengganas manakala sokongan kumpulan itu kepada kerajaan baharu Palestin mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara penderma.

Dalam pada itu, kos untuk membiayai kerajaan baharu itu akan menjadi lebih mahal kerana Abbas terpaksa menggabungkan kakitangan daripada dua pentadbiran berasingan.

Hamas menggaji lebih 40,000 pekerja sejak tahun 2007 manakala Abbas pula memiliki seramai 150,000 kakitangan awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel mengumumkan ia akan memboikot kerajaan baharu itu kerana ia disokong oleh Hamas.

Kumpulan itu sebelum ini membunuh beratus-ratus warga Israel dalam sejumlah serangan bertahun-tahun lalu.

Regim Zionis mengumumkan langkah untuk menghukum pembentukan kerajaan penyatuan Palestin tersebut tetapi tidak mendedahkan secara terperinci tindakan yang akan dilakukannya. - AGENSI

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu

Posted:

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu


SEORANG model memegang gajet hibrid Transformer Book V pada pameran Computex di Taipei, Taiwan semalam. - REUTERS


TAIPEI - Firma utama Taiwan, Asus memperkenalkan gajet hibrid dipercayai yang pertama di dunia menggabungkan sebuah komputer riba, tablet dan telefon bimbit semalam

Pelancaran itu dibuat sehari sebelum pameran teknologi terbesar di Asia, Computex membuka tirainya di ibu kota Taiwan di sini.

Ketua Asus, Jonney Shih memperkenalkan gajet tersebut, Transformer Book V di hadapan ratusan peneraju industri, pakar dan petugas media dari seluruh dunia.

"Dalam setiap mod, kami menawarkan pengalaman tanpa kompromi, tanpa mengira sama ada gajet ini digunakan untuk tujuan komunikasi, pengeluaran atau hiburan," kata Shih.

Transformer Book V memiliki lima mod merangkumi sebuah komputer riba dan tablet boleh cabut yang menggunakan kedua-dua perisian Android dan Windows serta berfungsi sebagai telefon pintar Android.

Telefon berukuran 12.7 senti- meter itu berada di dalam tablet tersebut dan menjanjikan kepantasan melebihi empat kali ganda daripada sistem komuni- kasi 3G.

Terdapat satu butang pada gajet itu untuk menukar sistem operasi daripada Android kepada Windows bagi kegunaan komputer riba.

Asus yang dahulunya dikenali sebagai pengilang papan litar kini merupakan pengeluar komputer riba terbesar di dunia.

Namun, harga gajet hibrid itu tidak didedahkan kepada media. - AFP

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia

Posted:

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia


BEBERAPA ekor biri-biri memakai jersi skuad bola sepak Brazil di Nobsa, Colombia kelmarin.- REUTERS


NOBSA, Colombia – Sejumlah biri-biri dipakaikan jersi beberapa pasukan yang akan menyertai Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia di Brazil di sini kelmarin.

Biri-biri dipakaikan jersi skuad Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Haiwan-haiwan tersebut dipakaikan jersi dan seluar pasukan-pasukan tersebut.

Biri-biri itu memakai pakaian itu sempena satu pameran yang diadakan sebelum Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia bermula di Brazil pada 12 Jun hingga 13 Julai depan. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mustaqim intai peluang

Posted:

Mustaqim intai peluang

Mustaqim intai peluang

SEKALI pandang, wajahnya seiras pelakon dan model, Azrel Ismail, mungkin kerana senyumannya. Namun, apa yang membezakan Azrel dan Mustaqim adalah ketinggian mereka.

Kata Mustaqim atau nama sebenarnya, Mustaqim Bahadon, 29, wajah Azrel kalau sekali lihat nampak serupa dengannya tetapi pelakon drama rantaian Jodoh 2 itu enggan disamakan dengan sesiapa.

"Azrel sahabat saya dan kami menyokong karier masing-masing. Lebih manis kerana kami dilahirkan daripada program pencarian bakat majalah sama.

"Kami bersaing secara sihat, biar saya lambat menyerlah berbanding dia tapi mungkin sampai masanya nanti kami akan berdiri sebaris semula.

"Secara fizikalnya, Azrel lebih kelihatan seperti jejaka kacukan Latin tapi wajah saya pula keMelayuan. Begitu juga ketinggian saya yang sedikit berbeza berbanding dia," kata anak kelahiran Kangar, Perlis itu.

Lambat mula

Mendukung peranan seorang lelaki metroseksual, Raja Gufran dalam Jodoh 2, Mustaqim antara lainnya pernah membintangi drama Kalau Itu Jodoh Kita, Kasyaf, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Lara Hati, Menantu Tiga Rasa, selain filem KL Gangster 2.

"Ini kali pertama saya melakonkan watak lelaki metroseksual yang terlalu cenderung menjaga penampilannya.

"Selain perlu sentiasa memakai lip gloss dan merapikan rambut, saya juga harus mengawal tutur kata saya supaya lebih berlapik apabila bercakap," katanya mengenai watak lakonannya dalam Jodoh 2.

Memulakan karier lakonannya selepas tamat program pencarian bakat sebuah majalah terkenal sekitar tahun 2009, kata Mustaqim, belum terlambat untuk dia mengintai peluang lebih cerah walaupun usianya hampir mencecah angka 30 tahun.

MUSTAQIM BAHADOM mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang gadis kelahiran Indonesia.


"Memang saya bermula sedikit lambat kerana sebelum ini fokus saya tertumpu kepada keluarga saya. Saya ada strategi sendiri dalam dunia seni tapi saya tidak harus putus asa untuk terus mencuba.

"Mulanya saya susah mungkin kesudahannya akan manis," ujar lulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah itu.

Hantar tong gas

Mustaqim menyasarkan matlamat sendiri untuk berjaya dalam bidang perniagaan produk kesihatan yang sedang diusahakan secara persendirian, namun dia enggan membataskan diri untuk menceburi semua bidang di depan mata.

"Bukan bermakna saya tamak sampaikan mahu kejar semua benda tapi memandangkan langkah sulung saya bermula agak lewat, saya perlukan alternatif lain.

"Secara kecil-kecilan, saya memang meminati bidang perniagaan kerana seawal usia remaja lagi saya diajar untuk berdikari.

"Malah, demi mencari duit lebih ketika saya berusia 19 tahun, saya pernah bekerja sebagai penghantar tong gas dan membaiki telefon bimbit serentak setiap hari di Alor Setar, Kedah.

"Saya juga bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran ikan bakar dan menjual kain, bantal dan selipar di pasar malam sampai terlupa untuk menyambung pelajaran," katanya.

Lebih menyedihkan apabila bapanya, Bahadon Hamzah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika Mustaqim sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.

FIGURA sasa ini mendedahkan ada produser lelaki mahu memanipulasi dirinya secara seksual.


Ajak ke ranjang

Berbahagi karier antara lakonan dan peragaan, kata Mustaqim, kedua-dua tuntutan itu tidak mengganggu susun atur jadualnya sehari- hari, sementelah dia kini diuruskan oleh pengurus peribadinya, Aina Liza sejak Disember tahun lalu.

"Tahun ini memasuki tahun keempat saya menjadi duta gedung kain Jakel Untuk mengimbangi karier berlakon dan peragaan rasanya tidak sukar kerana waktu saya fleksibel.

"Sepak terajang dunia peragaan tak sama dengan lakonan. Sesungguhnya dengan ketinggian saya yang cuma 184 sentimeter saya tidak mampu pergi jauh.

"Persaingan antara model lelaki yang jauh lebih tinggi terutama dengan model berwajah kacukan yang bukan calang-calang," katanya yang usai penggambaran iklan komersial Tia Amelia dan terbaharu Nescafe Ipoh White Coffee.

Begitu juga dunia lakonan. Pernah ada tawaran nakal daripada produser kepadanya andai mahu melakonkan peranan besar dalam sesebuah drama.

"Ajakan tidur bersama pernah saya terima tapi saya tolak dengan baik. Lebih mengejutkan kerana ada antaranya adalah produser lelaki.

"Andai itu caranya, lebih baik saya berlakon watak picisan saja. Saya kisah kalau lambat naik kalau perlu saya menggadaikan maruah saya untuk naik cepat," tegasnya yang memulakan langkah seiring pelakon sensasi, Shahz Jaszle suatu ketika dulu.

Cinta dua negara

Anak kelima daripada enam beradik itu mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibunya dan akui Mustaqim, dia kini masih belum mempunyai teman wanita yang serius.

"Pernah beberapa kali gagal bercinta sebelum ini tapi bukan itu sebabnya untuk saya tiada teman istimewa. Sekarang saya sedang berkawan rapat dengan seorang gadis dari negara jiran, Indonesia.

"Senang cerita saya sifatkan hubungan ini adalah cinta jarak jauh yang sudah terjalin sejak empat tahun lalu dan kami selesa bersama.

"Dia menyenangkan saya dan tempat untuk saya mengadu kalau ada masalah, insya-Allah, kalau ada jodoh siapa tidak mahu berkahwin?

"Cuma, buat masa sekarang fokus saya adalah bekerja dan mengukuhkan kewangan sebelum memikirkan hal rumah tangga," jelasnya.

Preity pertahankan Alia

Posted:

Preity pertahankan Alia

Preity pertahankan Alia

PREITY ZINTA


BARU-BARU ini, pelakon Alia Bhatt menjadi bahan jenaka oleh peminat setelah menjawab Prithviraj Chauhan sebagai Presiden India apabila ditanya oleh Karan Johar menerusi rancangan bual bicaranya, Koffee With Karan.

Presiden bagi negara India sekarang ialah Pranab Mukherjee yang dilantik untuk menerajui negara tersebut pada 22 Julai 2012.

Walhal, Prithviraj Chauhan merupakan seorang raja Dinasti Gurjar Chauhan yang memerintah kerajaan Ajmer dan Delhi sekitar penghujung abad ke-12 lampau.

Walaupun ahli keluarganya tidak menjadikan ia sebagai satu isu yang besar, namun aktres terkemuka, Preity Zinta naik berang ekoran Alia, 21, secara berterusan diserang kerana jawapannya itu.

"Alia melakonkan watak saya ketika kecil dalam filem Sanghursh. Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun dan sangat comel.

"Kini, setelah dia semakin dewasa dan berjaya, ramai pula yang mempermain serta mentertawakannya. Mengapa mereka tidak pernah jemu mengutuk Alia?

"Dia dikutuk kerana merupakan seorang gadis yang cantik dan berjaya. Jika dia hanya seorang individu biasa, pasti perkara ini tidak akan timbul," katanya dengan nada berang.

Tambah Preity, kejayaan Alia adalah berdasarkan hasil usahanya sendiri.

"Dia tidak mencederakan sesiapa pun. Dia bekerja keras untuk berjaya dan apa yang diraihnya adalah berdasarkan hasil titik peluhnya sendiri.

"Adakah dia mencuri daripada ayah kamu? Tidak bukan? Jadi, orang ramai harus berhenti daripada terus mengutuk Alia," katanya lagi.

RM20,000 dilarikan pembantu rumah: Fasha tak serik!

Posted:

RM20,000 dilarikan pembantu rumah: Fasha tak serik!

RM20,000 dilarikan pembantu rumah: Fasha tak serik!


FASHA dan suaminya, Jejai akan terus menggunakan khidmat pembantu rumah, namun mereka akan lebih berhati-hati selepas ini.


BERITA dua pembantu rumah aktres popular, Fasha Sandha dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya, Selangor pada 30 Mei lalu mengejutkan banyak pihak.

Mengikut pertuduhan, dua pembantu rumah warga Indonesia, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, didakwa mencuri mata wang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, yang merupakan suami Fasha di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka merayu supaya hukuman diringankan kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung.

Fasha yang dihubungi Kosmo! menjelaskan, dia dan suaminya, Rizal atau Jejai telah kerugian sebanyak RM20,000, namun ketika tangkapan selepas tujuh jam mereka melarikan diri dari rumah dilakukan, polis hanya menemui RM200 serta tiga telefon bimbit pada pembantu rumah tersebut.

Meskipun begitu, pelakon yang sedang sarat hamil anak kedua itu tidak serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah lagi selepas ini. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha.

Kosmo!: Bagaimana Fasha boleh menyedari kejadian kecurian ini?

FASHA: Kejadian berlaku pada 12 Mac pukul 9.45 malam. Ketika itu saya dan suami bersama anak berada di Perlis. Jiran memberitahu suami, rumah kami ditinggalkan tidak berkunci dan dua pembantu rumah tiada di rumah. Polis hanya jumpa RM200 dan tiga telefon bimbit bersama mereka ketika tangkapan dibuat. Sebenarnya anggaran kerugian berjumlah RM20,000 kerana mereka turut mengambil wang Rupiah dan barang kemas.

Adakah barangan tersebut telah berjaya ditemui semula?

Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi di Kajang. Saya yakin pembantu rumah telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain.

Apa pun, saya kagum dengan kecekapan polis yang berjaya menahan mereka selepas tujuh jam melarikan diri.

Berapa lamakah pembantu rumah ini bekerja dengan anda?

Seorang telah bekerja selama setahun dan seorang lagi baru sebulan. Setelah mereka melarikan diri, saya diberitahu oleh jiran, mereka telah bercinta dengan buruh lelaki Indonesia tidak jauh dari rumah saya. Mereka sering keluar untuk berjumpa lelaki tersebut.

Adakah kejadian ini pertama kali berlaku?

Ya, ini pertama kali pembantu rumah melarikan diri dari rumah saya.

Selepas kejadian ini adakah anda serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah?

Tidak serik. Saya yakin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Saya bersyukur ketika kejadian, anak saya, Putra Rayfal ada bersama saya.

Kenapakah anda merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan media sebelum ini?

Perkara ini berlaku pada bulan Mac tetapi saya tidak pernah berkongsi dan bercerita mengenainya kepada pihak media kerana semuanya masih dalam siasatan pihak polis. Berita ini tersebar di internet kerana ada beberapa pemberita di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.

Apakah nasihat anda kepada orang di luar sana yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah?

Saya kurang pandai menasihati tetapi apa yang boleh saya kongsikan sentiasa berhati-hati dengan pembantu rumah.

Jangan percayakan mereka walaupun telah bekerja lama dengan kita. Adakalanya pembantu rumah menjadi lalai, leka serta lupa diri apabila mereka mula bercinta.

Boleh kongsikan apakah perkembangan terbaharu anda?

Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan Pesona Pictures berjudul Selamat Pengantin Madu sebanyak 13 episod untuk TV3. Saya memegang watak wanita hamil bernama Hanna. - HARYATI KARIM

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 2 Jun 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Wajah Kepayang selepas dua dekad

Posted:

Wajah Kepayang selepas dua dekad

Wajah Kepayang selepas dua dekad

BERHANTU. Itulah antara persepsi awal atau ayat pertama yang terhambur sebaik melihat sederet bangunan lama terbiar menjadi padang kulat sedangkan kenderaan bertali arus di hadapannya dengan jarak kurang tiga meter.

Bagaimanapun, di sebalik pemandangan menakutkan dengan daun liar menjalar di pipi bangunan, terdapat dua buah kedai yang masih menawarkan perkhidmatannya di pekan lama Kampung Kepayang, Ipoh, Perak.

Kedai itu masing-masing menawarkan perkhidmatan membuat batu nisan dan menggunting rambut. Namun, kedai gunting rambut itu lebih awal membuka pintu rezekinya. Seorang pemuda bernama Mooventhan Rathinava, 28, menjalankan rutin hariannya dengan mengelap cermin kedai.

Dihimpit bangunan yang menunggu masa hendak runtuh di kiri dan kanan, terdetik di fikiran penulis, bagaimanakah kedai itu mampu bertahan dan siapakah yang ingin menggunting rambut di tempat sedemikian?

Sekitar pukul 10.30 pagi, dua lelaki memberhentikan motosikal mereka di hadapan kedai tersebut. Mooventhan menyambut mesra kedatangan mereka dan salah seorang diajak untuk duduk di kerusi gunting rambut.

Tanpa perlu memberitahu jenis potongan yang diingini, pemuda India itu terus mengambil penyembur air dan membasahkan rambut Muhd. Syamil Mohd. Noor Azman, 18.

Sisi kepala remaja itu dinipiskan dan bahagian atas rambutnya dikemaskan. Selepas siap memotong sekitar 15 minit, dia kemudian menyapukan krim mencukur di dagu dan pipi. Dengan teliti pisau cukur dileretkan membuang buih dan jambang yang tumbuh merata. Siap melayan Muhd. Syamil, kini giliran abangnya, Muhd. Faris, 20, mengambil tempat duduk.

"Saya menjadi pelanggan di kedai ini sejak darjah satu dan kawasan ini merupakan tempat persinggahan saya sebelum pulang ke rumah di Taman Seri Raia. Dahulu, saya bersekolah di belakang bangunan ini, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya dan ketika itu terdapat beberapa buah kedai lain seperti kedai runcit yang menjual keropok dan alat permainan kanak-kanak.

"Ayah yang merupakan pelanggan tetap di kedai ini sering membawa saya menggunting rambut di sini," jelasnya yang sedang menunggu panggilan Program Latihan Khidmat Negara.

Tambahnya, tukang gunting rambut di kedai itu juga memahami gaya-gaya rambut yang dibenarkan oleh guru di sekolahnya.

Menurut pemiliknya, R. Gnasergaran, 63, kedainya tidak pernah putus pelanggan sejak dibuka iaitu pada era tahun 1950-an. Kini Mooventhan menjadi pembantunya untuk meneruskan perniagaan tersebut. Kedai itu dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.


DERETAN kedai di pekan lama Kampung Kepayang telah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan.


Suram

Ujarnya, walaupun kawasan di situ suram dengan warna cat bangunan yang melepuh dan turut dikenali sebagai pekan hantu, kedainya masih mendapat sambutan dengan jumlah pendapatan sekitar RM100 sehari.

Meninjau keadaan sekeliling pekan, Gnasergaran berkata, kawasan tersebut dahulunya merupakan salah sebuah pekan yang sibuk dengan aktiviti perniagaan.

Ia telah dibangunkan sebelum merdeka berikutan lokasinya yang terletak di jalan utama dan menjadi penghubung laluan bagi perjalanan dari utara ke selatan di sepanjang pantai barat Semenanjung.

Keadaan aliran lalu lintas yang kurang sesak pada ketika itu menyebabkan pekan tersebut menjadi lokasi persinggahan utama pengguna jalan raya selain memudahkan urusan seharian penduduk sekitar.

Bagaimanapun, wajah pekan itu berubah selepas pembangunan giat dijalankan sekitar tahun 1990-an. Seorang demi seorang pemilik kedai mula berhijrah ke bandar untuk mencari peluang perniagaan yang lebih baik.

Tetapi, kedai tersebut tidak disewakan kepada sesiapa kerana khabar angin yang mengatakan pihak bertanggungjawab ingin menjadikan kawasan tersebut lebuh raya dengan memberi pampasan.

Namun, apa yang berlaku ialah deretan kedai tersebut terbiar 'berulat' selama bertahun-tahun. Khabar angin mengatakan tinggalan kedai tersebut menjadi kegiatan pengamal ilmu hitam dan cerita hantu mula menular.

Menjelang raya

"Dahulu sederet dengan kedai ini ada kedai lain. Sebuah kedai motor, dua kedai dobi, empat kedai kopi dan kedai runcit. Di sini juga mempunyai sebuah pam minyak Shell yang dimiliki oleh lelaki bernama Nik Boya.


ANTARA peralatan yang digunakan di kedai gunting rambut ini.


"Selepas pembangunan mula dijalankan di bandar, peniaga mula berhijrah ke bandar dan kedai mereka terbiar kerana kehidupan di ibu kota lebih selesa," jelasnya yang meneruskan perniagaan ayahnya.

Melangkah ke tahun 2000, hanya tiga buah kedai yang masih bertahan. Bagaimanapun, keadaan bak 'hidup segan mati tak mahu" itu diburukkan lagi dengan kegiatan samun yang membuatkan peniaga berasa takut.

Gnasergaran berkata, kedai runcit yang menjual rokok sering menjadi sasaran, malah pintu rumahnya berhadapan kedai pernah diumpil.

Mengulas tentang survival kedai tersebut, anak kelahiran Kedah itu berkata, dia akan meminta anak-anaknya meneruskan perniagaan berkenaan, walaupun mengetahui masing-masing telah mempunyai pekerjaan tetap.

Ujarnya, hasil kedai tersebut boleh dijadikan 'duit poket' mereka tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak. Jika terpaksa, dia akan mencadangkan supaya mengupah orang lain menguruskan kedai tersebut.

"Tetapi untuk memastikan perniagaan ini terus mendapat sambutan, mereka mestilah ikhlas melayan setiap pelanggan," katanya sambil menambah dia pernah menerima pelanggan sehingga tengah malam apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kini, bagi membekalkan keperluan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan berhampiran, pihak berkuasa telah membangunkan rumah kedai baharu di kawasan bandar raya Ipoh, kira-kira lima kilometer dari pekan lama tersebut. Dalam pada itu, wajah pekan ini di kala senja pasti menakutkan mereka yang lemah semangat. Isi perut bangunan terburai dengan bangkai barang-barang lama dan akar daun yang membelit dinding membangkitkan suasana yang menyeramkan.

Bagaimanapun, tatkala matahari berdiri tegak di atas kepala, pekan terbiar itu melahirkan pemandangan sebaliknya dan disifatkan memiliki nilai artistik oleh pengunjung yang bertandang.

Mooventhan memberitahu, ramai pasangan raja sehari singgah di situ semata-mata ingin merakam gambar kenangan di bangunan lapuk.

"Bangunan-bangunan lama yang dianggap menyeramkam pada waktu malam ini bertukar menjadi indah pada siang hari dan dijadikan latar belakang penuh nostalgia dalam potret perkahwinan mereka.

"Apabila ditanya, rata-rata memberitahu wajah pekan lama ini sangat menarik seakan-akan membawa mereka ke suatu tempat yang lain, jauh dari bandar raya," jelasnya sambil menunjukkan gerbang berkulat yang sering menjadi sandaran pasangan bahagia.

Tambahnya, selain pengantin baharu, terdapat juga pengguna jalan raya dari kawasan sekitar dan pelancong dari luar negara yang turut berhenti semata-mata ingin membawa balik kenangan di pekan Kampung Kepayang.

Bertanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang mengatakan pekan tersebut terbiar kerana pernah menjadi tempat penapakan pengamal ilmu hitam, Mooventhan hanya menggelengkan kepalanya.

Ujarnya, selain mengambil upah bulanan di kedai gunting itu, dia juga menetap di bahagian atas kedai selama empat tahun.

"Sepanjang saya tinggal di sini, saya tidak pernah mengalami pengalaman menakutkan seperti ternampak atau diganggu benda-benda halus," jelasnya sambil ketawa sinis.

Ubah pangsapuri kepada restoran

Posted:

Ubah pangsapuri kepada restoran

Ubah pangsapuri kepada restoran


COOKAPP membolehkan individu bertemu rakan baharu dan menikmati hidangan enak disediakan di kediaman cef-cef yang mengambil bahagian.


SETIAP malam Ahad, Giuseppe Marrone akan mengajar sekumpulan orang yang tidak dikenali cara membuat gnocchi yang sempurna sambil menghirup koktel di sebuah pangsapuri di New York.

Bekas pengurus restoran The Ritz yang berusia 29 tahun itu telah membuka restoran di rumahnya khusus untuk pencinta makanan yang mengimpikan pengalaman majlis makan malam di New York.

Matlamat utama Marrone bersama rakannya, Chiara Mortaroli, 28, ialah untuk membuka sebuah restoran dan memperkenalkan keenakan hidangan makanan Itali kepada umum.

Di sebuah bandar raya yang kaya dengan restoran hebat dan hanya segelintir individu yang mampu memiliki pangsapuri besar, makan di rumah adalah suatu yang luar biasa sehingga ada pihak yang sanggup mengeluarkan wang untuk dijemput menikmatinya.

Kawan baharu

Trend ini diperkenalkan menerusi laman CookApp yang bermula di Argentina dan berkembang ke New York sejak tiga bulan lalu, membenarkan cef-cef restoran mengubah kediaman mereka kepada sebuah restoran.


PELANGGAN boleh membuat pilihan menu mengikut cita rasa mereka melalui laman CookApp.


Mortaroli yang bekerja di sebuah galeri seni di kejiranan Chelsea telah menemui CookApp di laman sosial Facebook. Dia merasakan aplikasi tersebut merupakan satu cara yang baik untuk menggabungkan minatnya dalam bidang masakan dan bertemu orang baharu.

"Ini adalah majlis makan malam kali kedua yang kami anjurkan. Saya pernah menyertai acara serupa sebagai tetamu sebanyak dua kali sebelum ini.

"Pada mulanya, kami hanya membuat majlis makan malam bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan yang besar dengan masing-masing membuat sumbangan wang.

"Lama-kelamaan, mereka membuat permintaan untuk membawa rakan mereka bersama," kata Mortaroli sambil sibuk menyiapkan hidangan tart lemon.

Menurut Marrone, beliau gemar bertemu rakan baharu, terutamanya yang mempunyai budaya berbeza, dan menggesa Mortaroli memulakan usaha tersebut bersama.

Personaliti yang mesra dan bersahaja kedua-dua rakan itu menarik hati lapan orang tetamu yang turut diajak menyediakan hidangan gnocci bersama mereka.

Sekiranya tiada internet, minat dalam hidangan Itali dan bertemu rakan baharu, kumpulan tetamu yang terdiri daripada golongan profesional muda itu pasti tidak akan bertemu.

Berhimpun mengelilingi sebuah meja di ruang tamu, setiap tetamu diberi resipi hidangan gnocci dan tart lemon dalam bentuk gulungan kertas diikat reben.


MARRONE (kiri) mengajar cara-cara membuat gnocchi kepada individu yang tidak dikenali di rumahnya.


Suasana intim

Majlis makan malam bermula dengan hidangan salad makanan laut, bruschetta dan pastri ikan salmon sebelum sajian gnocchi and ragu.

"Saya sangat sukakannya. Saya menganggap acara ini sesuatu yang sangat menyeronokkan," ujar Lauren Ruotolo, seorang eksekutif di sebuah syarikat penyiaran.

Menetap di Gramercy Park, dia tertunggu-tunggu peluang untuk melakukan suatu kelainan di New York, di samping mempelajari kuisin Itali.

Dalam pada itu, Jeni Kreiger, 34, seorang pemandu pelancong yang mempunyai pengalaman makan malam di beberapa restoran terbaik di New York memaklumkan bahawa dia lebih gemarkan suasana intim yang disediakan di apartmen tersebut.

Beliau mengakui sudah pandai membuat gnocchi di rumah dan kemahiran itu tidak boleh dimiliki jika datang makan malam di restoran.

Sementara itu, menurut pengasas bersama CookApp, Pedro Rivas, laman tersebut diperkenalkan di New York pada Februari lalu susulan kejayaan di Buenos Aires, Argentina.

Sehingga kini 57 acara makan malam telah dianjurkan di New York.

"Bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak lapan juta orang ini merupakan pasaran yang menarik dengan kekayaan budaya dan warisan kulinari serta obses penduduknya terhadap perkara-perkara baharu," katanya.

Rival menambah, kebanyakan pelanggan Cookapp terdiri daripada golongan wanita yang berumur antara 25 hingga 45 tahun. Ini mungkin disebabkan wanita lebih dekat dengan budaya makanan.

Kebanyakan daripada mereka menyertai CookApp melalui Facebook. Cef-cef yang berminat perlu mendapatkan kebenaran CookApp sebelum menganjurkan majlis makan malam pertama mereka.

"Tiga faktor pemilihan ialah tahap kebersihan dan keselamatan lokasi, kemahiran memasak dan sikap mesra cef tersebut," ujar beliau. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak

Posted:

Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak

Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak


TEE KIAT (dua dari kiri) dengan rombongannya bergambar bersama Satem (empat dari kanan) dan Mohamad Morshidi (tiga dari kanan) selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini.


KUNJUNGAN HORMAT. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menerima kunjungan hormat Pengasas merangkap Penasihat Eksekutif Yayasan Bakti Nusa Malaysia, Datuk Seri Ong Tee Kiat bersama rombongan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching baru-baru ini.

Tee Kiat yang juga bekas Presiden MCA berkata, selain bertemu untuk mengucapkan tahniah kepada Adenan yang diangkat sebagai Ketua Menteri baharu pada Mac lalu, beliau juga ingin mendapat restunya bagi Yayasan Bakti Nusa membuka sebuah klinik bergerak di Sarawak.

"Klinik bergerak tersebut sudah mula beroperasi di Sarawak dan ia diaplikasikan menerusi kaedah perubatan tradisional Cina.

"Ia diuruskan oleh anak negeri Sarawak dan kami hanya membantu serta memantau," katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan ahli rombongan dari Yayasan Bakti Nusa Malaysia iaitu Lim Chew Meng, Hong Chee Meng dan Kho Swee Aik.

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan

Posted:

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan


SERAMAI 123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor diraikan dalam sambutan Hari Guru di sekolah itu baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Seramai 123 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor diraikan dalam sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Ketua Pengawas SMK Tengku Ampuan Rahimah, Benjemin Soe Zxepin berkata, sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut tahun ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar tanpa pembabitan guru.

"Acara sambutan Hari Guru sekolah ini dimulakan dengan sarapan, perarakan guru-guru bersama iringan bunga manggar dan beberapa acara lain seperti sukaneka serta penyampaian anugerah khas guru.

"Kesemua 1,959 pelajar sekolah ini masing-masing menyumbang RM2 untuk menjayakan program ini bagi menghargai jasa serta pengorbanan guru selama ini," katanya.

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem

Posted:

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem


PARA pegawai kehormat majlis badan-badan beruniform UniSZA, Terengganu bergambar kenangan semasa Kem Waja Diri di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.


JALINAN ERAT. Seramai 25 pegawai kehormat majlis badan-badan beruniform Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menyertai Kem Waja Diri siri pertama yang diadakan di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.

Kem yang diadakan selama tiga hari bermula 24 April lalu itu telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), UniSZA.

Tujuan kem tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan anggota badan beruniform dengan ahli-ahli yang baru dilantik.

Selain itu, sepanjang program berkenaan berlangsung, para peserta dapat mempraktikkan segala tunjuk ajar serta latihan yang diberikan semasa mereka berada di universiti.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk sesi suai kenal, jejak kawasan, selam skuba, mempelajari cara memasak sebagai seorang pengembara, latihan kawad kaki, senaman pagi dan cara memasang khemah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Posted:

Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

JAMIL KHIR (tengah) bersama Othman (kiri) dan Mohd. Roslan pada sidang akhbar mengenai hasil ujian Jabatan Kimia terhadap coklat Cadbury di Bangi semalam.


BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan kesemua sampel coklat yang diambil dari kilang coklat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., minggu lalu bebas daripada sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebanyak 11 sampel yang diuji Jabatan Kimia itu meliputi bahan mentah dan produk akhir termasuk dua jenis coklat susu Cadbury yang dikatakan dicemari DNA babi sebelum ini.

"Sampel coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang kita uji datang dari kelompok sama dengan yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.

"Perbezaan keputusan ujian ini mungkin disebabkan makmal mereka tiada akreditasi untuk memeriksa DNA babi ataupun berlaku pencemaran ketika pengangkutan dan penyimpanan produk tersebut dalam pasaran," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ketua balai polis terima balasan

Posted:

Ketua balai polis terima balasan

Ketua balai polis terima balasan

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


SEORANG anggota polis membawa Mahmad selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan merogol oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Tindakan keji seorang bekas ketua balai polis yang tergamak merogol seorang gadis berusia 14 tahun di pejabatnya lima tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh yang berpangkat Sarjan Mejar, Mahmad Bidin, 57, setelah mendapati dia bersalah atas pertuduhan berkenaan.

"Setelah meneliti keterangan-keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah sementara pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

"Oleh sebab itu, tertuduh disabitkan dengan kesalahan," kata Mohd. Yusoff dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

Posted:

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

AMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan nekad terjun dari sebuah pacuan empat roda millik ayahnya yang dilarikan penjenayah dalam kejadian samun di Jalan AU3/1, Taman Keramat di sini semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan trauma dengan luka di beberapa bahagian badan kira-kira 700 meter dari tempat pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton milik bapanya dilarikan seorang lelaki.

Difahamkan, sebelum kejadian, bapa kanak-kanak tersebut, Mohd. Shafrol Rizal Nusi, 40, dikatakan meninggalkan mangsa di dalam pacuan empat roda itu bersendirian dengan enjinnya masih hidup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rasa autentik Melayu Pangkin

Posted:

Rasa autentik Melayu Pangkin

Rasa autentik Melayu Pangkin

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

PEMILIK Pangkin Cafe, Zaylan (kiri) dan Ishak menekankan servis layanan kelas pertama kepada setiap pengunjung.


MENCARI restoran dengan sajian Melayu asli di ibu kota hari ini agak susah. Kalau adapun, harganya mahal tetapi rasanya ala kadar. Justeru, ramai hilang kepercayaan terhadap 'janji' pengusaha kedai makan yang beria-ia mempromosikan lauk-pauk Melayu.

Tidak hairanlah masyarakat bandar sekarang lebih gemar memilih makanan orang Siam seperti tom yam yang bersepah di warung-warung tepi jalan.

Begitupun, masih wujud restoran berkonsep sajian Melayu autentik di lubuk kesibukan Lembah Klang. Pangkin Cafe (Pangkin) antaranya, destinasi terbaharu buat pencinta masakan Melayu asli yang tidak menghampakan.

Ditampilkan dalam dekorasi minimum berserta ruang makan yang luas, Pangkin berjaya menambat selera pelbagai lapisan kaum dalam tempoh tiga bulan operasinya di deretan perkedaian komersial Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur.


SETIAP sajian di Pangkin mengetengahkan konsep makanan orang Malaysia.


Pecahan menu klasik berupa nasi kerabu ayam percik, mi kari pangkin dan nasi dagang ulik mayang menjadi tarikan berulang dalam kalangan pengunjungnya.

Konsep 'selera orang kita' yang diketengahkan turut membolehkan orang ramai menikmati keenakan pembuka selera seperti paduan roti jala dan kari ayam, keropok lekor Kelantan, cucur udang dan pulut kelapa ikan masin.

Sebagai penyempurna sesi makan-makan anda di Pangkin, variasi pencuci mulut yang terdiri daripada cendol, ais batu campur, pulut mangga dan sago durian dijamin memberi kepuasan penuh kepada pengalaman gastronomi peribadi anda.


DEKORASI minimum memberikan kelapangan ruang buat pengunjung.


Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam, Pangkin bagaimanapun tidak menyediakan nasi campur. Namun mereka yang datang pada waktu siang akan disajikan bersama empat pilihan set makan tengah hari.

Set berharga RM10.90++ itu didatangkan dalam seleksi nasi putih dan ikan pari bakar bersama air asam, ikan kembung masak lemak cili padi rebung, masak lemak cili padi daging salai, tom yam makanan laut atau asam pedas ikan pari.

Utama kualiti

Demi mengekalkan kualiti rasa setiap juadah mereka, Pangkin menggunakan tukang masak yang juga berbangsa Melayu. Para pekerja mereka pula orang tempatan agar perkhidmatan yang ditawarkan berjalan lebih lancar.


SET makan tengah hari di Pangkin dibahagikan kepada empat pilihan.


Pemilik bersama Pangkin, Muhamad Ishak Said dan Zaylan Abdul Manaf kemudiannya bertindak sebagai pelayan yang mengambil dan menghantar pesanan ke setiap meja pelanggan.

"Sekarang banyak restoran yang tidak menjaga servis layanan mereka. Ramai pengusaha kurang menekankan aspek komunikasi dan hubungan dua hala antara pemilik kedai dan pelanggan.

"Dengan cara ini, kami dapat menerima pandangan, komen, pujian atau teguran secara langsung bagi memudahkan penambahbaikan dilakukan," kongsi Ishak yang merupakan bekas pramugara Etihad Airways bersama-sama Zaylan.

Berkenaan kuantiti setiap hidangan, ujar Zaylan, Pangkin cuba mengimbangi nilai kuantiti dan kualiti makanan mereka. Namun sejujurnya, mereka memberatkan ciri kuantiti kerana pada akhirnya, rasa makanan itu yang bakal dinilai secara keseluruhan.

Mampu memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa untuk ruang dalam dan luar, setiap sajian utama Pangkin dijual pada harga RM10 ke bawah manakala menu lain ditetapkan pada harga bermula RM6.90 sehingga RM10.

Cat eksklusif terbaharu Jotun

Posted:

Cat eksklusif terbaharu Jotun

Cat eksklusif terbaharu Jotun


DARI kiri: Vincent, Kristine dan Lee Siong di pelancaran Jotun Majestic True Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEDIAMAN merupakan lokasi yang amat penting bagi setiap insan. Kehidupan seharian yang sibuk terhenti seketika apabila berehat di kediaman masing-masing.

Menyedari keadaan itu, Jotun Malaysia (Jotun) memperkenalkan rangkaian cat baharu iaitu Jotun Majestic True Beauty.

Diadun dengan kemasan warna yang lebih menonjol membuatkan sentuhan warna cat pada dinding kediaman mampu mengubah mood penghuninya sepanjang berada di rumah.

Terdiri dalam dua varian iaitu matte dan sheen, ia memakan tempoh selama dua tahun untuk pasukan penyelidik Jotun memperkenalkan cat baharu tersebut.

Pengarah Asia Tenggara dan Pasifik Jotun, Kristine Anvil Leach dalam pembentangannya berkata, Majestic True Beauty merupakan produk premium dengan formula unik daripada bahan berkualiti untuk memastikan warna yang berkekalan.

"Apabila berbicara mengenai kediaman, ia melibatkan dua perkara iaitu hiasan dalaman dan luaran. Selain perabot, warna dinding juga memainkan peranan yang amat penting.

"Pemilihan cat yang tepat harus dititikberatkan para pengguna untuk memastikan cat tahan lama dan tidak luntur disebabkan cuaca persekitaran atau perbuatan menconteng," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jotun Majestic True Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.


CAT terbaharu Jotun menjadikan ruang dalam rumah lebih luas.


Turut hadir, Pengurus Bahagian Jualan & Pemasaran (Cat Hiasan) Jotun Malaysia, Chen Lee Siong dan Pengurus Besar Jotun Malaysia, Vincent Tan.

Mengulas lanjut, Kristine berkata, pengalaman Jotun sebagai pelopor kepada pembuatan cat selama 90 tahun membuatkan syarikat itu melakukan pelbagai kajian dan pembangunan demi menghasilkan produk berkualiti.

"Majestic True Beauty dicipta dengan rangkaian partikel halus tetapi kukuh. Mahupun diconteng, sesuatu tertumpah pada dinding dan kesan gincu mampu dicuci dengan mudah.

"Apa yang penting, ia sedikitpun tidak melunturkan warna dan permukaan dinding seperti baru dicat walaupun selepas dilap beberapa kali.

Sementara itu, Lee Siong berkata, rangkaian Majestic True Beauty mengekalkan Teknologi True Color eksklusif selain mesra alam.

"Rangkaian cat eksklusif ini tidak mempunyai campuran seperti formaldehid dan logam berat. Ia juga tidak menghasilkan bau yang kurang enak," katanya.

Lee Siong berkata, Majestic True Beauty boleh didapati di seluruh 600 outlet Jotun di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Vincent Tan berkata, pihaknya membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk membina kilang baharu di Nilai, Negeri Sembilan dan dijangka beroperasi pada tahun depan. – AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Luahan emosi jadi tema karya

Posted:

Luahan emosi jadi tema karya

Luahan emosi jadi tema karya

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

FADILAH bergambar bersama lukisan Man and His Guilt.




DECENA bersama karyanya, Ode to the Fragile.


HOM ART TRANS melakar satu sejarah dengan menganjurkan pameran seni lukisan yang melibatkan kerjasama pelukis dari Malaysia dan Filipina.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved