Rabu, 21 Mei 2014

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak-kanak antara 31 warga asing ditahan di Pulau Pinang

Posted:

Kanak-kanak antara 31 warga asing ditahan di Pulau Pinang

Kanak-kanak antara 31 warga asing ditahan di Pulau Pinang

21/05/2014 9:43pm

BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun adalah antara 31 rakyat asing yang ditahan dalam Operasi 6P Jabatan Imigresen Pulau Pinang di tiga lokasi sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu, Basri Othman berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 8.30 malam itu terdiri daripada 17 warga Indonesia termasuk kanak-kanak itu, enam Myanmar dan masing-masing empat rakyat Thailand dan Bangladesh.

Operasi dijalankan di Medan Selera Bandar Perda, sebuah restoran di kawasan Sembilang dan rumah kongsi di tapak pembinaan di Bukit Tengah, katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mereka termasuk enam wanita berusia sehingga 40 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan, antaranya menyalahgunakan pas lawatan, tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Kami akan memanggil majikan warga asing yang ditahan itu bagi membantu siasatan dan majikan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya. - Bernama

Fenomena El Nino: Nelayan perlu cari sumber lain

Posted:

Fenomena El Nino: Nelayan perlu cari sumber lain

Fenomena El Nino: Nelayan perlu cari sumber lain

21/05/2014 9:38pm

KUANTAN - Golongan nelayan di negeri ini dinasihat membuat persiapan dengan mencari sumber pendapatan tambahan bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka melanda awal Jun hingga September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, fenomena itu tidak dapat dielak dan dijangka memberi kesan kepada golongan terbabit berikutan berlaku pemanasan air laut.

"Golongan nelayan perlu bersedia menghadapinya dengan mencari sumber lain untuk tambah pendapatan mereka kerana kita jangka hasil tangkapan ikan akan berkurangan sepanjang musim tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Peningkatan Kendalian Membaiki Enjin Bot Sangkut' anjuran Jabatan Perikanan Pahang di Balai Nelayan Kampung Chempaka hari ini.

Tambahnya, program itu akan dilaksana secara berperingkat untuk memberi pengetahuan kepada golongan nelayan negeri berkaitan sebarang permasalahan nelayan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding dikesan di perairan Pahang walaupun ia sudah ditangani pihak berkuasa sebelum ini.

Katanya, beliau menerima maklumat daripada nelayan tempatan dan pihak terbabit didapati memindahkan hasil tangkapan ke sebuah kapal kargo, dipercayai untuk dijual ke pasaran luar, dan perkara itu akan dimaklum kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk tindakan lanjut. - Bernama

KPDNKK rampas 516 tong gas dari kilang di Gua Musang

Posted:

KPDNKK rampas 516 tong gas dari kilang di Gua Musang

KPDNKK rampas 516 tong gas dari kilang di Gua Musang

21/05/2014 9:30pm

GUA MUSANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyita sebuah kilang dan merampas 516 tong gas yang akan dijual secara haram.

Tindakan itu dilakukan 10 anggota penguat kuasa diketuai Ketua Cawangan KPDNKK Kuala Krai, Rosli Ismail yang membuat serbuan ke kilang itu di kawasan perindustrian di sini pada pukul 3 petang semalam.

Tambahnya, kilang itu menyimpan 516 tong gas bersubsidi seberat antara 12 dan 14 kilogram bernilai RM36,839 tanpa lesen.

"Semasa serbuan itu, hanya isteri pemilik kilang itu berada di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil siasatan mendapati peniaga itu menjalankan perniagaan tanpa lesen atau kebenaran daripada pegawai KPDNKK untuk menyimpan dan menjual tong gas kepada pelanggan di sekitar daerah ini sejak setahun lepas.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jatuh, bangun merintis karier

Posted:

Jatuh, bangun merintis karier

Jatuh, bangun merintis karier

INDAH, Shah dan Asmidar bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menonjolkan bakat dalam bidang masing-masing.


BERBAKAT, namun populariti lirih untuk mencapai ke puncak. Itu gambaran buat tiga figura iaitu Shah Iskandar, Asmidar dan juga Indah.

Puluhan drama sudah dilakonkan, namun nama pelakon berasal dari Singapura, Shah Iskandar masih belum kuat dalam industri lakonan. Berbeza dengan pelakon senegaranya iaitu Aaron Aziz dan juga Adi Putra.

Perlahan tapi pasti, dengan susah payah membina nama juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama, Asmidar pula tetap terus bangkit demi mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Begitu juga dengan Indah. Biar bergelar pemain di lantai seni sama, ironinya Indah atau nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussin belum berpeluang membina nama biarpun vokalnya paling mengalir hebat dalam kesemua peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013).

Asmidar perlu tuah

Sedar namanya tidak segah lagu-lagu nyanyiannya seperti Biar Sampai Ke Bintang dan Kali Pertama, penyanyi Asmidar optimis untuk terus mengeluarkan single baharu bagi membina namanya dalam industri nyanyian.

Bakal keluar dengan single ketiga berjudul Bila Cinta Ada, penyanyi berusia 28 tahun itu berharap agar single baharunya nanti berjaya mencuri perhatian pendengar dan mampu melonjakkan namanya di persada seni.

"Saya harap single ketiga ini lebih baik sambutannya daripada Biar Sampai Ke Bintang," ungkapnya yang berharap lagu terbaharunya itu memiliki 'tuah' supaya namanya lebih dikenali ramai.


HARAP TUAH... Indah (kiri), Asmidar dan Shah Iskandar mempunyai strategi sendiri dalam usaha memantapkan karier seni mereka.


Sudah melakukan transformasi diri dengan penampilan yang lebih menyerlah, namun entah di mana silapnya Asmidar tidak memiliki tuah.

Lagu-lagu nyanyiannya seperti Biar Sampai Ke Bintang, Kali Pertama, Mohon (lagu runut bunyi filem Penanggal) dan juga Sembunyi Rahsia (lagu runut bunyi filem Laga) mendapat tempat di hati peminat. Namun, nama Asmidar tidak seiring mendapat tempat di hati peminat seperti lagu-lagu nyanyiannya.

"Saya tidak tahu kenapa nama saya tidak berdiri sama kuat dengan lagu-lagu nyanyian saya. Saya fikir mungkin disebabkan strategi yang saya lakukan salah. Selepas single pertama, saya ambil masa setahun untuk keluarkan single kedua. Sepatutnya saya keluarkan cepat single demi single agar peminat sedar kehadiran saya," jelasnya yang akan bangkit merebut apa jua peluang yang hadir di depannya selepas ini.

Biarpun nyanyian merupakan minatnya, namun akui Asmidar, dia perlu mencuba bidang lain seperti lakonan mahupun pengacaraan. Mungkin tuah menyebelahinya pada masa akan datang.

"Kalau boleh tahun ini juga saya ingin cuba bidang lain. Masa saya tidak panjang seperti artis lain. Artis lain membina nama pada usia yang muda. Saya pula baru hendak membina nama pada usia 28 tahun. Insya-Allah kalau ada tawaran bidang lakonan dan pengacaraan saya akan cuba," luahnya yang sudah menerima tawaran berlakon sebelum ini, namun tidak dapat menerimanya kerana sibuk dengan jadual nyanyian.

INDAH menafikan sudah putus tunang seperti yang didakwa sebelum ini.


Shah Iskandar risau

Walaupun populariti Shah Iskandar tidak hebat seperti Aaron Aziz mahupun Adi Putra, namun tawaran lakonan tidak putus-putus diterima jejaka bernama penuh Shah Iskandar Mahfuz, 32.

Ketika ditemui pada majlis pengumuman tarikh Anugerah Bintang Popular di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Shah mengakui baru selesai menjalani penggambaran telefilem RTM berjudul Rezeki di samping pelakon Faezah Elai dan Afiq Muiz.

"Alhamdulillah, sehingga kini tawaran berlakon tidak pernah putus. Drama lakonan saya bersama Hanez Suraya juga bakal ditayangkan tidak lama lagi di RTM. Saya juga bakal menjalani penggambaran drama 20 episod di TV3 bersama Tiz Zaqyah.

"Malah, saya turut terlibat dalam teater Projek Kahwin bersama Hanez, Izzue Islam dan Kilafairy yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan," ceritanya mesra.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Shah takut untuk berlakon di samping Hanez kerana kontroversi bercinta dengan suami orang yang melanda pelakon cantik itu.

WALAUPUN namanya tidak terlalu gah seperti rakan dari negaranya, Singapura iaitu Aaron Aziz dan Adi Putra, namun Shah Iskandar tidak pernah putus tawaran berlakon.


Diajukan pertanyaan itu kepada Shah, pelakon drama Teduhan Kasih itu menepis dakwaan tersebut. Sebaliknya, Shah mendedahkan, risau akan keselamatan Hanez di atas pentas selepas mengetahui pelakon Love You Mr. Arrogant itu menerima pelbagai ugutan.

"Saya cuma risau dengan ugutan yang dia dapat. Malah, saya turut akui risau pelakon lain turut terkena tempias andai ugutan itu terjadi. Sebagai rakan artis saya nasihatkan dia agar tidak memikirkan sangat mengenai ugutan tersebut dan hanya fokus pada pementasan Projek Kahwin," luahnya.

Indah belum putus tunang

Sekitar tahun 2008, Indah AF2013 pernah mengeluarkan album solo. Namun begitu, album tersebut gagal menaikkan nama Indah dalam industri muzik tempatan.

Menganggap bukan rezekinya, Indah kemudiannya mencuba nasib dalam program realiti Akademi Fantasia 2013. Pun begitu, dia gagal meraih perhatian peminat dan hanya berjaya menduduki tangga keempat dalam pertandingan itu.

Vokal yang mengalir hebat dalam single terbaharunya selepas keluar daripada AF2013, berjudul Percayalah bagaimanapun sedikit demi sedikit mencuri perhatian pendengar.

"Ketika itu (album solo keluar) peminat lebih menyukai artis yang lahir daripada program realiti.

"Sejak itu, saya terfikir untuk menyertai AF2013. Pada masa yang sama, ibu juga cakap sampai bila saya ingin menyanyi di hotel. Saya juga meminta pandangan daripada tunang terlebih dahulu.

"Masa mula-mula keluar AF2013, saya akui nama masih kurang dikenali tetapi setelah tiga bulan, saya rasai sedikit demi sedikit peningkatan saya dalam industri muzik tempatan," ujarnya yang telah mengikat tali pertunangan dengan pemuda berusia 31 tahun.

Baru ingin membina nama, terbaharu Indah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan sudah putus tunang disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu pelakon dan penyanyi Arja Lee.

Ditebak soalan itu kepadanya, Indah nyata terkejut.

"Saya tidak pernah berahsia mengenai pertunangan saya sejak menyertai AF2013. Jadi, saya terkejut apabila gosip mengatakan saya putus tunang timbul, sedangkan hubungan kami baik-baik sahaja.

"Hubungan saya dengan Arja tidak lebih daripada seorang kawan. Saya banyak bertanya padanya sebab dia lebih lama dalam industri berbanding saya," luahnya kecewa dengan gosip tersebut.

Tidak tahu dari mana timbul gosip tersebut, Indah mengakui bimbang gosip itu akan melukakan perasaan tunang dan keluarga tunangnya. Namun, begitu, dia lega kerana tunangnya cukup memahami dan percaya kepadanya.

Biarpun bercinta jarak jauh, dia di Kuala Lumpur manakala tunangnya berada di Johor Bahru, namun Indah percaya dirinya dan tunang kuat mengharungi cabaran yang hadir.

Oh My English! musim ketiga lebih segar

Posted:

Oh My English! musim ketiga lebih segar

Oh My English! musim ketiga lebih segar


OH MY ENGLISH! musim ketiga telah memulakan siarannya sejak 18 Mei lalu dengan jalan cerita yang lebih mantap dan segar.


PROGRAM pendidikan popular Oh My English! musim ketiga kembali bersiaran sejak 18 Mei lalu, setiap hari Ahad pukul 9 malam di Astro TVIQ.

Menariknya, Oh My English! kali ini dibarisi oleh pelakon-pelakon baharu yang terdiri daripada Nadiya Nisaa, Fauziah Ahmad Daud, Rahim R2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Sherry Alhadad.

Malah, pengisian Oh My English! musim ketiga juga lebih istimewa apabila ia bakal terisi dengan topik-topik semasa seperti laman sosial, Piala Dunia dan juga Hari Kemerdekaan Malaysia selain kandungan bahasa Inggeris yang lebih mantap.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Oh My English! masih mengekalkan pelakon sedia ada seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Anusha (Kaameshaa).

"Selain daripada barisan pelakon utama yang sedia ada, terdapat ramai selebriti popular tanah air akan turut membuat penampilan khas sepanjang musim baharu ini antaranya Faizal Hussein, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palarae.

"Kombinasi watak baharu dan kandungan pembelajaran yang ditambah baik menjanjikan pengalaman tontonan yang unik dan lebih segar," ungkapnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini.

NADIYA NISAA merupakan anggota baharu Oh My English!. Dia membawa watak pelajar tingkatan empat.


Oh My English! mencatat sejarah apabila ditonton oleh 3.6 juta orang pada musim pertama manakala 5.2 juta penonton pada musim keduanya.

Untuk telefilem istimewa Oh My Ganu, ia mencatat lebih 2.7 juta tontonan manakala Hello America pula lebih 2.5 juta.

Atas dasar itu, jelas Putri, pihaknya teruja untuk menghasilkan program tersebut buat musim ketiga kerana sambutan luar biasa daripada penonton.

"Alhamdulillah, kejayaan drama ini sangat di luar jangkaan dan program ini juga mampu menjadi alat bantuan pembelajaran bahasa Inggeris di luar bilik darjah dengan berkesan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Nadiya Nisaa pada mulanya menyangka dia bakal membawa watak cikgu dalam Oh My English! musim ketiga.

Ternyata tafsiran pelakon berusia 29 tahun itu meleset sama sekali apabila dia ditawarkan membawa watak budak sekolah tingkatan empat.

"Sewaktu ditawarkan berlakon dalam drama ini, sebenarnya saya terkejut kerana mereka memberi saya amanah untuk membawa watak seorang pelajar sekolah.

"Ini kerana, dengan usia dan status saya, saya ingatkan kena bawa watak cikgu. Alhamdulillah, ia memberi suatu pengalaman berbeza kepada saya," ulasnya yang mendedikasikan wataknya kepada adiknya, Aida Amirah, 16, yang suka menonton program pendidikan itu.

Malah menurut Nadiya, dia juga mencabar diri apabila menyanyi dalam salah satu episod Oh My English!.

Sementara itu, seperti dua musim sebelum ini, peminat Oh My English! juga boleh mendapatkan kandungan pengajian bahasa yang lebih mendalam meliputi pengajian kosa kata, tatabahasa, sebutan dan peribahasa serta banyak lagi melalui variasi permainan dan aktiviti dengan melayari www.ohmyenglish.com.my - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Kahwin, Kim-Kanye untung RM68 juta

Posted:

Kahwin, Kim-Kanye untung RM68 juta

Kahwin, Kim-Kanye untung RM68 juta


MAJLIS perkahwinan Kim Kardashian dan Kanye West menjadi 'lubuk' buat penganjur untuk memberi tajaan dan mendapat pulangan yang besar.


BELUM berkahwin, namun sudah mengaut untung sehingga AS21 juta (RM68 juta). Itulah situasi yang dilalui oleh pasangan popular Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West.

Menurut laporan daripada Showbizspy, pasangan itu telah bersetuju untuk menerima beberapa tajaan dengan nilai yang cukup besar.

Malah, Kim dan Kanye dikatakan telah menandatangani kontrak bersama E! News yang akan membuat liputan rasmi pada majlis bersejarah itu.

"Syaratnya, E! News perlu membayar sebanyak AS15 juta (RM48 juta) untuk mendapatkan hak eksklusif bagi menyiarkan majlis perkahwinan itu.

"Kemudian, untuk beberapa tajaan besar yang lain, pasangan itu juga telah meletakkan harga yang cukup tinggi, sesuai dengan pulangan yang mereka akan peroleh selepas itu," ujar sumber tersebut.

Ternyata, duit barangkali mampu mengubah pendirian Kim. Ini kerana, sebelum ini selebriti itu ada menyatakan bahawa dia mahu majlis perkahwinannya berlangsung dalam acara yang cukup eksklusif dan tidak difilemkan.

Kim dan Kanye akan berkahwin pada 24 Mei ini.

Sebelum ini, Perancis dikatakan akan menjadi lokasi perkahwinan mereka, namun kini beredar berita yang mengatakan pasangan itu akan berkahwin di Itali pula.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 20 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cipta nama wakili negara

Posted:

Cipta nama wakili negara

Cipta nama wakili negara

SUASANA sekitar pukul 8 pagi di padang A, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelihatan tenang dan sedikit berkabus.

Di lokasi yang sama, kelihatan kelibat beberapa atlet lengkap berpakaian sukan sedang melakukan aktiviti regangan secara berkumpulan di tepi padang yang dilengkapi trek balapan berwarna merah itu.

Sekali pandang, kesemua atlet dalam kumpulan tersebut kelihatan sempurna anggota tubuh badan mereka kerana berjaya menyudahkan setiap aktiviti regangan tersebut.

Namun, siapa sangka, dalam kumpulan tersebut terdapat segelintir atlet elit paralimpik negara yang tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Walaupun serba kekurangan, namun kami juga mampu melakukan semua aktiviti yang dilakukan oleh atlet normal lain," ujar Ahmad Rafee Arifin, 30, yang merupakan atlet paralimpik negara bagi acara 400 meter (m), 800m dan 1,500m.

Menurut anak kelahiran Pasir Putih, Kelantan itu, kekurangan yang ada, tidak pernah sesekali menjadi penghalang kepadanya untuk aktif dalam sukan.

Rafee tergolong dalam golongan OKU selepas tangan kanannya terpaksa dipotong selepas termasuk ke dalam mesin pemeras tebu milik bapanya ketika berusia 10 tahun.

Ceritanya, kejadian tersebut menyebabkan dia berasa sedih dan menganggap dirinya sudah tidak berguna.

"Saya merupakan kanak-kanak yang aktif dan periang ketika itu, kejadian tersebut betul-betul merentap kebahagiaan saya.

"Masa depan saya seperti sudah gelap kerana anggota badan saya tidak sempurna seperti orang lain," katanya dalam nada sayu.

Menurut anak ketiga daripada enam adik-beradik itu, selepas kehilangan sebelah tangannya, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk bergelar atlet apatah lagi seorang atlet paralimpik negara.

ZIYAD telah aktif dalam sukan sejak di bangku sekolah lagi.


Mencuba nasib

Ujar Rafee, pada mulanya dia melibatkan diri dalam sukan hanya untuk mengisi masa lapang bersama rakan-rakan.

"Saya tidak pernah mengimpikan sehingga ke tahap ini. Saya mula aktif bersukan ketika sedang menuntut di Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan, Bangi, Selangor.

"Ketika itu, saya mula aktif bermain badminton bersama rakan. Selepas tamat pengajian saya pulang ke Kelantan dan mencuba nasib dalam pemilihan untuk mewakili kontinjen Kelantan dalam Sukan Paralimpik," katanya.

Dalam pemilihan tersebut, dia telah diminta oleh seorang jurulatih untuk berlari. Lariannya itu menambat hati jurulatih tersebut sekali gus kerana melihat potensi beliau dalam acara olahraga jarak jauh.

Selepas itu, Rafee telah terpilih mewakili Kelantan dalam Kejohanan Olahraga Zon Timur pada tahun 2005.

Setelah berjaya meraih kejayaan dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan, dia telah terpilih mewakili negara pada tahun 2007 sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, dia menasihati golongan OKU di negara ini terutamanya yang meminati bidang sukan supaya tidak menghentikan minat tersebut.

"Walaupun kita serba kekurangan, kita juga boleh mencapai kejayaan yang boleh membanggakan keluarga, agama, bangsa dan negara.

"Janganlah sesekali menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk kita mencapai kejayaan," katanya yang masih bujang itu.

Bersaing

Sementara itu, bagi atlet paralimpik negara bagi acara lontar peluru yang mengalami masalah pembelajaran sejak lahir, Ziyad Zokefli, 26, mula aktif bersukan sejak di bangku sekolah.


KINI masyarakat sudah mula berminat untuk mengikuti perkembangan atlet-atlet paralimpik negara.


Menurut anak kelahiran Gombak, Selangor itu dia merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan ketika mengikuti aliran pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

"Saya sangat aktif bersukan terutamanya dalam acara lontaran seperti merejam lembing dan melontar peluru.

"Waktu itu, saya bersaing bersama pelajar-pelajar normal lain kerana menuntut di sekolah harian biasa," katanya yang memperoleh pingat emas acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa di Lyon, Perancis.

Menurut anak sulung daripada empat orang beradik itu, kejayaannya kini adalah hasil dorongan ahli keluarganya yang tidak pernah berhenti meniup semangat.

Setiap pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur, dia sentiasa mengingati kembali pesan yang pernah diberikan oleh keluarganya.

"Keluarga selalu berpesan kepada saya, walaupun tidak berjaya dalam bidang akademik tidak bermakna kita tidak boleh berjaya dalam bidang lain.

"Kata-kata tersebut menjadi pendorong semangat kepada saya untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," katanya yang sedang dalam persiapan menyertai Sukan Para Asia di Icheon, Korea Selatan pada Oktober ini.

Dalam pada itu, Ziyad turut memaklumkan bahawa masyarakat kini sudah mula mengetahui mengenai kewujudan sukan paralimpik.

Tambahnya, suatu ketika dahulu sukan paralimpik atau lebih dikenali sebagai sukan orang cacat itu tidak begitu popular dan mendapat perhatian.

"Sebelum tahun 2010, tidak ramai yang mengetahui mengenai kejohanan sukan untuk golongan OKU ini.

"Namun, selepas penganjuran KL'10 di Kuala Lumpur pada tahun 2010, masyarakat mula berminat untuk mengikuti perkembangan atlet-atlet paralimpik negara," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cabaran yang dilalui setelah bergelar atlet paralimpik, dia memaklumkan bahawa cabaran sebenarnya datang daripada masyarakat.

Menurutnya, masyarakat sering memandang sebelah mata kejayaan atlet-atlet paralimpik negara berbanding atlet normal.

"Masyarakat tidak sepatutnya membezakan kejayaan atlet paralimpik dengan atlet lain kerana kami juga melakukan latihan yang sama dengan atlet normal lain.

"Masyarakat seharusnya menghargai sumbangan yang telah kami berikan kepada negara sama seperti atlet normal," katanya.

Sementara itu, menurut jurulatih lontar peluru atlet paralimpik negara, Mohd. Faizol Harun, jadual latihan yang dijalani oleh atlet-atlet elit paralimpik negara adalah sama dengan atlet normal lain.

Tambahnya, segala corak latihan adalah sama kecuali sekiranya atlet tersebut tidak mempunyai keupayaan contohnya seperti berlari, maka pihaknya akan menggantikan dengan latihan lain.

"Atlet paralimpik di bawah seliaan saya menjalani latihan yang sama seperti atlet normal.

"Namun, jika mereka tidak mampu melakukannya sesuatu bentuk latihan akibat kekurangan yang dialami maka latihan tersebut akan ditukar," katanya yang merupakan bekas atlet lontar peluru negara itu.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa untuk bergelar atlet paralimpik negara, seseorang itu harus belajar berdikari.

Ini kerana, tugas jurulatih bukannya untuk membantu menolak kerusi roda atau memapah mereka bergerak atau sebagainya.

"Kami di sini melatih mereka berdikari, mereka harus belajar melakukan semua aktiviti tanpa bantuan jurulatih dan orang lain.

"Walaupun kadang-kadang terdetik juga perasaan ingin membantu, namun dek kerana ingin melihat mereka berjaya, saya terpaksa berkeras hati," katanya dengan tegas.

Xiaomi pesaing Samsung, Apple

Posted:

Xiaomi pesaing Samsung, Apple

Xiaomi pesaing Samsung, Apple


XIAOMI dikatakan mampu mencabar penguasaan Apple dan Samsung dalam segmen telefon pintar. - Gambar hiasan


XIAOMI mungkin kurang dikenali di luar China, tetapi ia merupakan pembuat telefon pintar berjenama Asia yang sedang berkembang pesat mencabar dominasi Apple dan Samsung. Bukan itu sahaja, Xiaomi menawarkan spesifikasi tinggi pada harga rendah.

Dalam tempoh tiga bulan, Xiaomi berjaya menewaskan Apple dan jenama Asia terkenal yang lain seperti Huawei dan Sony untuk menjadi jenama telefon pintar yang ketiga terbesar dalam pasaran saham China, kata firma penyelidikan pengisian teknologi.

Samsung memegang tangga teratas dengan 18 peratus, diikuti oleh jenama tempatan Lenovo, 12 peratus.

Teknologi dari Beijing ini mula terjual sebanyak 18.7 juta unit pada 2013, dan menyasarkan jualan sebanyak 60 juta bagi tahun ini dan 100 juta pada 2015. Menawarkan telefon berteknologi tinggi tetapi berkos rendah, Xiaomi berhasrat untuk memasuki pasaran bajet anak muda Asia yang sentiasa mahukan teknologi telefon pintar yang terkini.

Firma penyelidikan teknologi, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) berkata dalam satu laporan pada bulan Februari, telefon pintar murah merupakan pemacu utama kepada perkembangan jualan pasaran kos rendah di luar China.

Telefon bajet

Kajian menunjukkan, telefon bimbit yang dijual dengan harga kurang dari AS$100 (RM323) merupakan penyumbang kepada hampir separuh daripada jualan telefon dunia, dengan dua per tiga daripadanya berharga kurang dari AS$50 (RM161).


INILAH rupa bentuk telefon pintar Xiaomi dari China.


"Pasaran Asia telah menggalakkan golongan muda untuk memiliki teknologi telefon pintar terkini tetapi terdapat kekangan belanjawan yang terhad," kata Mykola Golovko, Penganalisis Kanan Pengguna Elektronik di firma penyelidikan Antarabangsa Euromonitor.

Data Euromonitor pada 2013 menunjukkan pemacu pasaran yang terdiri daripada individu berusia 15 hingga 34 tahun merupakan di antara 25 peratus dan 40 peratus daripada populasi di negara-negara seperti Malaysia, Vietnam, Indonesia dan China.

Tidak seperti pesaing gergasi yang lain, Xiaomi mempunyai pengiklanan yang minimum dan tidak memiliki cawangan runcit yang membantu mengekalkan harga rendah. Jenama tersebut berjaya menarik kelompok pengikutnya sendiri menerusi laman sosial, termasuk Weibo di China.

Kebanyakan pengguna digelar 'Peminat Mi' oleh Xiaomi kerana membeli telefon mereka secara langsung menerusi laman web semasa jualan murah.

Xiaomi, yang bermaksud bijirin dalam bahasa Mandarin mencari peluang yang lebih luas dengan melamar Hugo Barra, yang pernah berkhidmat dengan Google untuk menerajui pertumbuhan antarabangsanya.

Ia telah menunjukkan sedikit perkembangan di Singapura pada bulan Februari apabila mula diterajui secara meluas di bawah pengawasan Barra.

Telefon Xiaomi menawarkan pemproses dan reka bentuk yang menarik yang mampu bersaing dengan jenama terkenal Samsung dan menggunakan perisian terbaharu Google untuk Android, yang dijual dengan hanya sebahagian daripada harga sebuah Samsung Galaxy S5 dan iPhone 5s.

TIMBALAN Presiden Antarabangsa Xiaomi, Hugo Barra, berucap pada KonferensTeknologi Startup Asia di Singapura.


Xiaomi tidak bersendirian dan pakar-pakar dalam industri berkata Asia terbuka kepada lebih banyak pengeluar seumpama itu. Cherry Mobile di Filipina, Micromax di India dan Q-Smart di Vietnam berjaya membuat pencabar utama dunia gentar dengan ciri-ciri menarik dan telefon pintar berskrin besar yang dijual serendah AS$30 (RM97) tanpa sebarang subsidi daripada syarikat telekomunikasi.

Pesaing

Antara lain termasuk Smartfren dan Cyrus di Indonesia, Ninetology di Malaysia, QMobile di Pakistan dan I-Mobile di Thailand. Satu laporan oleh IDC berkata, pengeluar tempatan memegang 39 peratus daripada jumlah pasaran saham di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun.

Prestasi Xiaomi mungkin baik, tetapi dominasi Samsung di peringkat antarabangsa tetap tidak boleh diragui. Menurut IDC lagi, Samsung telah menjual 313.9 juta telefon pintar pada 2013, berbanding 153.4 juta oleh Apple.

Nicole Peng, seorang penganalisis industri mudah alih di firma penyelidikan pasaran Canalys berkata, ramai pengguna telefon pintar jenama seperti Xiaomi di Asia ingin menjadi antara yang terawal memiliki telefon bimbit berkos rendah seperti Xiaomi dan ini menjadi faktor produk itu mampu bersaing dengan jenama terkenal.

"Pasaran seumpama ini adalah untuk mereka yang gemarkan teknologi. Mereka hanya mahu merasakan pengalaman menggunakan alat terbaharu yang tidak begitu mahal atau berjenama," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Jual gajet tanpa modal

Posted:

Jual gajet tanpa modal

Jual gajet tanpa modal

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

TUKAR sarung pelindung telefon bimbit atau casing seperti tukar baju. Itu kegilaan jejaka tinggi lampai dari Alor Setar, Kedah yang bernama Mohd. Badrul Hisyam Ismail. Jika rata-rata pemilik telefon pintar mempunyai satu atau dua 'baju' bagi gajet kesayangan mereka, Mohd. Badrul Hisyam sanggup berbelanja lebih untuk memiliki aksesori kegemarannya.

Kebanyakan sarung pelindung yang dibeli bermotifkan watak adiwira kesayangannya dan setakat ini, jejaka berusia 23 tahun itu sudah memiliki 20 sarung pelindung iPhone berlainan jenis.

Penjawat awam di ibu negara ini dianggap beruntung kerana memperoleh aksesori berkaitan gajet dan telefon pintar pada harga istimewa dari Hulala Shop yang beroperasi sepenuhnya dalam talian.

"Saya boleh dianggap sebagai pelanggan setia di Hulala Shop kerana semua barang yang dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran.

"Tambah pula, pemiliknya selalu mengutamakan kepuasan pelanggan. Jika gajet atau aksesori yang dibeli rosak, saya tidak perlu risau kerana terdapat jaminan sehingga setahun dan wang pelanggan dikembalikan separuh harga," jelasnya.

Pembelian dalam talian bermaksud membeli barangan dan perkhidmatan penghantaran menerusi internet. Pelanggan mudah tertarik dengan pusat beli-belah alam maya bergantung kepada nilai barang, kualiti khidmat pelanggan, keselesaan, pengalaman terdahulu, jaminan bayaran dan maklumat peribadi serta perkhidmatan penghantaran yang dipercayai.

MOHAMMAD BASYEER bergambar di hadapan rak barangan gajet yang disimpan di kediamannya.


Kepercayaan

Pengarah Urusan Tera Trade, Mohammad Basyeer Mohammad Fauzi, 23, memberitahu, kedai gajet dalam talian, Hulala Shop yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu semakin dikenali dan berjaya meraih kepercayaan pengguna setelah ramai yang berpuas hati dengan layanan mesra yang diamalkannya.

Percaya atau tidak, Mohammad Basyeer menguruskan perniagaannya secara berdua sahaja dengan sepupunya, Mohd. Fitri Surizan, 22, dan mampu meraih pendapatan lumayan. Rahsia kejayaannya adalah menerusi strategi mencari seberapa banyak ejen jualan yang berminat untuk mempromosi barangan miliknya di laman sosial masing-masing.

"Ejen tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok aksesori telefon dan gajet. Mereka boleh lakukan promosi secara sambilan atau sepenuh masa.

"Mereka hanya perlu menggunakan kreativiti masing-maising untuk mencari pelanggan dan menghantar tempahan kepada saya menerusi e-mel. Tugas selanjutnya saya yang akan lakukan sehinggalah barangan selamat sampai kepada pelanggan," ujarnya yang kini sudah mempunyai 342 ejen di bawahnya dalam tempoh tujuh bulan.

Antara barangan yang dijual di Hulala Shop ialah aksesori audio, monopod, powerbank, pembesar suara, sarung pelindung telefon bimbit lasak dan kalis air serta lensa kamera telefon.

Kebanyakan pelanggan mengetahui tentang Hulala Shop menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan laman web rasmi kedai tersebut. Menjadi majikan kepada diri sendiri membuatkan Mohammad Basyeer lebih mudah menguruskan masa kerana tidak terikat dengan peraturan syarikat.

Bagaimanapun, beliau percaya dengan prinsip, jika ingin berjaya perlu disiplin terhadap masa. Rutin hariannya bermula seawal pukul 9 pagi dengan mencetak tempahan pelanggan ke slip penghantaran pos laju, membalas e-mel, mengambil stok barangan dan menghantarnya ke pejabat pos berdekatan.

BIARPUN Hulala Shop memiliki laman web sendiri, Mohammad Basyeer banyak menerima tempahan dari laman sosial Facebook dan Instagram.


Tidak menang tangan

Secara purata, Mohammad Basyeer perlu mengirim kira-kira 30 hingga 50 barang kepada pelanggan pada setiap hari. Beliau yang tidak menang tangan melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) pelanggan menunjukkan kepada Kosmo! jumlah mesej yang perlu dijawabnya pada setiap hari.

Jumlah keseluruhan mesej tersebut mencecah 4,000 pesanan yang dihantar secara SMS, aplikasi WhatsApp, WeChat dan laman Facebook. Jadi tidak hairanlah apabila lelaki yang masih bergelar pelajar itu kadang-kadang terlewat membalas mesej pelanggan.

Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Telekomunikasi di Universiti Malaya namun terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara waktu.

Berkongsi mengenai pengalaman pahit sepanjang menjalankan perniagaan, beliau pernah dianiayai orang yang tidak dikenali sehingga terpaksa membuat laporan polis.

"Ada pelanggan mendakwa dia telah memasukkan RM2,000 ke dalam akaun saya untuk membeli telefon pintar namun kemudian menukar fikiran dan meminta saya memulangkan wang tersebut. Memandangkan memang ada wang sejumlah itu dimasukkan ke akaun saya, saya tidak syak langsung yang dia telah menipu.

"Rupa-rupanya, dia menggunakan nama dan akaun saya untuk menipu orang lain atas urusan jual beli emas. Setelah mendapati barangan yang dibeli tidak sampai-sampai, orang tersebut membuat laporan polis dan mendakwa saya telah menipunya walhal saya teraniaya. Saya terpaksa membuat laporan polis bagi melindungi diri," jelasnya.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim berkata, trend perniagaan dalam talian yang semakin mendapat perhatian pengguna secara tidak langsung mempengaruhi permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat pos terbesar negara itu.

"Pos Malaysia bukan sahaja memastikan kesediaan dari segi logistik, malah kesediaan produk dan perkhidmatan yang relevan, bermutu, berkualiti serta mengutamakan kepantasan proses penghantaran.

"Permintaan terhadap produk Pos Malaysia khususnya Pos Laju Prabayar menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Pengalaman luas dalam bidang kurier banyak membantu melicinkan proses pengurusan pos walaupun dengan peningkatan kuantiti yang ketara," jelasnya.

Sistem poskod merupakan tanda aras antarabangsa yang turut diguna pakai di negara ini. Sistem tersebut berperanan sebagai kaedah terbaik dalam menjadikan proses penghantaran lebih cepat dan tepat.

Pihak Pos Malaysia sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan barang yang dipos dikendalikan dengan cermat dan selamat sampai ke tangan penerima dalam keadaan sempurna.

Bagaimanapun, pihak peniaga disarankan agar bertanggungjawab bagi memastikan setiap pengeposan dibungkus sebaiknya supaya dapat melindungi kandungan daripada risiko rosak.

Peralihan monsun punca hujan lebat

Posted:

Peralihan monsun punca hujan lebat

Peralihan monsun punca hujan lebat


TANAH mendap ini berlaku di Pangsapuri Lestari, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur kelmarin.


HUJAN lebat yang sering berlaku sejak kebelakangan ini merupakan situasi tipikal mengikut kitaran musim peralihan monsun yang berlangsung sehingga pertengahan bulan Mei ini.

Ia menyebabkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan terlibat pada sebelah petang hingga membawa ke awal malam.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, keadaan cuaca tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun hingga September.

"Kesan daripada hujan lebat dan ribut petir itu menyebabkan banjir kilat seperti yang berlaku di ibu kota dan kawasan lain," ujarnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.

Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah.

Banjir kilat yang berlaku baru-baru ini mengundang kepada beberapa kemalangan melibatkan pengguna jalan raya khususnya dan orang awam yang berdepan dengan masalah itu.

MANGSA dikatakan berada di tandas ketika bencana tanah runtuh berlaku di gudang perabot di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.


Dalam peristiwa itu, pengguna jalan raya terkandas lebih dua jam di beberapa laluan utama disebabkan jalan ditenggelami air dan pokok tumbang.

Antara laluan yang terlibat ialah Lebuh Raya Mahameru, Jalan Duta, Bulatan Cheras, terowong Jalan Tun Razak menghala ke Cheras, Jalan Raja Chulan, Jalan Cheras dari Batu 5 1/2 bertentangan pusat beli-belah Leisure Mall dan Jalan Maarof.

Menurut laporan Kosmo! sebelum ini, Jalan Chan Sow Lin berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) ditenggelami air setinggi tiga meter dan terpaksa ditutup sehingga pukul 6 petang.

Pada masa sama, sebatang pokok tumbang di tempat letak kereta berhampiran stesen minyak di Salak Selatan. Ia telah menghempap 10 buah kenderaan yang terletak di sekitarnya.

Terowong berhampiran Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak turut ditenggelami air.


RIBUT yang mengakibatkan pokok tumbang turut menghempap bangunan dan kereta milik orang ramai.


Korban jiwa

Tidak hanya melibatkan pengguna jalan raya, banjir kilat juga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah di kawasan berbukit.

Tanah runtuh berlaku disebabkan proses gelongsoran atau pergerakan tanah dari satu kedudukan tidak stabil. Ia berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti yang disebabkan agen pembawa seperti aliran air atau berkaitan.

Peristiwa yang berlaku di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor Sabtu lepas pula mengorbankan seorang warga Bangladesh akibat tertimbus dalam tanah runtuh yang dipercayai disebabkan oleh hujan lebat.

Mangsa yang dikenali sebagai Abul Kassim, 43, tertimbus sedalam satu meter di bawah timbunan dinding zink yang turut memusnahkan sebuah gudang perabot.

Dalam pada itu, Che Gayah menasihatkan orang ramai untuk membuat persediaan bagi berdepan monsun Barat Daya yang bakal berlaku dalam masa terdekat.

"Ia menyebabkan cuaca kering di Malaysia terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak," katanya. Jika impak berada pada tahap sederhana dan kuat, cuaca akan lebih kering daripada biasa.

Monsun Barat Daya biasanya bermula pada penghujung Mei atau awal Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot.

Daun kaduk rawat tulang retak

Posted:

Daun kaduk rawat tulang retak

Daun kaduk rawat tulang retak


DAUN kaduk dipercayai mengandungi antioksida yang membantu melindungi tulang daripada penyakit osteoporosis.


PENYELIDIK dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Elvy Suhana Mohd. Ramli dan pasukan penyelidiknya mendapati bahawa daun kaduk atau Piper Sarmentosum mengandungi bahan penawar untuk mencegah tulang retak dan mempercepatkan penyembuhan retakan tulang.

Daun tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan masyarakat Asia Tenggara itu dipercayai mengandungi antioksida yang membantu melindungi tulang daripada penyakit osteoporosis.

Ia juga secara tradisi merawat pelbagai penyakit seperti keradangan, dermatitis dan sakit sendi.

Dr. Elvy Suhana memberitahu, daun kaduk berupaya menghalang ungkapan gen dalam tisu adipos dan tulang yang membuat struktur tulang menjadi rapuh.

Kajian ke atas tikus makmal menunjukkan ciri-ciri antioksidan melalui sebatian flavonoid iaitu naringenin bertindak membantu sistem pertahanan antioksida endogen untuk melindungi tulang daripada osteoporosis.

Pasukan penyelidik terdiri daripada Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Prof. Dr. Farihah Suhaimi, Prof. Dr. Srijit Das, Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid dan Dr. Siti Fadziyah Mohd. Asri.

Mereka memberi tumpuan kepada kesan penawar pati daun kaduk terhadap penyembuhan tulang retak pada tikus yang ovarinya dikeluarkan, selain kesan perlindungan terhadap tikus yang menghidapi osteoporosis akibat glukokortikoid.


DAUN kaduk banyak digunakan dalam makanan tradisi di Asia Tenggara.


Osteoporosis adalah suatu penyakit kehilangan jisim dan kekuatan tulang yang membawa kepada peningkatan risiko patah, ia biasa dihidapi oleh wanita telah putus haid.

Rawatan glukokortikoid adalah punca utama osteoporosis sekunder. Tindakan glukokortikoid dalam tulang bergantung kepada ungkapan jenis 1 enzim 11 Beta-Hydroxysteroi dDehydrogenase.

Keadaan kekurangan estrogen menyebabkan osteoporosis yang disebabkan peningkatan osteoclastogenesis oleh tekanan oksidatif sehingga membawa kepada penyerapan kalsium dan mineral lain daripada tulang ke darah.

Kajian terbaharu mendapati bahawa pati daun kaduk mempunyai keupayaan untuk menghalang ungkapan dan aktiviti 11-HSD1 dalam tisu adipos dan tulang, sekali gus memulihkan struktur tulang.

Ia juga mempercepatkan penyembuhan tulang patah apabila estrogen berkurangan melalui sifat antioksidannya.

Kos rawatan konvensional adalah tinggi, malah terdapat kesan sampingan dalam ubat-ubatan sedia ada di pasaran.

Dr. Elvy Suhana berkata, rawatan menggunakan herba mempunyai potensi dan perlu diterokai kerana ia bukan sahaja murah bahkan tidak mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sri Lanka tertarik sistem pentadbiran awam negara ini

Posted:

Sri Lanka tertarik sistem pentadbiran awam negara ini

Sri Lanka tertarik sistem pentadbiran awam negara ini


IZANI (kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi Sri Langka ke Malaysia, Ibrahim Sahib Ahsan (dua dari kiri) bersama wakil SLIDA dari Sri Langka sempena lawatan di UKM, Bangi, Selangor kelmarin.


KONGSI ILMU. Seramai 36 pegawai kanan kerajaan dari Institut Pembangunan Pentadbiran Sri Lanka (SLIDA) mengadakan lawatan kerja dan mengikuti modul pentadbiran awam Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor kelmarin.

Dekan GSB, Prof. Dr. Izani Ibrahim berkata, lawatan dari SLIDA merupakan kali ketiga diadakan dalam tempoh tiga tahun menunjukkan kesungguhan kerajaan Sri Langka dalam menambah baik sistem pentadbiran awam di negara tersebut.

"Sistem pentadbiran yang teratur dan transformasi dalam sektor awam di Malaysia menarik minat Sri Langka menghantar pegawai-pegawai kanannya ke sini bagi berkongsi pengetahuan seterusnya dapat menaik taraf pentadbiran awam negara itu," katanya.

Kelab Kilat TNB candat sotong di Kuala Besut

Posted:

Kelab Kilat TNB candat sotong di Kuala Besut

Kelab Kilat TNB candat sotong di Kuala Besut

SEBAHAGIAN ahli Kelab Kilat TNB Tanah Merah, Kelantan menyertai mencandat sotong di perairan laut Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini.


ERAT. Seramai 30 peserta Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tanah Merah Kelantan menyertai program mencandat sotong yang diadakan di perairan laut Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Kilat TNB Tanah Merah, Arman Che Othman berkata, program itu diadakan selama sehari satu malam di lautan dengan menaiki bot sewa.

"Riadah seperti ini dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja dan merehatkan minda dengan melakukan aktiviti mencandat sotong.

"Ia sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim antara staf TNB yang menyertai kelab ini," katanya.

Pertemuan nostalgia pesara IPK Kelantan

Posted:

Pertemuan nostalgia pesara IPK Kelantan

Pertemuan nostalgia pesara IPK Kelantan


NORAINI (barisan depan, lima dari kiri) bergambar bersama rakan pesara IPK Kelantan di rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.


PERTEMUAN. Kira-kira 30 pesara kakitangan Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mengadakan pertemuan kenangan nostalgia di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini

Wakilnya, Noraini Mohd. Nawi memberitahu, pertemuan itu mengeratkan hubungan persahabatan sejak berpisah 10 hingga 20 tahun dengan rakan sekerja.

"Masing-masing berkongsi pengalaman selepas bersara dan merindui saat-saat ketika bertugas dahulu.

"Kami juga bercadang akan meneruskan pertemuan seperti ini pada masa akan datang seperti pada waktu hari raya agar keakraban terus terjalin sampai bila-bila," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Balasan buat anak derhaka

Posted:

Balasan buat anak derhaka

Balasan buat anak derhaka

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

MOHAMAD SYAZWAN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan.


KOTA BHARU – Gara-gara bersikap biadap dengan mengancam untuk mencederakan ibu sendiri yang enggan memberikan wang RM70 untuk membeli kek hari jadi tunangnya, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohd. Isa Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohamad Syazwan Firdaus Zainuddin, 20, mengaku bersalah mengancam untuk mencederakan ibunya menggunakan senjata tajam pahat.

Pahat merupakan alat yang biasa digunakan oleh tukang kayu untuk membuat ukiran pada kayu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Guna pistol akan dipertimbangkan

Posted:

Guna pistol akan dipertimbangkan

Guna pistol akan dipertimbangkan

Oleh MAHFUZ MOHAMAD dan IKHWAN HAZWANHAMIDUN
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Perhutanan perlu senjata untuk berdepan dengan tonto sindiket haram dan Orang Asli. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia mempertimbangkan permohonan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) supaya semua 3,000 penguat kuasa pasukan itu diberi lesen senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima permohonan JPSM itu setakat ini.

"Semua permohonan lesen yang diterima oleh Bukit Aman akan dikaji terlebih dahulu. Selepas itu kita akan buat pertimbangan sewajarnya sama ada lesen diluluskan atau tidak," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki hobi curi lori mati ditembak polis

Posted:

Lelaki hobi curi lori mati ditembak polis

Lelaki hobi curi lori mati ditembak polis

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


R. Subramaniam


KUALA SELANGOR – Nasib seorang lelaki yang tidak insaf melakukan jenayah curi kenderaan berakhir dengan lelaki itu mati ditembak ketika melanggar kereta polis dalam kejadian di Kilometer 28 di Ijok dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8.20 pagi, sepasukan polis peronda mengesan sebuah lori sejuk beku yang dilaporkan hilang di Simpang Merbau lalu mengekori kenderaan itu sehingga ke satu lorong kecil menghala ke sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Ijok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MAHB diminta atasi aduan masalah di KLIA2

Posted:

MAHB diminta atasi aduan masalah di KLIA2

MAHB diminta atasi aduan masalah di KLIA2

20/05/2014 10:04pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) diingatkan supaya mengambil tindakan segera berhubung aduan masalah seperti mendapan dan takungan air yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, MAHB selaku pengendali KLIA2 dalam mesyuarat bersama PAC sebelum ini mengakui terdapat beberapa 'kekurangan' pada lapangan terbang itu sebelum ia mula beroperasi 2 Mei lalu.

"Bila datang sini (PAC), mereka (MAHB) kata masalah itu boleh diselesaikan dan boleh dilakukan penambahbaikan.

"Sebab itu KLIA2 beroperasi dan sekarang baru lebih dua minggu beroperasi sudah ada isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC Penggal Kedua 2014 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, MAHB jelas bahawa tiada risiko keselamatan pada kawasan tersebut. - Bernama

Rumah guru rosak akibat letupan bom buatan sendiri

Posted:

Rumah guru rosak akibat letupan bom buatan sendiri

Rumah guru rosak akibat letupan bom buatan sendiri

20/05/2014 9:55pm

IPOH - Seorang guru wanita tidak menyangka bunyi kuat di hadapan rumahnya di Taman Silibin Ria di sini yang disangka guruh sebenarnya adalah letupan bom buatan sendiri.

Letupan kuat pada pukul 4.20 pagi tadi mengakibatkan pintu utama rumah, siling tempat letak kereta pecah dan sebuah kereta jenis Nissan Sylphy mengalami kerosakan.

Guru berusia 32 tahun yang mengajar mata pelajaran khas itu berkata, ketika kejadian lima penghuni termasuk suami berumur 39 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun sedang nyenyak tidur.

"Saya mula curiga apabila terhidu bau asap kuat dari arah ruang tamu rumah, apabila turun ke bawah saya dapati kaca pintu utama sudah pecah.

"Siling tempat letak kereta turut pecah selain tanah daripada pasu bunga bertebaran dan berselerakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang merupakan seorang kontraktor sebelum melaporkannya kepada polis. - Bernama

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pantau kes pelajar Malaysia dianiaya

Posted:

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pantau kes pelajar Malaysia dianiaya

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pantau kes pelajar Malaysia dianiaya

20/05/2014 9:52pm

JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia akan terus memantau siasatan berhubung laporan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Padjajaran (Unpad) di Bandung, Jawa Barat yang didakwa diculik, dirompak dan cuba dibunuh pada Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, pejabat kedutaan itu akan turut bekerjasama dengan pengurusan universiti tersebut dan polis bagi memastikan pelajar wanita terbabit mendapat keadilan sewajarnya.

Kenyataan itu menyatakan bahawa sebaik menerima laporan kes itu pada Sabtu lepas, pegawai Kedutaan Besar Malaysia bergegas ke Bandung bagi mendapatkan laporan daripada pihak berkuasa dan membantu mangsa serta keluarganya yang datang dari Malaysia.

Jelas lagi kenyataan tersebut, satu pertemuan antara Duta Besar Malaysia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dengan pengurusan Unpad sedang diatur dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan jaminan berhubung keselamatan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di universiti itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved