Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Felixia dan ajaibnya sehelai hijab

Posted:

Felixia dan ajaibnya sehelai hijab

Felixia dan ajaibnya sehelai hijab

MENGATUR temu janji seminggu sebelum pertemuan, wanita ini menaip perkataan Alhamdulillah pada khidmat pesanan ringkas (SMS) sebaik kami bersetuju tentang tarikh yang sesuai untuk bertemu.

Jujur, saya sedikit kaget mahu membalas semula tulisan tersebut.

Seperti kata empunya diri, Felixia Yeap: "Sebab orang pun tak pasti sama ada boleh menggunakan saya lebih daripada sepatutnya. Sebab saya belum memeluk Islam."

Pernyataan itu merujuk juga kepada perkembangan kariernya dalam dunia lakonan.

Selepas pertama kali muncul dalam drama rantaian Nikah Kita Bercinta bersama Azlee Khairi awal tahun ini, Felixia memanjangkan langkahnya sebagai pelakon.

Kali ini dia terbabit dengan drama rantaian Sarafina. Membawa watak Bella, rakan baik kepada pelakon utamanya, Sari Yanti, kata Felixia, dia menerima tawaran mengikut kesesuaian imejnya pada masa kini.

Sementelah, dia sendiri sedar diri dan faham, kekangan yang barangkali dilalui oleh pihak penerbit untuk menggunakan khidmatnya sebagai seorang pelakon adalah bersangkut dengan pegangan hidupnya.

"Macam saya cakap tadi, walaupun saya menutup aurat, saya belum memeluk Islam. Justeru, ia barangkali menjadi kekangan untuk mereka memberi watak yang bersesuaian dan tidak melanggar sensitiviti banyak pihak apabila mengambil saya berlakon, dan saya faham mengenai dilema itu," ujarnya rasional.

Dia kemudian menambah sambil ketawa: "Masalah saya satu lagi ialah saya pelat berbahasa Melayu. Jadi mungkin sukar ada watak untuk wanita pelat jika kalau bukan ia misalnya tentang seseorang yang mahu berhijrah agama."

Malah, sebagai pendatang baharu yang tidak punya asas lakonan langsung, dia mengaku perlu bertatih untuk menjadi seorang pelakon yang tidak banyak menyusahkan produksi.

Jelasnya, peluang perdana yang terbuka untuknya dalam Nikah Kita Bercinta digunakan sebaik mungkin. Bakat diasah dengan banyak memerhati dan bertanya daripada orang berpengalaman, selebihnya, dia berusaha untuk memberi yang terbaik berbekal pengalaman sebagai seorang model.

"Saya kira, hal yang sukar untuk berlakon ialah menghafal skrip dan memberi ekspresi spontan. Saya amat berterima kasih kepada seluruh produksi yang cukup sabar dan boleh menerima kekurangan saya sepanjang berlakon," katanya merendah diri.

SELEPAS memakai hijab, dia mengaku sikap barannya berubah menjadi lebih tenang.


Tiada agama

Ironi, bercakap tentang wanita berusia 27 tahun ini, namanya meledak bagai terkena jerangkap samar selepas dia memilih untuk berhijab. Ya, seorang wanita Cina yang tidak mempunyai agama memakai hijab.

Boleh dikatakan, sepanjang 10 tahun menjadi model, dua tahun kebelakangan ini, nama Felixia menjadi sebutan kerana satu keputusan yang paling penting dalam hidupnya.

Keputusan seorang model yang sebelum ini dilihat begitu berani dengan beberapa ekspresi ghairah termasuk untuk majalah khas lelaki, Playboy, berhijab dan mahu memeluk Islam membikin banyak penasaran.

"Secara peribadi, untuk diri saya, saya melihat mengapa saya boleh mendedahkan tubuh, berbikini dan buka sana sini tetapi tidak untuk tutup-tutup dan berhijab?

"Saya kira ia soal kebebasan kita sebagai seorang individu untuk memilih jalan hidup kita, dan saya pilih jalan hidup seperti ini sekarang. Saya pilih berhijab dan mahu bulat hati memeluk Islam," katanya tegas.

Wanita yang lahir di Kuala Lumpur, namun menghabiskan masa remajanya dengan bersekolah di Ipoh, Perak ini kemudian melanjutkan cerita.

Tanpa berahsia, dia memberitahu sejak kecil tidak pernah mempunyai pegangan agama. Dia tidak percaya Tuhan dan tidak tahu di mana Tuhan atau agama yang layak dijadikan pegangan hidup.

Sehingga tahun lalu, pada saat pertama kali dia menggayakan hijab untuk sebuah iklan komersial, ada satu rasa yang ajaib duduk di dalam hatinya.

"Saya seorang Cina tapi saya free thinker yang tak punya pegangan agama sejak kecil," katanya tanpa selindung.

Felixia lantas memanjangkan bicara: "Kemudian, saya hadir untuk satu uji bakat iklan komersial Celcom. Saya gagal untuk mendapatkan peluang itu.

"Namun, kerana iklan tersebutlah ia telah merubah hidup saya. Pada iklan itu, saya harus berhijab dan saya fikir mengapa perlu saya tolak?

"Sebaik menyarung hijab, hati saya tiba-tiba terusik. Satu perasaan yang sukar saya ungkap menyelinap dalam hati. Betapa besarnya kuasa sehelai kain nipis yang menutup kepala saya mampu merubah kehidupan saya kini. Sungguh luar biasa."

Sejak pertama kali menggayakan tudung tersebut, dia mabuk kepayang untuk berhijab, sekali gus menutup aurat. Perlahan-lahan dia keluar rumah memakai hijab dan mula memahami konsep bahawa hijab bukan satu bebanan untuk seorang wanita Islam, sebaliknya ia adalah satu suruhan yang memberi seribu satu manfaat kepada yang menurut perintahNya.


FELIXIA sudah memiliki nama Islam yang cukup indah. Dia memperoleh nama tersebut melalui mimpi.


Kini, selepas lima bulan memakai hijab, Felixia langsung tidak kekok dengan imej 'tertutupnya'.

"Saya merasakan suatu ketenangan yang luar biasa. Ia melengkapkan pencarian saya terhadap satu kepercayaan iaitu mencari agama yang memberi ketenangan jiwa dan saya perolehnya dengan hanya sehelai kain nipis yang menutup kepala!" ujarnya penuh takjub.

Islam

Sedar timbul banyak pertikaian tentang pendiriannya memakai hijab, Felixia mengatakan, dia tidak perlu mati dengan kecaman orang.

Sebagai seorang individu yang telah melalui banyak jalur hidup yang tidak sedikit sukarnya, Felixia tahu keperluan yang paling baik di dalam hidupnya.

Ditanya selepas berhijab, apa yang disusun mahu mindanya, pantas dia memberitahu mahu punya pegangan agama dan tentulah ia agama Islam. Agama paling mulia di dunia.

"Selepas memakai hijab, saya belajar serba sedikit tentang Islam dan saya mula jatuh hati dengan kesederhanaan agama yang memberi ketenangan kepada saya kini.

"Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai agama, apa lagi Islam. Sebab itu, saya mahu segera memeluk Islam. Sengaja saya pilih bulan Ramadan yang jatuh pada Julai ini sebagai bulan untuk saya mengucap dua kalimah syahadah.

"Pertama, selain mahu mengambil keberkatan bulan mulia ini, Julai ini juga merupakan bulan kelahiran saya. Justeru, saya melihat ia sebagai fasa hidup yang lengkap untuk saya 'lahir semula' dalam kehidupan baharu," katanya penuh bahagia.

Namun, cerita mahu memeluk Islam tidak terjadi begitu sahaja. Ternyata ada cerita di sebalik terpanggilnya Felixia untuk menjadi seorang Mukmin.

"Suatu malam, selepas beberapa bulan memakai hijab saya bermimpi. Dalam mimpi itu, saya melihat sepotong nama daripada cahaya yang cukup bersinar-sinar.

"Peliknya, sebagai seorang yang jarang mengingati mimpi, saya bangun tidur dan boleh merakam semula momen mimpi saya.

"Paling ketara ialah tentang nama yang tertulis di dada langit dengan cahaya bersinar-sinar itu buat saya. Apabila saya mencari maksudnya, ia cukup indah," ceritanya bersungguh-sungguh.

Ditebak adakah itu nama yang bakal digunakan sebaik dia memeluk Islam, pantas dalam senyum yang begitu manis Felixia mengangguk.

"Ya, itulah nama Islam saya sebaik saya mengucap dua kalimah syahadah pada Julai ini. Saya percaya semua ini aturan olehNya yang terbaik buat saya. Saya amat bersyukur," ujarnya.


MEMPUNYAI banyak pakaian seksi, Felixia bagaimanapun tidak memberikannya kepada sesiapa kerana tidak mahu menggalakkan wanita mendedahkan aurat.


Ustaz

Perubahan imejnya sekali gus membuat semua hal yang berada di sekelilingnya berubah.

Kerjayanya sebagai model memperlihatkan dirinya lebih banyak memperaga busana Muslimah, berbanding memperaga tubuh seperti dahulu.

Pada masa yang sama, rezekinya dalam bidang seni bercambah apabila dilamar menjadi pelakon.

Paling ketara, akuinya, banyak lelaki yang mendekat terdiri daripada lelaki Melayu yang tertarik dengannya termasuk dalam kalangan ustaz.

Katanya panjang lebar: "Berbanding dahulu, lelaki yang mendekati saya pada kali ini mengajak saya berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.

"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya.

"Prinsip saya mudah. Seperti mana saya memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, saya juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam. Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri.

"Jika tiba waktu saya berkahwin kelak, saya berdoa agar iman suami saya lebih tebal daripada saya untuk membimbing saya sebagai seorang isteri dan Muslimah yang baik.

"Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama. Justeru, saya memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT."

Kau pergi jua, Adam Ahmad

Posted:

Kau pergi jua, Adam Ahmad

Kau pergi jua, Adam Ahmad

Oleh IZWAN MOHD. ISA

SEBAGAI penyanyi, Adam Ahmad cukup sinonim dengan lagu popularnya, Kau Pergi Jua.


NAMANYA mekar sebagai komposer lagu sekitar tahun 1990-an. Kebanyakan lagu-lagu ciptaannya pula pernah mendapat sambutan hangat oleh pendengar pada waktu itu. Ada antara karyanya turut diangkat sebagai lagu terbaik menerusi pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-8.

Individu tersebut ialah Adam Ahmad, seorang penyanyi dan penggubah lagu yang bertanggungjawab mencipta lagu Teratai Layu Di Tasik Madu dendangan penyanyi Fauziah Latiff.

Mungkin selepas ini hanya karyanya sahaja yang tinggal sebagai kenangan apabila Adam pergi menyahut panggilan Ilahi pada pukul 12.15 tengah malam semalam pada usia 49 tahun.

Tanggal 1 Mei lalu, arwah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor kerana mengalami masalah jangkitan pada paru-paru.

Selepas lapan hari mendapatkan rawatan rapi, arwah dipindahkan ke wad biasa sebelum pengsan dan pergi buat selama-lamanya.

Menurut isterinya, Norliza Ayat, 46, pemergian arwah sedikit mengejutkan kerana sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.

"Sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu, saya dan arwah menetap di Georgetown, Pulau Pinang. Setiap bulan, dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan bulanan di hospital yang sama.

"Apabila dia pergi mendapatkan rawatan seperti biasa pada 1 Mei lalu, doktor mengesan terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru dan terus memasukkannya ke dalam ICU selama lapan hari," ujar Norliza ketika ditemui usai majlis pengebumian arwah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai, Ampang, Selangor semalam.

Lagu untuk isteri

Norliza menambah, dia sedikit terkilan kerana tidak dapat berada di sisi arwah saat Adam menghembuskan nafas yang terakhir.

"Malam semalam (Rabu), saya pulang ke rumah kerana bekalan milo dan roti di hospital habis. Sebaik sahaja saya hendak keluar rumah, pihak hospital menghubungi saya mengatakan arwah pengsan secara tiba-tiba dan jantungnya terus tidak berfungsi. Namun, saya tetap reda dengan pemergiannya," ujarnya lagi.

Melanjutkan perbualan, Norliza memberitahu, ketika hayatnya, arwah merupakan seorang suami yang baik serta penyayang. Adam juga ada mencipta sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baharu, Haikal Othman.

"Arwah mencipta lagu Permaisuriku, Ratu Hatiku ketika saya sedang tidur. Lagu tersebut dihadiahkan khas untuk saya tetapi saya tidak sangka lagu itu menjadi lagu terakhir ciptaannya," ujar Norliza yang berasa sungguh terkesan dengan penghasilan lagu tersebut.

Di samping menggubah lagu, Adam yang mendirikan rumah tangga bersama Norliza pada 19 Disember 2010 turut mengusahakan sebuah kafe di Pulau Pinang.

Walaupun telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun, pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebaliknya, Norliza mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelumnya iaitu Mohd. Radhi, 29, dan Mohd. Taqbir, 21.

Selain mencipta lagu untuk penyanyi lain, Adam juga terkenal dengan lagu nyanyiannya sendiri iaitu Bersamamu dan Kau Pergi Jua.

Sambutan Hari Ibu IKIM fm sarat ilmu

Posted:

Sambutan Hari Ibu IKIM fm sarat ilmu

Sambutan Hari Ibu IKIM fm sarat ilmu

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI


PENYANYI yang berasal dari England, Saif Adam menghiburkan tetamu dengan alunan vokalnya yang enak.


KESAYUAN wajah ibu-ibu yang hadir pada majlis makan malam amal bersama stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM fm) bersempena Hari Ibu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini mampu menenangkan setiap jiwa yang bergelodak.

Majlis yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu merupakan majlis makan malam amal untuk meraikan seramai 100 ibu yang selama ini membanting tulang membesarkan anak-anak mereka.

Majlis yang menyaksikan persembahan gabungan hebat tiga ikon Islamik Malaysia dan antarabangsa itu memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.

Antara artis dan selebriti yang hadir pada malam yang penuh bermakna itu ialah Hafiz Hamidun, Saif Adam dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat.

Sepanjang tiga jam majlis tersebut berlangsung, pelbagai pengisian ilmiah diselitkan bagi memberi ilmu tambahan kepada khalayak yang hadir. Sebagai pembuka tirai, PU Rahmat tampil ke pentas untuk menghurai pengertian hari ibu daripada pandangan Islam.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan penyanyi nasyid yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, Hafiz Hamidun yang membuai penonton dengan alunan zikir Astagfirullah.

Kemunculan artis antarabangsa, Saif Adam tidak menghampakan penonton apabila menyampaikan lagu hitnya yang kini menduduki carta teratas IKIM fm, iaitu Trust In Allah sangat menyentuh setiap jiwa-jiwa yang mendengarnya.

Kelunakan suara penyanyi yang berasal dari England itu sangat menyentuh kalbu. Bakat yang dianugerahkan kepada Saif mampu membawanya ke suatu tahap yang lebih tinggi dalam industri muzik antarabangsa.

"Ia bukan sekadar majlis sambutan Hari Ibu yang penuh dengan hiburan sahaja, sebaliknya kita ingin menyelitkan unsur-unsur ilmu dan kesedaran bahawa betapa pentingnya seorang ibu kepada kita.

"Alhamdulillah sambutan daripada orang ramai pada kali ini sangat memberangsangkan dan pada masa akan datang, kami bercadang untuk melakukan majlis yang lebih berskala besar," ujar Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan usai majlis tersebut berlangsung.

Nik Mustapha menambah, majlis itu bukan sahaja bertujuan untuk menyambut Hari Ibu sahaja, malah ia juga berperanan untuk mempromosikan IKIM kepada masyarakat.

"IKIM bukan sahaja berpaksikan kepada radio sahaja, ia merupakan pusat penyelidikan mengenai kefahaman Islam dan memberi ilmu tambahan kepada masyarakat. Media radio hanya digunakan sebagai penyampai informasi sahaja," luahnya.

Dalam pada itu, Hafiz Hamidun berkata, program sebegini perlu diperbanyakkan lagi dalam memberi input-input Islamik yang baik kepada masyarakat, sekali gus melahirkan generasi Islam intelektual.

"Konsep sebegini bagus untuk diteruskan pada masa akan datang. Ini kerana ia bukan sahaja memberi hiburan semata-mata, malah ia menyelitkan unsur keilmuan dan pengetahuan kepada seluruh penonton yang hadir," katanya yang berharap majlis yang sama akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 15 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Fukushima 'cinta' baharu Choo

Posted:

Fukushima 'cinta' baharu Choo

Fukushima 'cinta' baharu Choo

JIMMY CHOO, sinonim dengan jenama kasut mewah yang mencecah harga ratusan ribu ringgit sepasang dan pernah dipakai oleh selebriti berprofil tinggi seperti Madonna dan kerabat diraja Britain. Jenama ini diambil sempena nama seorang 'tukang kasut' kelahiran Malaysia.

Dilahirkan sebagai anak tukang kasut, darah seni yang mengalir menjadi bonus untuk Choo melakar sejarah sebagai pereka dan tukang kasut terkenal seantero dunia.

Choo, anak jati Pulau Pinang ini membangunkan empayar Jimmy Choo yang diasaskan di kota London sebaik menamatkan pengajiannya di sana.

Jenamanya dianggarkan bernilai AS$1.7 bilion (RM5.48 bilion) yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia termasuklah di Asia, Asia Barat, benua Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika.

Beliau mengharungi zaman yang memeritkan pada empat tahun pertama ketika cuba memperkenalkan hasil tangannya sebelum mendapat liputan meluas dalam media antarabangsa.

Seluruh dunia

Usahanya selama bertahun-tahun membina empayar rekaan kasut yang menggunakan namanya sendiri berbaloi apabila kasut hasil tangannya berulang kali dipaparkan dalam rancangan televisyen yang berprofil tinggi seperti siri drama komedi popular, Sex And The City.

Kasutnya telah dipakai oleh pelakon drama tersebut yang memperkenalkan ciptaannya ke seluruh dunia selain dipakai oleh kerabat diraja Britain, Puteri Diana.

Sejak itu, jenama kasutnya menjadi bualan hangat. Jenama Jimmy Choo berkembang menjadi satu jenama mewah di dunia yang merangkumi pelbagai produk lain seperti kasut, beg tangan, barangan kulit, skaf, cermin mata dan wangian.


SUTERA Kawamata merupakan sutera yang berkualiti tinggi dan paling nipis di dunia yang dihasilkan di pekan Kawamata, Fukushima. - Gambar hiasan


Pada tahun 1996, Choo dan bekas editor aksesori majalah Vogue, Tamara Mellon menubuhkan syarikat dengan bermodalkan 150,000 pound sterling (RM739,420) bagi memajukan syarikat Jimmy Choo Ltd.

Jenamanya kini utuh walaupun tidak lagi menjadi miliknya setelah beliau mula menjual kepentingan dan sahamnya dalam syarikat pada tahun 2001 kepada pelabur luar yang bernilai £10 juta.

Mellon dalam satu rancangan televisyen di Amerika Syarikat pada tahun lepas memberitahu, dia adalah pencetus idea kreatif di sebalik kerjasama yang terjalin antara dirinya denga Choo.

Choo yang pernah disingkirkan Mellon disifatkan sebagai tukang kasut yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak pernah meninggalkan pensel untuk mereka sepasang kasut.

Choo, rakan kongsi Mellon itu tidak pernah mengulas tentang tuntutan-tuntutan yang dibuat wanita itu sebaliknya menegaskan perniagaan yang berjaya tidak boleh berpandukan keuntungan semata-mata.

Sejak berpecah dengan Mellon, Choo terus bergerak ke hadapan dengan menerima tempahan dalam talian secara eksklusif termasuklah daripada Madonna dan wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

Walaupun jenama itu sudah tidak menjadi milik empunya nama Jimmy Choo, jiwa seninya sebagai pereka kasut tidak pernah luntur.

Choo yang membuka empayarnya di London memberitahu bahawa dirinya dan syarikat Jimmy Choo, termasuklah ketua eksekutifnya, Pierre Denis mempunyai hubungan dan perjanjian yang baik.

"Antara kami mempunyai perjanjian. Saya akan meneruskan rekaan saya manakala mereka masih menjalankan perusahaan menggunakan jenama Jimmy Choo yang sedia ada.

"Sekarang dan ketika saya berada di London, saya akan mengajak Denis untuk berjumpa dan minum secawan teh bersama sambil membincangkan apa yang telah kami lakukan," kata Choo.

Bagi lelaki ini, hubungannya dan Denis menjadi persahabatan yang penting kerana mereka masih berhubung malah menyokong antara satu sama lain.


FUKUSHIMA menjadi label baharu Jimmy Choo.


"Tahu bagaimana untuk menghormati orang, itu adalah sangat penting. Jika anda saling menyenangi dan suka antara satu sama lain, anda akan berjaya.

"Ia tidak boleh menghasilkan wang yang banyak tetapi boleh menghasilkan cinta yang banyak. Cinta ini sangat penting kepada dunia dan masyarakat," ujar 'tukang kasut' ini.

Label sendiri

Jelas Choo, mana-mana perusahaan perlu melibatkan kerjasama antara pasukan yang baik jika ingin berjaya.

"Bayangkan, andai anda dan saya memulakan satu perkongsian, jika anda tidak mewujudkan satu pasukan dengan saya dan tidak tahu bagaimana untuk saling menyayangi dalam mempromosikan syarikat, ia tidak akan berhasil," ujarnya.

Beliau kini lebih gembira dengan caranya sekarang kerana merasakan dirinya boleh fokus kepada kualiti dan mencipta legasi yang berasaskan prinsip yang dipegangnya.

Beliau tidak perlu bimbang tentang kewangan, tetapi hanya mahu memberikan balik apa yang dirinya ada kepada pelajar-pelajar dan masyarakat.

"Saya mahu orang mengingati saya, bagaimana saya mempelajari sesuatu daripada bapa saya dan belajar di sekolah ketika menjadi seorang pelajar.

"Saya bekerja dalam industri dan saya mahu menyumbang semula kepada industri," jelas Choo dalam majlis pelancaran kasut yang direka secara eksklusif di Fukushima baru-baru ini.

Beliau gembira untuk memberi fokus kepada ciptaan eksklusif yang menggunakan label sendiri dan tidak dikaitkan dengan jenama (Jimmy Choo) yang dipopularkannya dahulu.

Tiga pasang kasut yang direka Choo menggunakan bahan yang berasal daripada Fukushima telah dipamerkan semasa beliau memberikan ceramah di sana.


KASUT eksklusif rekaan Choo menggabungkan bahan-bahan dari Fukushima, Jepun.


Rekaan kasut tersebut menggunakan bahan-bahan dan kaedah daripada Fukushima iaitu kawasan yang masih mengalami kesan bencana nuklear pada 2011.

Tambah Choo, beliau begitu tertarik dengan hasil tangan tukang tempatan dan beliau telah terinspirasi untuk menghasilkan enam pasang kasut yang menggunakan kapas Aizu, lacquerware dan sutera Kawamata buatan tangan yang berusia ratusan tahun.

Kata Choo, kemahiran yang dimiliki penduduk tempatan mampu untuk mengembalikan kekayaan kawasan yang berpuluh-puluh ribu penduduknya menjadi pelarian ekoran radiasi nuklear.

"Sesiapa sahaja boleh mereka bentuk, namun adakah mereka boleh menjadi seorang tukang?," ujar Choo. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Abdul Samah dilantik Ketua Polis Selangor baharu

Posted:

Abdul Samah dilantik Ketua Polis Selangor baharu

Abdul Samah dilantik Ketua Polis Selangor baharu

MOHD. SHUKRI (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Abdul Samah (kanan) sambil disaksikan Mohamad Fuzi pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam baru-baru ini.


SERAH TUGAS. Datuk Abdul Samah Mat dilantik sebagai Ketua Polis Selangor baharu menggantikan Datuk Mohd. Shukri Dahlan yang bersara wajib pada Rabu lalu.

Majlis serah terima tugas antara Abdul Samah dan Mohd. Shukri disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam baru-baru ini.

Abdul Samah sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Saksi di Jabatan Perdana Menteri.

Mohd. Shukri pula pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak dan Terengganu.

60 staf JPS gotong-royong bersihkan Gua Kelam

Posted:

60 staf JPS gotong-royong bersihkan Gua Kelam

60 staf JPS gotong-royong bersihkan Gua Kelam


MAT RAWI (dua dari kiri) diberi penerangan ketika melawat Gua Kelam selepas merasmikan program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Zon Utara Peringkat Negeri Perlis di Gua Kelam, Padang Besar, Perlis baru-baru ini.


GOTONG-ROYONG. Seramai 60 kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis berganding bahu untuk membersihkan kawasan sekitar Gua Kelam, Padang Besar, Perlis baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS, Datuk Abu Hassan Mat Isa berkata, tujuan utama program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Zon Utara Peringkat Negeri Perlis 2014 itu adalah untuk merapatkan hubungan kakitangan JAS dengan masyarakat.

"Selain itu, kita ingin menjadikan soal kebersihan yang mencerminkan keperibadian seseorang sebagai keutamaan oleh setiap kakitangan jabatan," katanya.

Selain warga JAS, lebih 20 kakitangan Jabatan Perhutanan Perlis turut terlibat dalam program gotong-royong yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim itu.

Pengantin bersanding naik forklift

Posted:

Pengantin bersanding naik forklift

Pengantin bersanding naik forklift


MOHD. NOOR dan Noor Azura yang diarak menaiki forklift sempat bergambar dengan tetamu yang hadir pada majlis resepsi mereka di Loji Percetakan Utusan Melayu cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.


MERIAH. Majlis persandingan pasangan pengantin, Mohd. Noor Othman, 51, dan Noor Azura Che Amat, 30, berlangsung meriah di pekarangan Loji Percetakan Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu turut mencatat sejarah kerana ia merupakan kali pertama diadakan di loji percetakan tersebut sejak ia mula beroperasi pada tahun 2006.

Mohd. Noor yang juga merupakan kakitangan Utusan Melayu berkata, dia memilih untuk mengadakan majlis persandingan di loji percetakan itu bagi memberi kemudahan kepada semua rakan-rakannya yang turut bertugas di syarikat sama untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.

Pasangan pengantin itu turut diraikan dengan bersanding menaiki jentera forklift di hadapan bangunan loji percetakan tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ahmad Said terlepas hukuman

Posted:

Ahmad Said terlepas hukuman

Ahmad Said terlepas hukuman

GHAZALI (tengah) menjelaskan kekeliruan berhubung tindakannya keluar UMNO di Kuala Terengganu semalam.


PUTRAJAYA - UMNO tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana ketiga-tiga ADUN terbabit telah menyesali perbuatan masing-masing dan kembali menyertai parti itu semula.

Katanya, kemelut politik di Terengganu telah selesai sepenuhnya dan beliau berharap semua pihak tidak lagi mensensasikan perkara tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sembilan ADUN Sarawak keluar parti

Posted:

Sembilan ADUN Sarawak keluar parti

Sembilan ADUN Sarawak keluar parti


PETER (duduk kiri), Mawan (duduk tengah) dan Soon Koh (duduk kanan) bersama tujuh lagi ADUN yang menyertai parti baharu Teras di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching semalam.


KUCHING - Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom dan bekas Penolong Setiausaha Agung, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai parti baharu, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Turut mengikut langkah mereka ialah Ahli Parlimen Baram, Anyie Ngau dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada SPDP termasuk Datuk Sylvester Entri Muran, Datuk Peter Nansian Ngusie, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.

Tiga ADUN daripada SUPP juga mengikut jejak Soon Koh. Mereka ialah Dr. Jerip Susil, Ranum Mina dan Johnicol Rayong.

Seorang ADUN pembangkang, George Lagong daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) juga menyertai Teras.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sokong usahawan bumiputera

Posted:

Sokong usahawan bumiputera

Sokong usahawan bumiputera

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


NAJIB (dua dari kiri) membelek komponen kenderaan ketika melawat pameran pada majlis perasmian penubuhan Kumpulan Usahawan PUNB dan Seminar Usahawan Automotif di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperuntukkan sejumlah RM75 juta bagi tempoh 2014 hingga 2019 untuk terus menyokong para usahawan bumiputera dalam industri automotif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tersebut bagi menyokong industri automotif, terutamanya dalam aspek pembangunan teknologi, modal insan dan rantaian bekalan.

"Sokongan kerajaan kepada para usahawan bumiputera akan dipergiatkan lagi menerusi kerjasama PUNB dengan pelbagai pihak.

"Antara pihak terbabit termasuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Unit Perancang Ekonomi, Institut Automotif Malaysia dan agensi kerajaan lain dalam usaha untuk terus memacu perjalanan keusahawanan bumiputera di negara ini," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Tsunami' baharu hoki negara

Posted:

'Tsunami' baharu hoki negara

'Tsunami' baharu hoki negara

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my

DHAARMA (kanan) mengakui sudah 'tiada hati' untuk melatih skuad hoki negara.


KALAU tiada angin, masakan pokok bergoyang. Mungkin bidalan kata tersebut sesuai dikaitkan dengan isu baharu dunia hoki tanah air apabila Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad hoki senior negara.

Perkhabaran itu jelas memberikan impak kepada skuad hoki negara yang bakal beraksi pada Piala Dunia Hoki 2014 di The Hague, Belanda, 31 Mei ini.

Apa yang pasti, kehilangan Dhaarma Raj akan memberikan tamparan hebat kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) untuk mencari pengganti yang sesuai dalam tempoh terdekat ini.

Enggan menjelaskan punca sebenar, Dhaarma Raj menyifatkan beliau seperti sudah 'tiada hati' untuk terus bersama skuad hoki negara.

"Memang saya turun sesi latihan pagi ini (semalam) tetapi saya tidak berpuas hati. Saya masih fikir sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak (sebagai ketua jurulatih hoki negara).

"Mungkin saya akan ambil masa selama satu atau dua hari sebelum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tugas atau menghantar surat kepada MHC.

"Jika tiada kelibat saya pada sesi latihan esok (hari ini), mungkin ia sudah terjawab (keputusan untuk melepaskan jawatan)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dhaarma Raj menganggap bekas jurulatih, Paul Revington dan beberapa pengendali tempatan masih layak untuk mengemudi skuad negara pada kejohanan berprestij itu.

"Jika saya tiada, saya percaya Revington masih boleh bawa (latih) pasukan atau jurulatih-jurulatih tempatan yang lain," ujarnya.

Sebelum ini, Dhaarma Raj yang 'dinaikkan pangkat' daripada skuad remaja ke pasukan senior negara mengambil alih tugas daripada Revington yang melepaskan jawatan ekoran masalah kesihatan pada Januari lalu.

Dalam tempoh lima bulan, Dhaarma Raj telah berjaya menyumbangkan kejayaan dengan muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, Mac lalu dan tempat ketiga Cabaran Juara-Juara di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Sidka calon baharu dalam senarai FAM

Posted:

Sidka calon baharu dalam senarai FAM

Sidka calon baharu dalam senarai FAM

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SIDKA bakal tiba di ibu negara dalam masa terdekat untuk menghadiri temuduga dengan FAM.


JAWATAN untuk ketua jurulatih skuad Harimau Malaya nampaknya mendapat perhatian yang agak luar biasa.

Bukan setakat pakar tempatan, malah pakar asing dalam bola sepak pun dilihat berminat untuk mengisi jawatan tersebut.

Selepas beberapa nama besar dikaitkan untuk mengisi jawatan tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menerima permohonan daripada bekas pengendali Iraq, Wolfgang Sidka dan badan induk bola sepak negara itu kini sedang menunggu kedatangannya ke ibu negara untuk perbincangan lanjut.

Sebelum ini, bekas pemain Real Madrid dan Barcelona, Luis Milla bersama jurulatih Mozambique, Gern Engels antara calon yang berminat untuk melatih skuad Harimau Malaya.

Kini, bekas pemain Werder Breman, Sidka yang berasal dari Jerman dan pernah melatih skuad kebangsaan Iraq dan Bahrain, juga mahu bersaing dengan Milla dan Engels dalam usaha mendapatkan kerusi panas Harimau Malaya tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, pihaknya masih dalam proses penilaian terakhir sebelum nama jurulatih baharu diumumkan pada Jun nanti.

"Memang benar, kita telah mengadakan perjumpaan (dengan Engles) semalam (kelmarin). Kami dalam proses temuduga dan FAM masih lagi mengenalpasti seorang dua lagi calon untuk sesi temuduga ini.

"Sidka adalah calon terbaharu yang berminat dengan jawatan ini. Kami akan menunggu kedatangannya dalam tempoh terdekat.

"Walaubagaimanapun, setiap nama calon ini selepas me lepasi saringan terakhir, akan dibentangkan dalam Me syuarat Exco FAM untuk mendapat kelulusan," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Milla dan Engels, ma sing-masingnya telah menyatakan hasrat untuk melatih skuad kebangsaan.

Selain mereka berdua, Rudi Voller (bekas pemain Jerman), Peter Reid (bekas jurulatih Thailand) dan Zdenek Zeman (bekas jurulatih AS Roma) juga dikatakan memasang impian untuk menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya.

Begitupun, FAM masih tidak dapat melupakan episod 'luka' dalam misi memburu khidmat jurulatih asing selepas dikecewakan dengan permintaan Phillpe Troussier.

Bekas jurulatih Jepun itu dikatakan menuntut permintaan yang tidak masuk akal sehingga mendorong FAM menutup rundingan dengannya pada Januari lalu.

Rashid curah ilmu berguna

Posted:

Rashid curah ilmu berguna

Rashid curah ilmu berguna

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


RASHID (kiri) membantu skuad negara menjulang Piala Thomas pada tahun 1992.


SEMANGAT juang pemain menjadi kunci utama menjelang kempen Piala Thomas 2014 yang akan membuka tirai Ahad ini.

Selepas membuktikannya ketika menjulang trofi Piala Thomas 1992, jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek turut berharap beliau dapat menerapkan semangat juang yang pernah dipamerkannya dalam skuad negara.

Jelas Rashid, dengan berbekalkan semangat juang berpasukan yang tinggi, beliau percaya Malaysia mempunyai peluang untuk melakukan kejutan pada Piala Thomas 2014 yang akan berakhir pada 25 Mei ini.

Rashid yang pernah menjulang nama negara di Kuala Lumpur pada 1992 berkata, semangat sepasukan yang dipamerkan pada ketika itu menjadi kunci utama kerana mereka juga tidak memiliki barisan pemain yang mantap.

"Yang paling penting ialah tidak patah semangat walaupun kalah. Pada tahun 1992, kami pun tidaklah bagus sangat tetapi kami ada semangat, para pemain mahu memberikan aksi yang terbaik

"Harapan yang diberikan rakyat Malaysia serta tekanan yang kami terima seharusnya dijadikan sebagai cabaran untuk kami tampil dengan lebih baik sebagai satu pasukan," kata Rashid ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Skuad negara bakal berdepan tuan rumah, India untuk aksi pembukaan diikuti Jerman dan naib juara edisi 2012, Korea Selatan dalam peringkat Kumpulan C.

Seramai 10 pemain skuad Piala Thomas negara yang terdiri daripada empat perseorangan dan enam beregu telah mengikuti latihan intensif yang berakhir di Stadium Juara semalam.

Bagaimanapun, persiapan para pemain tidak terhenti sebaliknya mereka perlu menggunakan masa yang ada untuk menyesuaikan diri di venue kejohanan, Kompleks Sukan Siri Fort yang akan bermula Ahad ini.

"Apabila sampai, kami akan menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan stadium di sana.

"Tumpuan lebih kepada latihan ringan kerana apa yang saya harap tiada kecederaan berlaku," ujar Rashid.

Pada aksi final Piala Thomas 1992, Malaysia selaku tuan rumah muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-2.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Orang gembira lebih produktif

Posted:

Orang gembira lebih produktif

Orang gembira lebih produktif

MIMIK wajah yang tegang atau relaks mampu mengubah mood manusia.


KEGEMBIRAAN dalam kehidupan mungkin sesuatu yang sangat subjektif. Sesetengah individu yang disangkakan bahagia dan gembira mungkin sedang menanggung beban yang sangat besar di lubuk hati mereka.

Sebaliknya, ada individu yang wajahnya mungkin menunjukkan sedang dilanda masalah. Namun, hakikatnya dia gembira.

Faktor dan punca seseorang itu gembira juga pelbagai. Mungkin ada yang gembira kerana memiliki kekayaan. Selain itu, ada juga mereka yang tetap gembira walaupun tidak mengecap kekayaan.

Sehubungan itu, kita jangan berasa pelik sekiranya melihat individu yang kaya terus mengeluh sepanjang hari. Namun, mereka yang tidak memiliki kekayaan tetap tersenyum sepanjang masa.

Kegembiraan merupakan sesuatu yang sangat subjektif untuk kita semua. Ia bergantung kepada 'apa' dan 'bagaimana' kita mentafsirkan makna hidup.

Terdapat sesetengah perkara yang amat misteri tetapi mampu membuatkan orang gembira. Ia kelihatannya pelik dan janggal.

Kajian

Sebagai contoh, dalam satu kajian oleh seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, Robert Zajonc menunjukkan bahawa seseorang itu akan berasa gembira setelah menghasilkan bunyi vokal huruf 'E' yang panjang. Sebaliknya individu akan berasa kecewa sekiranya menghasilkan bunyi 'U' yang panjang.

Kajian beliau yang berikutnya pula menunjukkan bagaimana mimik wajah yang tegang dan relaks mampu mengubah mood manusia.

Hal ini berlaku kerana ia juga mampu mengubah tekanan darah untuk sampai ke bahagian otak dan kemudiannya telah mengubah reaksi mood manusia.

Sungguhpun penemuan seumpama ini masih lagi menjadi topik perdebatan dalam kalangan pengkaji tetapi secara umumnya manusia yang gembira dikatakan lebih beruntung.


KEGEMBIRAAN mampu memberi kesan terhadap usia manusia.


Mereka yang gembira misalnya dikatakan lebih produktif apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Dalam satu kajian beberapa tahun terdahulu menunjukkan bahawa mereka yang gembira mempunyai kebarangkalian untuk hidup 14 peratus lebih lama berbanding dengan individu yang murung.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa mereka yang gembira mampu memanjangkan umur antara 7.5 tahun ke 10 tahun.

Seorang penyelidik, Deborah Danner yang menjalankan kajian di sebuah pusat jagaan warga tua di Notre Dame, Amerika Syarikat menjadi kayu pengukur untuk melihat faktor kegembiraan mampu memberi kesan terhadap usia manusia.

Kajian yang terkenal itu dijalankan sekitar tahun 1991 hingga 1993.

Kesemua peserta dalam kajian itu merupakan bekas pengajar dan biarawati di beberapa daerah di Amerika Syarikat.

Dalam usaha untuk melihat kegembiraan mempunyai kaitan dengan jangka hayat, pengkaji telah juga menyemak kembali rekod autobiografi kumpulan wanita tersebut yang ditulis sekitar tahun 1931 sehingga tahun 1943.

Rekod tersebut menyatakan, sama ada mereka sedang dalam keadaan gembira, bimbang atau mempunyai beberapa simptom psikologi lain.

Bagi laporan individu yang gembira, mereka didapati hidup lebih panjang berbanding mereka yang banyak melaporkan kelukaan dalam menjalani kehidupan.

Sekeping gambar yang memaparkan seramai 196 orang pemain besbol yang tersenyum diambil pada tahun 1952 merupakan contoh nyata. Kajian melaporkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan jumlah kematian pemain tersebut pada tahun 2009.

Ia menggambarkan bagaimana manusia yang sering menampilkan senyuman, mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

Mengapa mereka yang gembira ini sering dikaitkan dengan usia yang lebih panjang? Sebenarnya kegembiraan mempunyai implikasi yang lain kepada hidup manusia.


INDIVIDU yang sering senyum mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. - Gambar hiasan


Individu yang gembira dikatakan melakukan aktiviti sihat, terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan mereka juga menghindarkan diri daripada mengambil alkohol dan dadah.

Status ekonomi

Sehubungan itu, mereka mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding yang bermasalah. Mereka yang gembira juga dikaitkan dengan status ekonomi lebih baik dan biasanya tidak mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Individu seperti ini juga dikatakan jarang bermusuhan dengan orang lain atau terlibat dengan aktiviti jenayah.

Sungguhpun kegembiraan mungkin memberikan isyarat yang baik, bagaimanapun ia tidak semestinya benar dalam semua keadaan.

Satu kajian menunjukkan sekiranya pelajar berusia belasan tahun terlalu gembira dengan kehidupannya, mereka mungkin akan mati lebih awal berbanding rakan yang lain.

Kegembiraan keterlaluan telah menyebabkan mereka terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral seperti dadah, alkohol dan kegiatan jenayah yang lain. Akhirnya mereka cenderung mengalami hidup yang lebih berisiko.

Sebagai manusia, kita perlu bergembira. Kita mungkin terluka apabila ditimpa ujian. Bagaimana pun, sekiranya ujian itu ditafsir sebagai satu cabaran, kita mungkin akan terus tersenyum sekalipun ditimpa bencana.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


900 biasiswa diberi kepada pelajar antarabangsa

Posted:

900 biasiswa diberi kepada pelajar antarabangsa

900 biasiswa diberi kepada pelajar antarabangsa

15/05/2014 10:26pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menawarkan 900 biasiswa kepada pelajar antarabangsa sejak 2000 hingga setakat ini tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kedua Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

Beliau berkata, 93 pelajar merupakan pelajar biasa, 802 pelajar lanjutan, Master (369), PhD (433) dan lima pelajar lagi meneruskan pengajian pasca kedoktoran.

Tiga jenis biasiswa ditawarkan iaitu biasiswa antarabangsa Malaysia (MIS), program kerjasama teknikal (MTCP) dan biasiswa Komanwel dan pelan fellowship (CSFP), katanya.

Sebanyak 404 pelajar ditawar biasiswa MTCP, 410 pelajar (MIS) dan 86 pelajar (CSFP).

"Tahun ini sebanyak 252 pelajar aktif di bawah biasiswa MIS, MTCP dan CSFP," katanya pada sesi hari terbuka pelajar antarabangsa di sini hari ini.

Zaini berkata, kementerian itu menyasar 100,000 pelajar antarabangsa menyertai program biasiswa di masa depan bagi mencapai sekurang-kurangnya 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020.

Mengenai sesi tersebut, beliau berkata ia bertujuan memberi maklumat kepada pelajar luar negara mengenai biasiswa, aspek kesihatan dan pengajian di sini. - Bernama

Maritim Malaysia rampas 3,000 liter petrol bersubsidi di Semporna

Posted:

Maritim Malaysia rampas 3,000 liter petrol bersubsidi di Semporna

Maritim Malaysia rampas 3,000 liter petrol bersubsidi di Semporna

15/05/2014 9:11pm

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 3,000 liter petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui perairan Semporna.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tawau, Komander Maritim Azman Shamsudin berkata, kesemua minyak itu dirampas dalam operasi kira-kira 5.45 petang Selasa lepas di perairan Pulau Larapan.

"Semasa operasi itu kami telah terserempak dengan tiga buah bot yang mencurigakan. Semasa kami cuba menghampiri bot itu, enam individu yang berada di atas bot berkenaan bertindak terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, mendapati ketiga-tiga bot tersebut dimuatkan dengan 50 tong berisi 20 liter petrol," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi untuk membanteras penyeludupan minyak bersubsidi akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti merugikan negara itu dapat dibendung, katanya. - Bernama

Pemandu lori ditemui mati dekat Hutan Simpan Lesung

Posted:

Pemandu lori ditemui mati dekat Hutan Simpan Lesung

Pemandu lori ditemui mati dekat Hutan Simpan Lesung

15/05/2014 8:34pm

KUANTAN - Mayat seorang lelaki ditemui terbaring berhampiran sebuah lori balak di tepi jalan menghala keluar dari Matau Balak dekat Hutan Simpan Lesung, Rompin petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat Chew Fui Yen, 64, juga merupakan pemandu lori balak berkenaan ditemui oleh orang awam kira-kira jam 4.45 petang.

"Sebaik menerima maklumat polis telah bergegas dan hasil siasatan awal mangsa disyaki mati akibat terkena serangan jantung.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama hari ini.

Kata Johari, pemeriksaan awal ke atas mayat lelaki itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku ke atas mangsa. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved